Keindahan Perkahwinan Mesti Ditunjangi Dengan Iman.

Tuesday, January 28, 2014 PCL 8 Comments


Perkahwinan adalah satu bibit awal dalam pembentukan kekeluargaan yang sambung menyambung dari dunia hinga ke akhirat. Ia adalah indah sebenaranya, keindahannya mesti ditunjangi dengan iman.


Walau bagaimanapun, perkahwinan tidak semestinya bahagia sepanjang masa, adakalanya 'dipukul ombak dan dilanda ribut'... di sinilah perlunya kekuatan iman di dada. Dengan iman kita akan tenang dan mudah bertolak ansur. Tanpanya rumahntangga akan hancur berkecai umpama badai memecah pasir di pantai.

Perkahwinan dan keluarga bahagia bukan boleh diteori-teorikan malah tidak boleh hanya diangan-angankan begitu saja,  tetapi alam perkahwinan mesti ditempuh mengikut panduan yang telah digariskan oleh syariat agama.(Perkahwinan menurut Islam)

Setiap orang yang sudah punya keluarga sendiri mestilah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya. Sebagai peneraju institusi kekeluargaan, tanggungjawabnya bukanlah mudah dan setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan...suami ada tanggungjawabnya kepada isteri dan  anak-anak begitu juga sebaliknya.

Bila masing masing menjalankan tanggungjawab yang digariskan oleh syariat, maka akan selamatlah keluarga itu di dunia dan di akhirat. Ia juga akan dianugerahkan oleh Allah kebahagian di dunia iaitu syurga yang disegerakan dan akhirat nanti akan diganjari dengan syurgaNya yang kekal abadi, wallhualam.


Published with Blogger-droid v2.0.6





8 comments:

  1. assalamualaikum PCL...alhamdullilah jika pandai menanganinya pasti akan bahagia rumahtangga....:)

    ReplyDelete
  2. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENJAGA PERKAHWINAN MASING-MASING.. JAGA ISTERI, JAGA ANAK YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat dengan entri PCL ni..

    ReplyDelete
  4. masalah berlaku sampai bercerai berai adalah bila masing masing lupa tanggungjawab dan hak pasangan masing masing..

    ReplyDelete
  5. susah sama susah.. senang sama senang.. tanggungjawab dan amanah digalas bersama.. ;)

    ReplyDelete

  6. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Apa yg penting perlu ada penyelesaian terhadap apa jua permasalahan yg timbul dan penyelesaian itu perlu bertunjangkan agama....

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt... Agama tunjang utama kwluarga bhgia...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.