Tiada Etika : ..dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.

Tuesday, July 31, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

ok. assalamualaikum..


lets kongsi mengenai etika ketika berada di bazaar ramadhan.
benda ni dah lama dah aku nak tulis. tapi baru hari ni aku betul2 nak tulis.
sbb aku dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.
umum tahu, bazaar ramadhan adalah tempat yang paling busy, sesak dan ramai mata yang memandang.



so di sini, antara perkara yang diklasifikasikan sebagai tiada etika untuk kedua2 pihak PENIAGA DAN PEMBELI.

gambar hiasan dari google image

1. PENIAGA

a. TIDAK MELETAKKAN TANDA HARGA.

benda ni rasanya kat semua bazaar mmg ada. susah sangat nak letak tanda harga.
apa motif kau taknak letak tanda harga? sbb kau boleh letak sesuka hati harga kau?
kalau tempat lauk pauk tu, boleh la diterima takde tanda harga.
ni.. kau jual kuih beberapa jenis pon. tulis jela tanda harga. 
rajin plak kau nak menyebut harga kau banyak2 kali bila orang tanya.
ini jadik kat aku. bazaar Taman Melawati.
aku tetibe nampak kuih Jala Emas. pastu takde tanda harga. so aku bajet mungkin benda tu RM 1 utk 2 ketul.paling mahal pun RM 1 seketul.
so aku tanya 
" kuih ni berapa?"
"satu 3 ringgit"
"errr bagi 2 la"
ok. pada aku, aku rasa MEMANG MAHAL GILE WEEEIII kuih coet tu RM3.
RM3 dah boleh beli jus buah 
tapi memandangkan kelemahan aku ialah ego aku sendiri, tetba aku terus minta 2. sepatutnya aku terus bla. tapi napa tah. ego aku yang menjawab minta 2 ketul. so rm 6.
RM 6 dah boleh dapat kuih biasa 15 bijik. 


so wahai peniaga TOLONG lah letak tanda harga. bkan susah pun.. kau nak untung banyak tapi kedekut tahiikk masenn!!!!

b.MEMEGANG MAKANAN DENGAN TANGAN DI HADAPAN PEMBELI

bnda ni pun banyak berlaku. banyak kali. selamba gile pegang makan dengan tangan. terutamnya kuih. 
owowow.. mmg la kau kata kuih tu pun hasil tangan kau.
tapi itu aku tak nampak. ni kau dah pegang depan pembeli, takkan orang tak nampak.
ntah dah pegang apa tah.

c. SEKSI MCM ORANG NAK BELI KAU

benda ni ada berlaku tapi ianya mungkin dalam 3-4 orang penjual je dalam satu2 bazaar.
kemain kau... baju leher low cut, rambut perang.
ada jugak yang pakai singlet je. seksi mcm hape.
please la.. orang datang nak beli makanan. bukan nak langgan beli kau.

4. MELETAK HARGA SESUKA HATI

Peniaga, sebelum kau letak harga, kau tgk la dulu produk kau tu layak atau tak untuk mendapat harga mcm yang kau letak.
aku masih teringat kes somtam aku yang berharga rm 5.
dah la sikit bebenor. pastu kering.
aku beli pun sbb aku tak tahu harga pastu aku tanya (mcm point a)

5. MENJUAL SEMULA MAKANAN YG TIDAK HABIS

Memang. memang sayang nak buang. tapi itulah hakikatnye.
kau perlu buang/sedekah jualan kau yang tak habes tu pada orang.
ni tak. kau simpan and kau jual semula esok.
tak amanah weeeh.

dan lagi satu. orang yang jual kuih ni kadang2 guna HAMPAS kelapa untuk buat inti.serius.



2. PEMBELI

a. TERGEDIK-GEDIK

benda selalu kat budak2 perempuan yang meningkat remaja la.. yang baru lepas spm, yang tingkatan 3 keatas .
aku perhatikan dorang ni kalau jalan sesama dorang mesti nak tergelak2 bajet manja.

pastu kalau ada peniaga yang usik, mula la menggeletis mcm hape.
dahla orang kat bazaar tu ramai. kau tergedik2, kau dah menyekat laluan orang lain. so tak payah gedik. 
ikat je rambut tu. ni tak.
rambut menggerbang konon seksi. kalau rambut tu lawa, sedap gak mata memandang.
ini.. rambut pun kering, menggerbang, siap ngan bekas ikatan...
baik kau ikat jelah rambut tu.

b. OLOLOLO BIJAKNYE ANAK AKU PANDAI JALAN!!

Kadang2 ada parents yang bawak anak kecik datang bazar. takpe. yelah.. kesianla kat anak.. kat rumah takde sapa jaga.. so bawak la..
tapi yang buat orang menyampah, bila kau biarkan anak kau yang umur setahun, yang baru terkedek nak belajar jalan tu, berjalan sendiri. apa salahnye kau dukung budak tu.
"alaaahai anak aku pandai jalan wooo!"
ok.tapi tgk tempatlah untuk mempertontonkan "ke-olololo-an" anak kau tu.
1. kesianla kat budak tu. dia kecik lagi dan terpaksa berhimpit. dah la jalan terkedek2.
2. kesianla kat pembeli ni terpaksa bersesak sebb nak bg ruang kat anak kau berjalan.

c. LAPAR MCM TAK BERBUKA SEJAK SEMALAM

beratur.. susah sangat ke nak beratur? ni kau tetbe datang dari arah lain pastu kau order.
amende kau ni?? takde sivik? lapar benaw? 



pcl; .. takda sapa nak kesah pon...kan , tempat awam...sapa taknak lebih baik duduk rumah diam2...pahala pon tak kurang !! ambil ini sebagai iktibar yang mana perlu !! kita nampak salah/betul orang kita jadikan 'cermin diri' untuk kita perbaiki dari yang baik kepada yang lebih baik.



kredit : RuthlessFairy


18 comments:

  1. Marah beno ni....
    Tapi ada betulnya juga.....
    kadang sesetgh orang ni fikir diri sendiri je..
    Tak nak fikir orang lain...

    ReplyDelete
  2. gitula kalu bazar ramadhan...mcm2 citer kurang enak didengar..makanan mahal..sikit..berebut...
    sjk pose cik dah x singgah lagi..tugas suami beli2 kuih ni...
    kiter berkejaran blk keje masak..

    ReplyDelete
  3. Tajam betul pengamatan beliau. Bagi saya perniaga yang tidak meletakkan harga adalah tidak jujur dan gunalah sarung tangan. Kebersihan perlu dijaga.

    ReplyDelete
  4. hehe ruth jugak dapat nama
    aktif dah PCL kat carigold ya

    ReplyDelete
  5. aduhaiii sedih baca ...
    baik peniaga mahupun pembeli sama2 lah menjaga tatatertib di bulan yg penuh barakah ni kan PCL ...

    ReplyDelete
  6. Biasa la bro... dah normal, mcm2 manusia, tapi sebagai pembeli, kena la berhati2 ye, macam aku nak beli makanan aku pilih yang berpakaian sopan, sebab tak nak pahala aku ditolak diatas sebab membeli makanan dekat depa2 nie gagagaga.. wallahhualammissawab :)

    ReplyDelete
  7. masak sendiri paling nyaman. :-)
    (kalau sempat..)

    ReplyDelete
  8. macam2 kerenah kan...sabar je la..
    ade yg nk save bajet tu guna bhn murah sampai rasa basi air abc...

    ReplyDelete
  9. AnonymousJuly 31, 2012

    kan pasar tu tempat Setan bertandang ..macam-macam lah ada ..

    ReplyDelete
  10. betul2 marah ni..
    sabar la ye...

    ReplyDelete
  11. Setuju betul dgn PCL!
    pelbagai karenah, pelbagai ragam katakan..
    hehe...
    tapi, mahal betul la kuih tu kalau RM3 sebiji..
    peniaga tu salah sebut kot..
    mungkin 3 biji RM1..
    hehe..
    saya pula,
    paling tak suka ada mak bapa yang bw anak2 terutama yang masih kecil tu..
    takkan tak tau, budak mudah terdedah kpd penyakit..
    huhuhu...(mungkin saya agak tak layak untuk bersuara tentang hal ni, maklumlah belum berkahwin dan berkeluarga lagi...)

    ReplyDelete
  12. BARU DUA TIGA KALI PERGI BAZAAR RAMADHAN TAHUN NI..

    ReplyDelete
  13. NAL akui benda ni. Yang ok, memang ok. yang tak ok ni la masalah. Kadang2 beratur panjang, last2 tak beli pun. adoi, dah la kite tunggu lama..

    ReplyDelete
  14. uiii naaaaa.......
    kan dah ada etike pergi bazaar...

    ReplyDelete
  15. ha'ah.. apa yg PCL tulis ni semua betul.. setuju sgt.. entah apa2 kan..

    p/s: jom pakciklie!

    ReplyDelete
  16. mmg kalau pergi bazar..point yg PCL ni mmg betul..geram...tang tanda harga tu mmg biasa tgk...ada jugak yg pergi bzar mcm nak pergi town..tu yg kdg2 sy malas nak g bazar...

    ReplyDelete
  17. memang tiada sivik.. paling tidak suka jika menjual dgn tiada letak tanda harga.. itu sbb bila beli barang aku suka bertanyakan dulu harganya.. kemudian pastikan wang pulangan dikra betul2..

    ReplyDelete
  18. ok.. setuju dengan semua tu tapi bersyukur kat BARAM yang dekat dengan rumah ai ni paling simple.. tak perlu bersesak-sesak.. rileks je.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.