Daging itik berbeza daripada ayam kerana ia lebih manis, kenyal dan strukturnya pula tebal dan berlapis..

Tuesday, August 07, 2012 Nazlee Ismail 25 Comments


ITIK PANGGANG  (roast duck) 


Terasa ingin membuatnya sendiri setelah membaca artikel di bawah. Kalau lalu di lorong-lorong jalan selalu nampak kedai-kedai bangsa Cina ada menjual 'itik gantung' , Itik panggang ini dah tentunya tidak  halal bagi orang muslim makan. Takde lah terliyur sangat tapi disebabkan aku pernah makan itik sebelum ni, ada keinginan nak makan.. dan nak buat sendiri ..

"sengaja taknak tunjuk itik yang sudah siap dipanggang.....nanti ada orang  kecor air liur pagi2 ni.... !!"

KUALA LUMPUR: Segelintir masyarakat Islam berkeinginan mencuba itik panggang terutama ketika berbuka, namun bukan mudah mendapatkan makanan itu disebabkan ia tidak halal berikutan biasanya diusahakan oleh peniaga bukan Islam.
Justeru, kesukaran mendapatkan itik panggang halal mendorong tiga sahabat menyediakan sendiri juadah lazat itu dan menjualnya di bazar Ramadan di Seksyen 13, Shah Alam, SS18, Subang Jaya dan SS6, Kelana Jaya sejak tahun lalu.
Menurut Muhammad Syafiq Khor Abdullah, 41, dia bersama rakan, Fairus Jahari, 34, dan Zamhuri Yacob, 30, mula menjual itik panggang halal di bazar Ramadan selepas menyedari tidak ramai peniaga bazar berkenaan menjual makanan itu walaupun permintaannya tinggi.
Katanya, penyediaan itik panggang yang rumit juga menyebabkan mereka hanya menjualnya setiap kali menjelang Ramadan, di samping memberi kelainan juadah untuk berbuka puasa kepada umat Islam.
“Itik biasanya dimasak gulai oleh orang Melayu, tetapi orang Cina lebih suka panggang. Bagi penggemar itik panggang di kalangan umat Islam, bukan mudah mendapatkan daging yang halal kerana ia biasanya dijual peniaga keturunan Cina.
“Oleh itu, saya dan rakan mengambil inisiatif menjual itik panggang halal yang disediakan sendiri bermula daripada proses memerap daging dengan rempah khas dan memanggangnya sebelum dijual terus kepada pelanggan,” katanya.
Muhammad Syafiq berkata, daging itik halal diperoleh setiap hari yang dihantar kepadanya dari Perak dan Pulau Pinang bagi memastikan kesegarannya terjamin sebelum memulakan proses memasak selepas solat Tarawih, pada jam 10.30 malam.
“Daging itik dibersihkan terlebih dulu dengan membuang isi perutnya dan dikeringkan menggunakan kipas angin selama dua jam.
“Selepas dikeringkan, daging itik diperap dengan campuran rempah jintan manis, bunga lawang, biji adas, kulit jeruk, halia, serbuk oat, lada, garam dan sirap maltosa selama lima jam,” katanya.
Katanya, daging itik yang diperap dipanggang 45 minit dalam ketuhar sebelum diagihkan ke tiga bazar berkenaan.
“Setiap hari kami menjual 150 itik panggang dan permintaan daripada umat Islam menggalakkan, malah ada juga pelanggan bukan Islam turut mencuba itik panggang kami.
“Daging itik berbeza daripada ayam kerana ia lebih manis, kenyal dan strukturnya pula tebal dan berlapis,” katanya.
Muhammad Syafiq berkata, dia menjual itik panggang pada kadar berpatutan iaitu RM38 seekor dan RM20 untuk setengah ekor.
“Selepas dipanggang, daging itik dimandikan dalam minyak panas bagi mengekalkan kerangupan pada kulitnya.
“Ia boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos mengikut selera pelanggan,” katanya. >myMetro


 pcl ; ..kali ini menu berbuka ikut selera 'bapak' plak ye anak2..hehe.., korang tak teringin ke ??


25 comments:

  1. daging itik mmg lebih sedap dari daging ayam..=)
    dulu bapa sy ada pelihara itik tau..
    banyak... anak2 itik mmg comel..=p
    tp lepas tu diserang penyakit dan pupus semuanya..
    sekarang ni kalau mengidam nak makan itik, beli sajalah..

    ReplyDelete
  2. Kat BAzar ramadhan kg baru ade jual... tp tak terasa nak beli pun tak tahu la sedap ke tak... nanti nak try laaa

    ReplyDelete
  3. kami sefamily memang penggemar itik. menu wajib setiap kali kenduri/raya, mesti buat kari itik. dah macam signature dish. hehe. tapi itik memang mahal dari ayam. tapi kami bela sendiri. bela tak banyak la. untuk keperluan sendiri bila perayaan atau ada kenduri. jimat sket. beli maheii ooo

    ReplyDelete
  4. uwaaa...rindu gulai itik masakan mak kat kampung!!!!!

    ReplyDelete
  5. mcm rendang itik lg sedap dr rendang ayam, hehe

    ReplyDelete
  6. TAK PERNAH MAKAN ITIK.. TAK TAU APA RASANYA..

    ReplyDelete
  7. NAL biasa makan kurma itik jer. memang sedap..

    ReplyDelete
  8. deno belum pernah makan daging itik.. hmmmm kena cuba ni

    ReplyDelete
  9. tak sanggup nak mkn itik..rasa mcm kotor je..

    ReplyDelete
  10. pernah makan itik, tapi tak tahu itu itik. dh hbs mkn baru tahu. ikutkan macam rasa tak nak jer. tp sbb dh termakana. tahu lah ianya enak sekali.

    ReplyDelete
  11. kawan Nurul org kelantan.. Mak dia kalau dtg Kl mesti selalu bawak gulai itik.. ok jugak, tapi dia berbau sikit..

    ReplyDelete
  12. daging itik mmg lg manis & sedp dr dging ayam..dan rendang itik adalah menu wajib kami di hari raya...

    ReplyDelete
  13. PS : TOLONG EMAIL PADA SAYA NAMA PENUH DAN ALAMAT. EMAILKAN DI fairusmamat@yahoo.co.uk TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  14. x pernah pun mkn daging itik ni.. so mcm x teringin je nak makn... skrg ni teringin nak mkn western or italian food ajer.. :0

    ReplyDelete
  15. wah... ini yang nak cari rendang daging itik ni....

    ReplyDelete
  16. pengakuan jujur dayah ,

    tak berapa ada hati nak makan daging itik.
    tak pernah makan daging itik.

    tak terpikir nak makan daging itik.

    :)

    mungkin takkan makan daging itik ..
    selagi boleh elak dan selagi ada pilihan lain.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum PCL...betul tu isi itik ni lebih sedap dr ayam yer mama pun dpt tahu dr hubby sebab die memang suka makan itik ni...:)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum PCL...wah rupa2nya ni menu berbuka utk PCL pula yer...selamat berbuka nanti yer...:)

    ReplyDelete
  19. alamak.. suka giler itik panggang.. lagi2 makan dgn nasi panas atau nasi ayam. Terbaek.. tapi harga tuh memang mengancam.. sepatuh 20 hinggit..

    ReplyDelete
  20. yups
    itik dgn telur itik memang sedap
    banyak kali dah saya makan
    :-)

    ReplyDelete
  21. yelah.. teringin jgak nak try daging itik..tak pernah lagi cuba..

    ReplyDelete
  22. husband saya kata sedap..tapi ramai orang melayu kita tak pandai masak.. kadang2 jadi hamis bau daging tu.. mmg tak boleh makan..

    saya tak dapat jumpa lagi itik panggang..teringin!

    ReplyDelete
  23. tak pernah try..
    takde ke yg nk belanja ai.. hehehe..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jika saudara ata saudari nak cuba itik panggang saya yang disiarkan di harian metro tajuk itik dimandi minyak panas ,bolehlah kunjungi Fb restoran saya.https://www.facebook.com/pages/Restoran-Aldy/206702319414497

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.