BINGKISAN RAMADHAN
SEBELUM MASUKNYA BULAN MULIA TERSEBUT SETIDAKNYA KITA TELAH DIINGATKAN , SEMOGA BINGKISAN RAMADHAN LALU AKAN MENGEMBALIKAN KESEDARAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG SENTIASA PEKA DENGAN KEADAAN.Ramadhan kali ini datang lagi kepada kita, datangnya seperti selalu dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa untuk hambaNya yang tidak leka dengan kelebihannya
Namun perhatikanlah umatku.... datangnya awal Ramadhan ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv. Lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang bersama Ramadhan bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat? tapi mengapa otakmu ligat berfikir tentang baju raya, kuih raya dan beraya? perhatikanlah umatku itu... dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain? mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?
Perhatikanlah umatku itu... Dia tak pernah lupa untuk berpuasa dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja seperti kata Nabiku dulu sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu virus mengumpat, dengki, bohong, r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya puasanya sia-sia di sisi Yang Esa.. Ramadhan datang umatku tahu di mana Syaitan Iblis diwaktu itu patutnya terasa mudah senang dan ringan beribadat kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu tapi mengapa masih seperti biasa? Puasa seperti tidak berpuasa, maksiat masih menjadi rutin, solat masih berat.... mengapa?
Perhatikanlah umatku itu... gembira dia bila datangnya Ramadhan seronok dia berpuasa.. rupanya Ramadhan adalah pesta makanan baginya dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn sekali berbuka rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah banyak jualan murah potongan harga di sana, potongan di sini.. dalam kepala ingat shopping..baju raya, kuih raya, langsir raya.. setahun sekali katanya..apa salahnya? tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?
Lihatlah umatku itu.... berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza ada yang buat 8 ada yang buat 20... namun terkesankah di hati mereka tujuan tarawikh 30 malam itu? di manakah mereka semasa rukuk, sujud.. di dalam tarawikh itu atau luar sana? adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ? tepuk dada,tanya iman...
Lihatlah umatku itu.... Bila Ramadhan bertamu bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja, menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan tapi...di manakah umatku ini selepas Ramadhan? Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali... di manakah kesan latihan di Bulan Mulia itu?
Lihat umatku itu.... Ramadhan ialah bulan yang Mulia dan dijanjikan banyak pahala.. katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu' tapi.... bila berlalu Ramadhan.. al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan. al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang untuk Ramadhan sajakah al-Quran? untuk kematian saja kah al-Quran?
Lihat umatku itu semakin hampir Ramadhan kepada Syawal, semakin sedikit masa Ramadhan yang ada dengan mereka semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal . Rendang, ketupat, langsir raya, baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak. Lupakah umatku itu di mana Nabiku dan sahabatnya dikala 10 malam terakhir Ramadhan? Tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini? Cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga malas mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu?"
*nukilan permatahatiku [salinan]
Tweet
selamat menyambut ramadhan PCL....
ReplyDeletemoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan sempurna dari ramadhan yang lalu. =)
ReplyDeleteSungguh N3 PCL ini menjentik siapa saja yg membaca. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg telah kita tinggalkan...
ReplyDeletesatu peringatan yang sangat2 baik.. yelah. kadang2 kita ni alpa dengan duniawi.. puasa tak bermaksud hanya menahan lapar, dahaga sahaja.. tapi keseluruhannya berpuasa dari melakukan perbuatan2 yang berdosa dan sia2. sepatutnya bulan mulia ni kt kena tumpukan kepada Dia sahaja
ReplyDeleteYang pastinya kanak2 lah yang amat gembira untuk menyambut Ramadan Yang Mulia Ini
ReplyDeletexsabr nk smbung rmdhan...salam rmdhan pcl....
ReplyDeleteassalamualaikum PCL....moga dgn kedatangan bulan Ramadhan ini kita berupaya melakukan semua ibadah dgn sempurna InsyaAllah...:)
ReplyDeleteKepada PCL (juri final Blogger 2 : Fantasy Forest)
ReplyDeleteDi harap PCL dapat membantu saya dalam membuat pilihan dalam
mencari juara untuk Blogger 2 : Fantasy Forest. Pilih salah seorang
antara 2 peserta dibawah sebagai juara untuk musim ini.
PESERTA 1 : Incik Hasmi
PESERTA 2 : Allya Syahirah
Umumkan satu nama SAHAJA di dalam kotak komen di entri dibawah ini SAHAJA.
(bagi mengelakkan keputusan diketahui awal)
http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html
Saya akan kunjungi entri ini semula untuk mendapatkan maklum balas
dari PCL. Pilihan hendaklah dibuat sebelum 19/7/12.
Sebagai peringatan, undian tetap dikira walaupun TIADA pilihan
dibuat oleh PCL. Segala kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.
alhamdulillah..semoga amalan ramadhan kali ni lebih baik dr sebelum ini..salam ramadhan
ReplyDeleteperingatan utk dya juga
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan...
ReplyDeletedatang sini follow u
Salam Ramadhan..
ReplyDelete@Nor Zilla Sensei: salam ramadhan..
ReplyDeleteermmmm.. moga sama2 tingkatkan amalan.... salam ramadhan.
ReplyDeleteselamat mnymbut bulan ramadhan.. :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan PCL.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 sebab sudi buat undian final :)
terima kasih sbb mengingatkan sesama kita.. semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna buat semua..
ReplyDeleteSELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN PCL.. PUASA TAU, JANGAN TAU\K PUASA.. :)
ReplyDeletentah berapa hari terlepas entry kat sini.. baru hari ni dapat menjenguk..
ReplyDelete