Mahalnya Ucapan Terima Kasih !

Monday, July 02, 2012 PCL 7 Comments

Assalamualaikum... 

BENAR mahupun tidak, dikatakan kebanyakan masyarakat hari ini khususnya generasi muda agak 'sukar' mengungkapkan ucapan 'terima kasih' dalam kehidupan seharian ekoran dianggap ia bukanlah satu perkara penting.

Begitu mahalnya ucapan itu, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat 'menyedihkan'. Sebagai masyarakat timur, ia bukanlah satu senario 'asing' pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai murni termasuklah pengucapan terima kasih kerana ia menjadi kebanggaan warisan masyarakat terdahulu.

Bagi orang Cina, ia disebut 'xie xie', bangsa Arab, 'syukran jazilan', bahasa Inggeris, 'thank you' dan bangsa France pula menyebutnya 'merci'. Biar apa pun sebutannya, namun tujuannya tetap sama, yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang dilakukan oleh orang itu kepada kita.

Ucapannya mudah, namun nilai di sebalik perkataan ini sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada si penerima. Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah 'syukur', yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.[Kenapa kita perlu bersyukur?]



TERIMA KASIH saya atas kunjungan berterusan anda ke sini dan terima kasih segalanya....

pcl : psst ..entri selepas ini saya senaraikan 10 komentar  sporting sepanjang bulan Jun lepas.


7 comments:

  1. patik rasa perkataan TERIMA KASIH tu lg besar dari pemberian duit dan segala yang seangkatan. Bila sebut TERIMA KASIH tu kire cm hargai sangat2 atas bantuan, pemeberian org. Tapi bila x ucap mmg stok nk kne MAKI KEJI laaa..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dari kakak atas perkongsian N3 'terima kasih' ini:)

    ReplyDelete
  3. pernah draf dalam entry pasal ucapan terima kasih yg macam dah pupus sebagai amalan kita,
    sampai sekarang masih ada lagi di dalam draf tak publish tak tahulah kenapa.

    ReplyDelete
  4. tiap kali mintak tolong anak2 mesti ai ucapkan terima kasih.. biar dorang rasa dihargai walaupun pertolongan tu kecik je.. ;)

    ReplyDelete
  5. hati yg sedang sakit boleh terubat juga bila ada org ucap terima kasih kan PCL.. tp mmg berat sgt ucapan thank you tu nak diucapkan walau pun amat mudah utk disebut..

    ReplyDelete
  6. terima kasih senang disebut tapi ia mestilah adri hati yang ihklas :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL...yer la yg senang tu lah yg susah sangat nak dilakukan moga ucapan itu akan sentiasa lekat dibibir kita selalu...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.