Hanis Umairah : Saya suka bank !

Tuesday, August 28, 2012 PCL 13 Comments







..kebetulan hari nie Hanis umairah balik awal dari sekolah sebab sekolahnya ada buat jamuan sempena hari raya aidil fitri., pukul 12 tgh lebih dah boleh balik rumah..

Suka sangatlah dia..

Saya jemput dia dan terus ke bank.  Buku simpanan akaun Bank Rakyat dan  buku akaun kakak Nurhusnina juga ada dibawa  bersama..

...sejak cuti di kampung lagi dia dah ajak saya simpan duit raya yang dia dapat..kira banyak  juga lah jumlahnya ,  tu pasal masa yang ada sedikit nie saya luangkan untuk menemaninya di bank.... sebaiknya, teladan yang baik seharusnya bermula dari ibubapa. Kita yang sepatutnya kena menggalakkan mereka.

kalau nak diikutkan, saya sendiri  pon boleh bank-in tapi saja...saja nak bagi dia merasa bertapa nikmatnya bila boleh simpan duit sendiri ke dalam akaun bank , apa lagi kalau dah pandai menilai angka-angka yang tercetak di dalamnya. Duit Raya ini merupakan simpanannya buat kali kedua setakat ini.

*yelah kan.. saya masa sekolah rendah dulu pon macam tu jugak..kirim kat guru kelas tolong  masukkan 'duit kutu' ke dalam akaun bank..haha.

...setelah buku akaun dikemas kini, kelihatan Hanis Umairah tersenyum..senyum puas dan lega...risau dibuatnya sebelum ni , selalu saja kira duit.. takut duit rayanya terbelanja atau kehilangan.. :)) hurmmm!!


pcl; "asal bijak merancang...insyaAllah cerah masa depan"

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 comments:

  1. byknyer duit raya.. bagus.. bagus.. duit raya simpan dlm bank.. utk masa depan yg lbh cerah.. :)

    ReplyDelete
  2. wahh..bagusnya...a good father..

    ReplyDelete
  3. amboi banyak pendapatan raya humairah hehe..tahniah PCL pandai anak dara PCL menabung..InsyaAllah banyak kebaikannya :D

    ReplyDelete
  4. Blh bwk msk camera dlm bank ke?

    ReplyDelete
  5. wah, byknye duit raya Hanis Umairah.. bagus kecik2 ni rajin menabung, atleast bila besar nanti dia tahu la nk menghargai duit ni kan :)
    hiii, Hani Umairah :)

    ReplyDelete
  6. bagus2.. simpanan untuk masa hadapan...

    ReplyDelete
  7. @QueeN TerataI:insyaAllah kalau beringat2 sedari awal...bebudak skrg ni pon dah pandai pasal share2 bagai..ASB dan sbgnya lah...

    ReplyDelete
  8. @Belladeone: menjadi model yg terbaik...insyaAllah...Tq.

    ReplyDelete
  9. @misshannajr: inyaAllah...amin, kita harapkan yg terbaik utk depa...thnks.

    ReplyDelete
  10. @Azlan Ahmad:..entah, ok jer mgkn xde yg perasan...gadjet kini semakin kecik saiznya..

    ReplyDelete
  11. @babycomel: akak babaycomel nk minta umairah belanja ke??..hehe

    ReplyDelete
  12. @boni kacak: ada target sbnarnya tu bro....

    ReplyDelete
  13. ai belum lagi nak bank in kan.. mencari masa nak bawak anak2 pergi bank.. dan kebetulan cuti UPSR ni bolehlah bawak dorang.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.