Kalau beli, camana nak dapatkan 'LEMANG ORI' masaknya...

Monday, August 13, 2012 PCL 12 Comments

Assalamualaikum wbt...

Salam ceria...dah mohon cuti raya ke...amacam dah lulus ?

beli lemang ke atau buat bakar sendiri...?


kalau beli, camana nak dapatkan 'LEMANG ORI' masaknya...huhu. (ada kes yang terbeli lemang kukus...alahai kesiannya)...bole di makan tapi lemang bakar tetap de best !

ok, *aceni yer kengkawan :

Tentukan buluh bekas lemang tu merata kuningnya. 
Kalau buluhnya kehitaman tentu lemang di bahagian tersebut berkerak walaupun cukup masak. 
Tentukan ia tidak terlalu berair di bahagian atasnya. Juga tidak terlalu kering kerana jika terlalu kering, kemungkianan bahagian dalamnya mentah adalah besar. 
Tentukan daun pisang, pembalut lemang itu telah melecur serata, dan apabila di hentak2kan ia tidak melekat pada bahagian dalam buluh. 
Lihat bahagian atas lemang yang boleh dilihat samaada masak atau tidak. Ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran bahagian yang di dalamnya.

pcl ; kena cerewet sikit bab2 membeli lemang nih....bukan main sambar jek ..bayar dan blahh !! , tau la depa (peniaga) susah payah nak buat/masak lemang...tapi kita (pembeli) plak ada hak menilai dengan harga yang sepatutnya itu..

"Selamat Berpuasa dan Salam Aidil Fitri yg bakal kunjung tiba".



12 comments:

  1. adoi..bro da buat saya mengidam ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. dulu selalu la bakar lemang sendiri..
    tp sekarang dah x buat dah..

    ReplyDelete
  3. hewhewhew..
    encik hubby kita la yg settel bab2 lemang nih...
    :)

    ReplyDelete
  4. sedap makan lemang dengan rendang tok :)

    ReplyDelete
  5. betul..sbb tiap2 tahun beli lemang..mesti ada sebatang yg x masak..rugi betul..lemang skrg dh la mahal harganya

    ReplyDelete
  6. adehhh...lemang...teringin pulak...hee~

    > kena pandai pilih..kdg2 ada lemang yg keras semacam je bila beli..da rugi..

    ReplyDelete
  7. SAYA BIASA JUGA MENJAGA LEMANG, MEMANG BENARLAH TU APA YANG PCL BERITAHU..

    ReplyDelete
  8. tak pernah beli sejak dok kat sini..
    tetiap tahun mesti hubby akan buat sendiri dibantu oleh atok sedara..

    psstt: kalau takde pape aral hari Jumaat ni bakar lemang.. tapi yang tak bestnye teruja ai sebelum lemang tu siap masak tapi bila dah masak sikitpun ai tak heran.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  9. salam PCL,

    raya tahun ni saya tak perlu apply cuti raya lagik! yeayyyy ;)

    ReplyDelete
  10. sy tak berapa sgt makan lemang :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.