Eh !...tauke emas ke aku nih...

Thursday, September 20, 2012 PCL 18 Comments


Semalam , ..sepetang  saya WhatsApp denga rakan blogger yang baru dikenali..., kalau nak kata baru tu tak la sangat  tapi masih belum pernah bersua muka , hanya sebagai rakan alam maya ,...yang pasti dia seorang brader yang berjaya dan sukses dalam 'dunia emas...', sembang dengan Ajak !

eh, kan..bila kita sembang2 pasal emas, bagi mereka yang tak pernah terlibat mungkin akan memandang sinis dan berbagai tanggapan dilemparkan walaupun seseorang itu berhasil membuktikan kejayaannya dalam bidang yang diceburi.., sebenarnya saya pun belum lagi melibatkan diri secara langsung, tapi setidaknya dan apa salahnya kita berfikir secara positif.

saya bukan mengajak anda pembaca sekalian untuk membeli emas kerana saya bukannya tauke kedai emas , bukan juga ahli mana2 MLM or what ever, tapi saya nak berkongsi dari hasil pembacaan saya sebelum ini tentang tips mengesan emas palsu.

Okey tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu .

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut .

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

6. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

7. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif .

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi) .

10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

11. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Memang ada aura...

sumber tips

pcl; ...camana aura emas  tu ye sebenarnya ?

 

18 comments:

  1. Kakcik tak punya walau seurat emas! :(

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...info yg menarik ni...:)

    ReplyDelete
  3. @Yana Aina: owh dah praktis la ni.. :)

    ReplyDelete
  4. @kakcik: ye ke kakcik...tak kan lah !!

    ReplyDelete
  5. @Asmar Arafad:@maszull: info utk org2 pompuan..khususnya, dan encik2 abg yg sygkan bini.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan dari ain PCL. Satu info yang menarik sekali untuk ain belajar ttg emas. Sejak dah jadik mak2 nih...suka pulak dengan emas, klu tak dulu silver 925 jer lah yang di gila2kan..hihi. Klu free2..sila lah jengah blog ain yer..salam ukhwah PCL..PEACE!! ^_^

    ReplyDelete
  7. nk beli emas pun tak mampu skrg ni haaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. owh..baru saya tau..emas tu bersifat lembut sebenarnya ye?

    ReplyDelete
  9. tips berguna! thanks share. boleh mya refer nti hee:)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah setakat ni saya tak berminat sangat pada emas.. selamat poket suami saya..

    ReplyDelete
  11. salam PCL...

    lepas ni nak beli cincin ke or brg kemas kena heret pakar la camtu...

    ReplyDelete
  12. info yang menarik.. ;) tq for sharing..

    ReplyDelete
  13. peralatan emas i takat, 2 bentuk cincin emas belah rotan masa tunang, nikah. and another one wedding gift. satu bangle, 2 bentuk cincin emas putih... That's all.. the rest, just accessories.

    ReplyDelete
  14. wah.. saya x leh pakai emas.. rugilaaa~

    *salam kenal PCL*

    ReplyDelete
  15. saya hanya mampu emas tiruan

    thanks syer pcl

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.