Zakat Fitrah : Bayar jangan tak bayar !

Tuesday, July 24, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

kredit : akudansesuatuz
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum."


Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal


Kadar Bayaran Zakat Fitrah (2012/1433H)

kredit : akudansesuatuz


pcl ;...sekarang nih dah banyak kaunter zakat dibuka di tempat-tempat awam selain dari masjid dan surau selurh negara, ...bukan jadikan  alasan bagi  mereka yang tak bayar zakat sebab tak jumpa kaunter nak bayar kat mana ! 
...dan para remaja yang dah bekerja tuh bayar la sendiri untuk diri sendiri ..takyah nak bergantung harap pada bapa plak.(baru la ada feel).

lain2 sumber : amry85


9 comments:

  1. assalamualaikum PCL....betul tu zakat fitrah jangan dilupakan ...

    nak mengingatkan hubby jumpa kaunter zakat kat mana2 terus bayo...

    ReplyDelete
  2. tahniah....berzakatlah seawal ini
    enpakwe akak dah bayarkan zakat fitrah satu ramadhan lepas, cumanya akak belum bayar zakat pendapatan ramadhan ni...belum sempat lagi moganya minggu ni selesai tanggungjawab yang wajib ni mudah mudahan..

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,sejak ayah meninggal acu bayar zakat sendiri..dan bayar sekali untuk mak...tak nak beban kan abang2 acu :)

    ReplyDelete
  4. blom bayar lagi.insyaAllah gaji baru bayar hehe :D

    ReplyDelete
  5. org lelaki dalam keluarga dayah selalu bayar pg , nak solat tu..
    (kalau tak salah la..hehe..)

    ReplyDelete
  6. kat pasar ramadhan pun diorang bukak kaunter da skang ni..masuk bulan 8 ni company panggil org pejabat zakat bukak table kat company..hehe..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...insyallah...saya balik kampung bayo dengan ayah sendiri..selalu lagu tu...

    ReplyDelete
  8. tiap tahun mesti ai ingatkan hubby.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.