Genneva Malaysia Sdn Bhd kena serbu BNM

Tuesday, October 02, 2012 PCL 17 Comments

K UALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada Isnin oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Isnin, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. "Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM. Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu. Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu. Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas. "Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama. Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). "Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya. - BERNAMA

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369564&highlight=vgmc&page=9

pcl: berhati2 kepada pelabur2 emas kat luar sana, kita ni yang hanya ada sedikit wang, ...tak berani nak melabur  tak perlu ikut campur cuma memerhati apa yang terjadi., untung bagi dorang kita tumpang gembira dan jika sebaliknya kita tumpang bersedih....


17 comments:

  1. hnya jd pemerhati saja. ^^

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi yg belum serbu tu ha.. hohoho

    ReplyDelete
  3. Owh..tak tahu lak syarikat ni kena serbu..

    ReplyDelete
  4. banyak syarikat yg xsah skang...sape yg jenis risk taker tu mesti sanggup berhabis nak melabur...

    ReplyDelete
  5. genneva ni bkn syarikt kosmetik ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum PCL

    tak berupa minat melabur jenis macam ni
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. @Yana Aina: lebih baik memerhati dari ikut campur dan buat andaian tertentu..share info utk semua.

    ReplyDelete
  8. @Asmar Arafad: memanglah takut..cuak kalau jd pada pelabur berkenaan.

    ReplyDelete
  9. @Crew Fathi: nak dekat2 pilihanraya, dgr kata mcm tulah ...lagi pon BNM mmg buat keja dia yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  10. @Rosidah Binti Muhamad: eh awak pelabur kat geneva ni ke?

    ReplyDelete
  11. @Aishah Jahirah: untung besar , hirisk..dorang tak kesah punya lah.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum PCL...betul tu kita hanya jadi pendengar n pemerhati sudah la nak labur banyak2 pun bukannya ada wet pun...moga kita semua berhati2 ngan investment mcm ni kan...:)

    ReplyDelete
  13. @atuk: w'salam atukpphd, kita bersyukur dgn apa yg diberi mengikut kemampuan kita sbg ukuran...

    ReplyDelete
  14. TIADA BENDA YANG SENANG DAPAT DUIT MELAINKAN USAHA..

    ReplyDelete
  15. lepas ni kena lebih berhati2 dan peka dengan apa pun juga yang ingin kita usahakan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.