Suka bunyi kuat !...depa ingat meriam besi tak boleh PECAH !

Friday, July 20, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Salam semua di sini..

Pepagi tadi mamaDiana dapat call dari seseorang yang mengatakan dia sedang menantikan kelahiran orang baru ke dunia ini..moga Sharul, isteri dan anak yang bakal lahir itu nanti selamat dan dipermudahkan oleh Nya..amin2.

 ...dan pagi ini juga ayahanda dan bonda saya bertolak dari Parit Buntar,Perak ke Bukit Raja, Klang untuk berziarah keluarga Arwah abah_Izz...mohon juga semoga dipemudahkan segala urusan mereka.

okeh, teringat zaman silam masa awal2 puasa dah siap buat meriam buluh untuk stanby nak letupkan sebaik saja selepas berbuka...meriah memang sungguh meriah...masa bebudak mana nak ingat jiran2 ada anak kecik ke,...orang nak solat maghrib lg..haha, tu semua zaman nakal tak bleh blah.. Syukur Alhamdulillah...saya masih di sini hingga saat ini.

 gambar sumber dari carigoldforum..

suka bunyi kuat !,...depa ingat meriam besi tak boleh PECAH !!

rasanya zaman remaja sekarang nih dah tak hingin depa main meriam ..agaknya , cam leceh la plak kan, tapi tetap juga keluar berita di tv dan akhbar berkenaan kes kecederaan dan tak kurang juga yang kehilangan nyawa akibat dari itu.

so, iktibar dari tragedi saban tahun.. ingatkan adik2 kita, anak2 buah, anak2 kita atau diri kita sendiri tentang bahaya bermain mercun dan seumpamanya. Sayangai nyawa dan jangan buat menda yang boleh rasa suka, seronok dan akhirnya berduka...

Salam Ramadhan Al Mubarak.
 

12 comments:

  1. kat kg miss z masih ada yang main meriam buluh..seronok ja dengar..tapi khuatir juga akan bahayanya...tak nak lah dgr berita yng menyedihkan..


    Selamat menyambut bulan ramadhan PCL dan keluarga :)

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. selam jumaat dan srlamat menyambut ramadhan darivsaya untuk pcl sekeluarga.,,

    ReplyDelete
  3. as salam PCL..

    zaman kekecik memang meriah..seronok betul bulan ramadhan..kalau balik ke kampung halaman selang seminggu di bulan posa mesti berlawan-lawan dengan kampung sebelah main mercun roket (kami takut main mercun meriam) tetapi masih tetapi meriah dan seronok..indahnya zaman kanak-kanak.

    Selamat berpuasa PCL dan keluarga..semoga kita semua beroleh keberkatan dan pahala di bulan yang mulia ini...

    ReplyDelete
  4. Kakak pun harap moga tahun ini janganlah ada berita yg mendukakan hanya kerana meriam/mercun bagai itu,

    Selamt berpuasa dan maaf dari kakak ye PCL.

    ReplyDelete
  5. baiklah.. daripada entri ni pun dah tau bro ni memang nakal dulu..hahaha

    ReplyDelete
  6. dulu-dulu masa ada meriam buluhlaa best!
    baru terasa kemeriahan bulan puasa..
    sekarang dah takde, akan datang rupa meriam buluhpun orang dah tak dapat nak imaginekan, kan?

    ReplyDelete
  7. sy penah main mercun pipe tu..hehe..rindu nostalgia tu..

    ReplyDelete
  8. dulu main mercun/bunga api/meriam buluh takde pulak cedera sampai keluar dalam berita.. sekarang tengok..
    tunggulah sikit hari lagi, mesti ada kes..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum PCL...wow besarnya meriam tu kalau x berhati2 mungkin ada nyawa yg akan terkorban...:)

    ReplyDelete
  10. bahaya tu meriam buluh... tapi deno masih dgr dentuman meriam ni setiap kali ramadhan.. deno kan duduk kat kampung... lepas berbuka mesti dgr... byk kali pulak tu.. nanti dkt2 nak raya deno suka pasang pelita.. saja2 nak hiburkan hati dan cantikkan halaman rumah... pakciklie pasang pelita tak? :)

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa pakciklie dan keluarga... :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.