Kesihatan : Ramai orang salah faham...

Thursday, July 25, 2013 Nazlee Ismail 26 Comments

NASI MENGGEMUKKAN!

.. Dek kerana ingin mendapatkan potongan badan persis model, pelbagai andaian tidak berasas disimpulkan hasil daripada perbincangan antara rakan mahupun pencarian maklumat di Internet. Ini termasuklah, pengambilan nasi seharusnya dielakkan kerana makanan karbohidrat itu kononnya berpotensi menggemukkan atau meningkatkan berat badan seseorang.

... Namun, adakah andaian itu benar? Menyangkal andaian itu, Dr Tee (Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia) menjelaskan; "Ramai orang salah faham. Sebenarnya, nasi tidak akan menjadikan anda gemuk. Semuanya bergantung kepada kuantiti pengambilannya. Kalau diambil dalam kuantiti kecil atau sederhana, ia tidak akan menjadikan kita gemuk.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong.
.. "Dan, asalkan kita bergerak, kalori itu akan hilang apabila digunakan. Jadi tidak perlu terlalu risau sehingga tidak makan satu-satu jenis makanan langsung dan ini akan menyebabkan anda kehilangan zat penting seperti vitamin B," katanya.

Apatah lagi, piramid makanan, panduan mencapai diet sihat menunjukkan nasi berada di tangga paling bawah sekali, oleh itu ia perlu diambil dalam kuantiti secukupnya.



petikan dari : mStaronline

pcl; ...saya cuak juga kalau tak dapat nasi dalam sehari , hurmm !




26 comments:

  1. assalamualaikum PCL...makan tu boleh tapi dalam kuantiti yg sedikit la jgn langsung x makan nasi parah jadinya nanti...:)

    ReplyDelete
  2. makan banyak2 tapi tak gemuk..;p

    ReplyDelete
  3. Nasi makanan kegemaran saya, tapi saya ambil dlm kuantiti yg sedikit, hairan berat bdn still tak nak turun, tolong....

    http://asmarpunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hooo bak kata tun mahathir.. Semua pkara perlu berserdahana.. Huu

    ReplyDelete
  5. masalahnya diorang ni tak paham.. yang menggemukkan bukan nasi je.. segala yang refine karbohidrat.. yang dalam pyramid makanan tu bukan nasi putih yg dah kena polish tu.. tapi nasi yang belum polish.. nasi beras perang..dan makanlah ikut keperluan..ni makan berlebihan.. mau tak gemuk..

    ReplyDelete
  6. Makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi. Boleh dikurang kuantiti mengikut keperluan kalori seharian.

    ReplyDelete
  7. Mau pitam tak makan nasi sehari dan ada potensi untuk masuk hospital...ehehhee...

    ReplyDelete
  8. kalau nasi tu menggemukkan dah lama Queen ni gemuk.. sarapan mkn nasi.. t.ari mkn nasi.. malam pun mkn nasi gak.. tp x gemuk2 pun... :)

    yg jadi gemuk tu lps mkn tido.. mkn tido.. mmglah gemuk.. hehehe

    ReplyDelete
  9. @maszull: mcm dah penah buat ye mama...sy pn xblh kalo xmkn nasi dlm sehari...

    ReplyDelete
  10. @Momo: untung2..x perlu risau dah..

    ReplyDelete
  11. @AsmarArafad: dah memang dari gen saiz besar2... :))

    ReplyDelete
  12. @Rai Ourkizuna: selera makan membuak2 lagi2 dlm bulan puasa dan terbawak sampai ke bulan2 lain..

    ReplyDelete
  13. @akubiomed: yes..keja kuat, makan pon kuat jg lah..seimbangkan dgn keperluan.

    ReplyDelete
  14. @JunAina: jangan dibuat pitam..susah jadiknya nanti.

    ReplyDelete
  15. @QueeN TerataI: ini kira Queen tergolong dlm genetik slim..haha.

    ReplyDelete
  16. Boleh makan nasi.. bak kata Kevin Zahri kalau nak maintain just makan segengam (segengam tangan kita) nasi jer.. kalau nak diet separuh dari gengaman tangan kita tu..

    ReplyDelete
  17. setuju...mungkin ada yg tak tulis lengkap seperti dr tu cakap...so org salah tafsir gituw...

    tapi kalau nak gemuk sila makan nasi sepinggan pastu makan la kentang 3 biji di goreng mahupon di rebus...pastu makan ice cream...keh keh keh petua kegemukkan yg melampau tuh nanti...hehehe

    serius pcl, saya tak boleh makan nasi lebih dari 4 suap jika saya malas buat kerja rumah...sob sob sob...la ni dah naik 4kg akibat raya..aggagagga nampak sangat malas nak bakarkan kalori kan...

    ReplyDelete
  18. yesza.. sebab tu kita disarankan hanya makan nasi sehari sekali je..

    ReplyDelete
  19. SAYA AMAT BERSETUJU.. SAYA PUN PERNAH PERGI SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF YANG MENGUPAS HAL-HAL SEBEGINI..

    ReplyDelete
  20. kalau tak makan macam ada yang kurang tapi bila makan cuba control agar berat badan tak naik balik.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  21. Hehe have no problem untuk tak makan nasi selama seminggu :) Itu pasal keding je ni :p

    ReplyDelete
  22. Sy mkn setengah senduk nasi je.. hihi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.