Perkongsian sebelum perjalanan balik cuti raya !

Tuesday, August 14, 2012 Nazlee Ismail 19 Comments

Assalamualaikum wbt,..


SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG DI SINI. ADALAH DIHARAPKAN AGAR KITA SEMUA BERHATI-HATI DI JALANRAYA KETIKA PULANG BERHARI RAYA DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING BERSAMA KELUARGA TERSAYANG..:)

apa yang kebiasaan saya lakukan untuk perkongsian bersama, ....sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung kami menunaikan solat Hajat dua rakaat  serta memohon doa seperti  berikut : 

 "Ya Allah Ya Tuhanku, sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang, dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri. Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat mencari rezeki dengan selamat....Amin" 

Setelah itu, apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

 "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

insyaAllah..sesama kita lakukan yang terbaik dan berserah kepada Yang Maha Esa.


untuk makluman juga..saya akan bercuti raya dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos ini. (3 hari je pon ambil cuti, 2 hari cuti ganti dan selebihnya cuti umum...walaweii!!) , jadi ...insyaAllah esok lepas waktu kerja...berangkatlah kami sekeluarga....doakanlah perjalanan kami erk !...terima kasih segalanya.

p/s : nak beraya ke rumah pcl ??...emm boleh jer :) *email kpd sy utk alamat lengkap.


19 comments:

  1. saya pun memohon ampun jika ada salah dan silap dari segi penulisan dan bahasa selama bersahabat di alam maya ini..semoga PCL gembira dan berhati2 memandu pulang berhari raya..

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya buat PCL jugak

    ReplyDelete
  3. semoga selamat sampai pcl, takde kad raya ke nak bgi blogger lain thun ni? hehe

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segalanya ya pcl!
    selamat hari raya, maaf zahir dan batin sepanjang berblog...

    ReplyDelete
  5. lamanya cuti!! apa2 pon, selamat menyambut aidilfitri, dan berhati2 di jalan raya. mulakan pemanduan dengan bismillah, alfatihah dan selawat. insyaAllah selamat

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya PCL..:)
    hati2 drive balik kampung..

    ReplyDelete
  7. insyaallah selamat sampai ke destinasi.. sama la kita balik raya kg.ehhehe..hati2

    ReplyDelete
  8. lamanya cuti..

    tak pernah amalkan. thanks bagi ilmu ni.. :)

    ReplyDelete
  9. saya pun memohon maaf jika ada salah silap...

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya...moga selamat dalam perjalan pulang ke kampung..:)

    ReplyDelete
  11. minggu depan full cuti.. =) selamat pulang ke kampung dengan selamat.. baarakallahulakum. =)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum PCL...selamat menyambut hari raya yer n mama mohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam masa mama dok mengomen di blog PCL...

    p/s berhati2 semasa dlm perjalanan pulang ke kampung...:)

    ReplyDelete
  13. SYABAS PCL.. DALAM HATI ADA IMAN.. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
  14. Salam aidilfitri jugak utk PCL sekeluarga.. Mohon maaf zahir & batin seandainya ada salah silap sepanjang persahabatan ni. harap2nya ukhwah yg terjalin ni berkekalan.. selamat pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat insyaAllah..
    (alamak, terpanjang la pulak kat sini)

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya pakciklie.. deno minta maaf jika ada silap dan salah ngan pakciklie sepanjang perkenalan kat dunia blog.. kita kosong-kosong eh pakciklie... hihi :)

    ReplyDelete
  16. saya pun nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan BATIN. berhati2 di jalanan bro.. tingkatkan prestasi, jauhkan kontroversi

    ReplyDelete
  17. selamat hari raya buat PCL & mamadiana :D

    ReplyDelete
  18. selamat pulang berhari raya PCL.. selamat hari raya... InsyaAllah nnt nak dtglah umah PCL.. kalau keadaan mengizinkan...

    ReplyDelete
  19. minggu2 terakhir sebelum raya, server kat office problem.. memang tak dapatler nak online bagai ni..

    maka, layanlah kat rumah.. sementara masih ada masa sebelum cuti panjang ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.