Tak Puas Selagi Tak Dapat : Banjir di pagi raya ?

Thursday, August 23, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments


assalamualaikum..
salam Syawal ke 5, syabas kepada anda yang sedang berpuasa 6.
...semalaman di Sungai Petani hujan rahmat turun dengan lebatnya...bertambah sedap bila melayan tidur dalam kekenyangan makan juadah rumah terbuka raya.ketupat rendang dan sebagainya. Bertambah suka lagi bila mak mertua masak nasi tomato bersama lauk pauk yang sedap sangat..
masa sedap makan memang tak ingat langsung fasal kejadian tahun lepas..makan sampai nak pitam sebab kolestrol naik mendadak !
..tapi itu kisah tahun lepas, sepatutnya ia dijadikan iktibar.
hermmm...
saya ..
awal pepagi lagi dah bangun..teringin sangat nak sarapan roti canai kuah banjir.
..terus ke lokasi berdekatan dengan masjid jamek Tama Ria , deretan warung bawah pokok memang menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar di sini, musim cuti perayaan macam ni
memang jem lah ..jem dengan manusia yang seolah olah kelaparan di pagi hari...walaupun makanan masih banyak di rumah memasing..beginilah lumrah manusia, tak puas selagi tak dapat..haha betoi kan!
kalau nak diikutkan rasa roti canainya macam biasa ja tapi yang menjadi tarikan adalah kuah bermacam jenis..boleh buat pilihan antaranya ialah gulai ikan kembung, daging, ayam, udang dan kuah dal bersama sambal ikan bilis..
memang sempoi..lagi lagi kalau pesan roti canai kuah banjiro..
tak cukup sekeping pasti nak tambah lagi !!
pcl;..ini yang dinamakan diet bulan Syawal :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 comments:

  1. Amboi... macam mengidam pulak ya? :)

    ReplyDelete
  2. haah, aritu tengok pagi raya kedua pun org dah penuh kat mamak tau nak cari roti canai.. kelakar rasanya, walaupun lemang rendang kuah kacang bersusun kat dapur, roti canai mamak jugak yg nak lekat kat tekak eh :)
    ~baby tak makan mamak, hehe (sbb sekali dah makan mesti jd ketagih)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.
    Byk pilihan kuahnya

    ReplyDelete
  4. ingatkan rumah yg banjir td PCL... rumah mak Queen di Klang ni hampir banjir gak hari raya ke 2 aritu.. Hujan selebat-lebatnya..

    Alhamdulillah x masuk air tu.. hampir2 jer.. tp kalau hujan masih berterusan selama 1 jam lg confirm banjir... :)

    ReplyDelete
  5. kalau dah teringin tu mmg sanggup buat apa saja kan..hee :p

    ReplyDelete
  6. hahaha..betul tu. tak puasa selagi tak dapat..hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL....betul2 banjir ni...:)

    ReplyDelete
  8. ingatkan banjir apa. laahhhhh banjir roti canai kaaaaaa

    ReplyDelete
  9. wow!!!! menyelerakan!!!! yummy! :)

    ReplyDelete
  10. terliur dgn nama gulai ikan kmbung..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.