Hadiahkan diri dengan doa dan senyuman..

Thursday, August 02, 2012 Nazlee Ismail 5 Comments


Jangan mulai hari ini dengan penyesalan hari kelmarin, kerana akan menggangu hebatnya hari ini, dan akan merosak indahnya hari esok. Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kelmarin jika kita hadiahkan dengan doa dan senyuman.

gambar hiasan dari google image


Doaku hari ini ; ..Ya Allah, tetapkan aku dalam keimanan yang kukuh, datangkanlah kebaikan dan jauhkanlah segala keburukan.


Manusia seringkali berlaku egois. Ketika menginginkan  sesuatu, ia berdoa habis-habisan dan berupaya sungguh-sungguh demi tercapainya segala yang diinginkan. Tatkala berhasil, serta-merta ia pun melupakan Allah. Bahkan ia menganggap bahawa keberhasilan itu adalah hasil usaha dirinya sendiri.

Sebaliknya, bila kegagalan menimpa, ia sering kecewa kerananya. Terkadang ia berburuk sangka kepada Allah dan menimpakan kekecewaannya itu kepada siapa saja yang dianggap penyebab kegagalan tersebut.

Padahal, rasa kecewa, sedih, dan kesal itu lahir kerana manusia terlalu berharap bahawa kehendak Allah harus selalu sesuai dengan keinginannya.


 

5 comments:

  1. kita kena la selalu ingat padaNya tak kira pada waktu kita susah atau senang...

    ReplyDelete
  2. padahal Allah bagi sesuatu yg sesuai dgn keperluan kita...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur dengan apa yg Allah beri pada acu...ada sebab kenapa Allah uji kita dengan memberi kita perasaan sedih, kecewa & kesal :)

    ReplyDelete
  4. moga kita ditetapkan iman..nice doa tu..amin :)

    ReplyDelete
  5. perlu bersedia menghadapi kemungkinan yang ada..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.