Semua anda adalah sahabatku

Friday, August 03, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepa
da kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……




Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.




Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.




Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah




Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.


hiasan dari google i mage.



16 comments:

  1. TERIMA KASIH KRN MENDOAKAN UTK SAHABAT2MU.

    ReplyDelete
  2. Amin... semoga persahabatan ini terus kekal...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum PCL...amin semoga kekal selama2nya...:)

    ReplyDelete
  4. AMIN. Semoga persahabatan ini kekal terjalin biarpun hanya di alam maya.

    ReplyDelete
  5. Amin......
    Terima kasih atas doa tersebut PCL... =D

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ~ ~
    semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan hidup bahagia selalu...=)

    ReplyDelete
  7. terima kasih pcl.. doa yang baik2 juga untuk kamu..

    ReplyDelete
  8. aminnn,semoga ali di berkati.

    orang yg mendoakan org lain,maka malaikat juga mendoakan si pendoa.

    ReplyDelete
  9. Amin.. doamu doaku jugak.. terima kasih kerana mendoakan kami semua,

    ReplyDelete
  10. amin...semoga persahabatan kita sentiasa berkekalan walaupun jarang bertemu dan hanya di alam maya je..

    ReplyDelete
  11. Aminnn... kawan kawan, tak mo lawan lawan!

    ReplyDelete
  12. insyaAllah amin.. kurniakan pada kami persaudaraan yg berkekalan dn kematian dpm husnul khatimah..

    ReplyDelete
  13. amin.. moga persahabatan yang terjalin ini makin kukuh dan kuat.. insyaAllah..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.