Bukan Yusof Tayoob yang kata : "Ramai yang tidak menyedarinya".

Wednesday, October 03, 2012 PCL 24 Comments


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Yusoff Ayob berkata pemilik kenderaan yang memasang langsir atau pelekat telah melakukan satu kesalahan. 

"Kesalahan ini membawa hukuman denda yang berat dan hukuman penjara."

"Ramai yang tidak menyedarinya. Kebanyakan mereka yang telah dikeluarkan saman membuat kesalahan kali pertama," katanya.

Yusoff menambah terdapat hanya beberapa saman yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan dengan langsir.

"Pengguna kenderaan dibenarkan untuk menggunakan pelindung cahaya atau tuala pada tingkap kereta untuk menghalang matahari.

"Ini dibenarkan kerana pelindung dan tuala tidak kekal dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Pelekat dan langsir dipasang kekal dan menghalang pandangan pemandu," kata Yusoff.

info selanjutnya di sini : Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang


ganbar hiasan..


Pengalaman pcl ; ...saya pernah disaman oleh JPJ ketika sekatan jalan raya di sekitar jalan menuju ke Pantai Merdeka SP, masa tu (10thn lepas) anak2 masih kecik lagi..itu pasal la sy pasang langsir/bidai utk tingkap keta..bukan suka2 tapi tak mau depa kena silau matahari..."kena saman dan bayar RM200"...masa tu taktau perkara ni termaktub dalam undang2 JPJ...dan ramai juga pemilik keta menggunakannya selain cantik dan nampak xclusive..hehe. , so, beringat2 lah sebelum terkono saman!! :))


24 comments:

  1. kalau jln jauh biasanya sangkut tuala jerk kat tingkap.. heheh

    ReplyDelete
  2. ER...PASANG LANGSIR DLM KERETA MACAM MENAMBAH KESERABUTAN JE.....TAK BOLEH LA ADE LANGSIR DLM KERETA..SERABUT MATE INI MEMANDANG..

    ReplyDelete
  3. ouhh.. mmg tak boleh yek? huhuhu~

    ReplyDelete
  4. @MAY: ..macam duduk dalam bilik la plk kan..dah kena saman sekali x buat dah !!

    ReplyDelete
  5. kalau nak pasang langsir kat tingkap rumah lah... adoiii

    ReplyDelete
  6. kita baru buang je tinted tu...takut kena samanlah ni...

    ReplyDelete
  7. kita rakyat marhein mmg tak boleh pasang langsir kat kereta/tinted kereta...sebab kulit kita rakyat marhein tahan sinaran UV. Politician boleh pasang sebab kulit mereka sensitif bak kulit baby.

    ReplyDelete
  8. kain langsir tu ganti dgn tuala...depa xleh saman kan kan?

    ReplyDelete
  9. hooo leeza tak tahu pun yang langsir mcm tu tak boleh.
    good info.. tp leeza tak suka pun pakai pangsir tu. hehe he he

    ReplyDelete
  10. MACAM TINGKAP RUMAH PULA NAK PASANG LANGSIR.. :)

    ReplyDelete
  11. memang ramai yang tak tau tentang ni sebenarnya...

    ReplyDelete
  12. kena buat 'ops langsir' nie..
    baru orang awam tau benda nie tak boleh..hihi

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum PCL...yer la mcm ckp Fairus kat atas tu macam tingkap rumah plak nak pasang langsir...:)

    ReplyDelete
  14. @Knor: buat pe buang duit bayar saman..kan !

    ReplyDelete
  15. @Daddy Ziyyad: ye lah kan..asyik kite2 aje yg kena saman..huhu

    ReplyDelete
  16. @gadisBunga™: memang tuala tak masuk dlm senarai langsir..

    ReplyDelete
  17. @Leeza dayasari [santai leeza]: kkdg tu kite main ikut aje...org pasang kita pon pasang langsir jgk !

    ReplyDelete
  18. kadang2 menyusahkan..skang da jarang yg pasang langsir ni..dulu banyak kan..

    ReplyDelete
  19. eh..ye kew..baru tahu la pulak.. ;D

    ReplyDelete
  20. biasanya sangkut kat tingkap je..
    kalau pasang jugak, en. suami mesti cakap 'dah macam almari bergerak..' kihkihkih..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.