Hari minggu yang bebas dari kuih muih raya!

Sunday, September 02, 2012 PCL 10 Comments



....hari minggu bersama keluarga yang bebas dari juadah dan  kuih muih raya.

bersantai di kolam mandi adalah pilihan kami,  ini lah rasa tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada anak-anak..., hak mereka kekadang sukar juga kita sebagai ibubapa untuk memenuhinya dek kerana kekangan masa...naseb jer dorang tak 'pandai memberontak' mahukan hak dorang! ..

alhamdulillah...dari pagi tadi kami di sini....di sebuah apartment sekitar Damansara.,...hanya menurutkan kemahuan Hanis Umairah yang beria nak berenang-renang di kolam sejak beberapa bulan lalu.., kebetulan anak sedara baru saja berpindah ke sini dan ada kolam mandi plak tuh....emmm apa lagi, hoooray2 la si Hanis tuh..

*bila difikirkan berkenaan tanggungjawab....

....kesusahan melaksanakan tanggungjawab itu akan membawa suatu kepuasan apabila sudah ditunaikan dengan jayanya..perasaan redha,  sabar dan bersyukur kepadaNya.
Inilah seronoknya kahwin! hidup tidak selalunya indah tapi dari situlah bermulanya setiap keindahan....tak caya, cepat2 lah...teruskan hajat anda.

ada yang berpendapat...kahwin itu menyusahkan hidup, menambahkan bebanan...betul ke?

Published with Blogger-droid v2.0.6

10 comments:

  1. lg 1 minggu 5 hari sy akan menunaikan hajat itu. >_<

    ReplyDelete
  2. masih menanti.. tolong doakan ye,

    ReplyDelete
  3. walaweh..bestnya bro.. saya da lama tak mandi kolem renang ni...

    InsyaAllah.. jika saya sudah jumpa dengan seseorang yang berkenan di hati, InsyaAllah saya akan menjalin ikatan yang sah dengannya.. Doa2kan saya juga ye bro..

    ReplyDelete
  4. bestnye mandi manda di kolam..dahla panas terik skrg kalau blh nak tidur dlm bilik air jer..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum PCL

    raya yg penuh bermakna kpd anak2 tu...

    ReplyDelete
  6. LAMA JUGAK TAK MANDI KOLAM...

    ReplyDelete
  7. best arr.. kalau kat rumah, ada tak ada pun kolam kecik je..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL....seronoknya dapat mandi manda di kolam renang tu yer...:)

    ReplyDelete
  9. kalau ada org rasa perkahwinan itu menyusahkan hidup.. mmg xde agama la tu PCL.. dia xtau betapa dlm perkahwinan itu punya nikmat yg sgt hebat dan dlm perkahwinan itu sendiri terlalu byk pahala dan kebaikan yg dpt kita kumpulkan.. rugila pd mereka yg anggap perkahwinan itu menyusahkan... :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.