Bicara Pasal Rambut Beruban (2)
Assalamualaikum wbt..Kesinambungan dari entri sebelum ini [Bicara Pasal Rambut Beruban] .
..saya tertarik dengan persoalan tentang apakah beza mewarna dan meginaikan rambut beruban?
![]() |
atas kepala nih ..rambut ke rumput ? warghhh..!! |
Untuk perkogsian bersama pembaca di sini, saya copy paste terus dari sumber berkenaan.
Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-
Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda saw bersabda :
غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi saw bersabda :
إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi saw :
إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.
dari alfikrah.net melalui blog ini.
Tweet
Tengok gambar tu, kakcik rasa nak warnakan rambut dengan warna hijau pulak! :)
ReplyDeleteassalamualaikum PCL....menarik n3 ni....:)
ReplyDeletenice info...boleh suruh ayah kaler kn rambut dia :)
ReplyDelete(^___^) gambaq tu terbaik (^___^)
ReplyDeletehahaha,
ReplyDeletegreen, kempen selamatkn bumi kita!!
x paham lgi lh.. begini ke?
ReplyDeletemenginai : mewarna dgn inai
mewarna : mwrna dgn inai atau katam
...?
mewarna = mewarna dgn bahan pewarna yg ada di pasaran skrg ni lbh tepat kot.. :)
ReplyDelete