Selamat Hari Merdeka 2012 : Bersyukurlah !

Friday, August 31, 2012 PCL 14 Comments




Kemerdekaan Negara kita, Malaysia pada 31 Ogos 1957 telah diulang sambut perayaanya kali ke 55 pada tahun ini.

SELAMAT HARI MERDEKA 2012, Negara yang aman makmur bahagia....InsyaAllah bahagia dalam pemahaman masing-masing.

Dalam melaluinya usah kamu lupa pada kesusahan, boleh jadi kesusahan itu yang membahagiakan kamu . Usah lupa pada musibah yang menimpamu, boleh jadi musibah itulah yang merawat penyakit hatimu.

Ramai orang yang inginkan kesenangan di dunia, tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun diperolehi tanpa memerah keringat. Kesenangan memiliki pancaindera yang lengkap, mempunyai tempat untuk memayunginya daripada terik mentari dan menyelubungi kesejukan di pagi hari.

Ada yang tidak memiliki kereta, tetapi dia memiliki motorsikal. Ada yang tidak memiliki motorsikal, tetapi dia memiliki basikal. Ada yang tidak memiliki basikal, tetapi memilik sepasang kaki untuk berjalan. Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga daripada kereta, motosikal dan basikal, kerana ketiga2nya memerlukan kaki untuk menggerakkannya.

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur.....bersyukur kepada Alla swt.

>sumber dari fb Laniaz Nadiba


14 comments:

  1. kita kena bersyukur sentiasa dengan apa yang dah pun kita ada dan miliki ni..

    MERDEKA!!

    ReplyDelete
  2. bersyukur dan sentiasa menghargai apa yang telah dperjuangkan oleh wira-wira negara kita yang terdahulu... salam kemeredekaan buat semua..

    ReplyDelete
  3. Kembalinya Khilafah adalah Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam
    ARRAYAH.INFO, Malaysia, 29 Ogos 2012 - Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam adalah memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.seterusnya...

    ReplyDelete
  4. ye, betul tu. bersyukurlah dgn apa yg kita miliki skg.. Salam merdeka utk PCL & semua, bangga jadi anak Malaysia yg merdeka

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kita masih di beri peluang utk meyambut kemerdekaan tahun ini :)

    Salam merdeka dari miss z untuk PCL sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari MERDEKA PCL...terpaksa bekerja di cuti umum tetapi semangat MERDEKA tetap di jiwa.

    Syukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  7. yup.. kita kena bersyukur.. sgt bersyukur.

    ReplyDelete
  8. salam merdeka PCL...semarakkan Islam untuk Malaysia :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari merdeka pcl

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum PCL....salam merdeka buat PCL juga...:)

    ReplyDelete
  11. SALAM MERDEKA... SAMA-SAMALAH KITA KEKALKAN KEMERDEKAAN INI..

    ReplyDelete
  12. salam merdeka..pcl..moga malaysia terus aman hendaknya..;)

    ReplyDelete
  13. walaupun kita tak mampu memiliki kesemuanya tapi bersyukurlah yang kita masih mampu memiliki salah satu daripadanya..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dan rasa sgt bersyukur dgn apa yg kita miliki skrg nie...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.