Wajib mengqada (ganti) solat yang tertinggal.

Sunday, September 16, 2012 PCL 9 Comments


Published with Blogger-droid v2.0.6


Salam hari minggu.. SELAMAT HARI MALAYSIA !!

ada yang kelewatan bangun tidur sehingga meninggalkan kewajiban? 

mengikut hukum syarak, orang yang dibolehkan mengqada (ganti) solat yang tertinggal ialah :  

i}  tertidur sehingga melepasi waktu solat. 
ii} lalai atau lupa waktu solat dengan tidak sengaja.  

kalau tergolong dalam kedua keadaan tersebut  ia dikira tidak berdosa tapi wajib qada serta merta pada masa ia menyedarinya.  

Bagi orang yang sengaja meninggalkan solat pula adalah berdosa dan wajib qada serta taubat.

sebagai renugan untuk kita bersama, hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud ; 

"Hutangmu kepada Allah itu adalah terlebih layak untuk kamu tunaikan"  

( rujukan : naskah , Indahnya HIDUP Bersyariat.)



9 comments:

  1. segalanya mudah sebenarnya..tapi diri kita yg malas nak melaksanakan...

    selamat hari malaysia :)

    ReplyDelete
  2. hmmm....
    benar.... saling ingat2 lah kita...

    ReplyDelete
  3. takde alasan utk kata tak pada solat kan.. even sakit pun kena buat jgk kan

    ReplyDelete
  4. @MISS Z BERCELOTEH: kalo dh malas abis citer...aptb !

    ReplyDelete
  5. @Leeza dayasari [santai leeza]: selagi kita semua bersaudara, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. selagi masih ada kesempatan...qada la solat kita..mana tahu ada yg pernah tertinggal2 dulu ke...

    ReplyDelete
  7. saya baru graduated in biomedical science course IIUM..tapi dah resign 2 kerja.. sbb sukar solat..bila da keluar sy rasa dunia sgt2 mencbr..

    1) fast food.. maghrib mmg ssh nak solat sbb masa tue.. ramai order.. lau lambat hq akan call nape lambat.. b4 nak delivery rider kena key in something in system.. da lepas hantar pon rider kena key in something gak..so hq taw bpe lama kita siapkan mknn n bpe lame makanan dihantar ke destinasi..

    2) customer service Representative.. syif mlm 1.30pm smpi 11pm..30 minit setup komputer and system.. within 4 hour de 15min break.. tapi scheduled..pastu rehat sejam.. pastu kerja 4 jam lagi maknenya boleh terlepas zuhur dan maghrib..

    sekarang sy menganggur.. huhu.. doakan Allah permudahkan urusan sy..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL...kena lakukan juga walaupun tertinggal solat tu...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.