Konsep Poka Yoke?

Hari ini saya hadir kursus "Capai Efisiensi Maksimum Melalui Penyelenggaraan Proaktif...", selama 4 hari mulai hari Isnin lepas.
... Tertarik kepada topik kedua akhir pada hari terakhir ini iaitu poka yoke..
poka yoke itu dalam bahasa Jepun, dalam Bahasa Malaysia pula maksudnya ialah mencegah kesilapan yang tidak sengaja.
Poka yoke diterima sebagai satu alat efisien untuk menghapuskan kesemua kesilapan dengan menerima kenyataan :
- Manusia boleh melakukan kesilapan.
- Manusia akan buat kesilapan.
- Kesilapan tidak dapat dielakkan.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah..;
Selalunya poka yoke diamalkan dalam servis industri untuk mencegah, membetul, mengawas, berjaga2, memberi amaran, mengesan dan menghentikan sebelum sesuatu defek dihasilkan atau dalam proses penghasilan produk.
Konsep poka yoke juga boleh diamalkan dirumah/kediaman sendiri..contohnya ciri2 keselamatan :
Orang selalu lupa mematikan/memadamkan api dapur gas ketika masak dan terus keluar rumah dalam jangka masa yang lama tanpa menjenguk langsung ke dapur ketika hendak meninggalkan rumah tersebut.
Oleh itu poka yoke dalam kes ini adalah, bila seseorang itu keluar rumah dia akan menaiki kenderaan..., kunci kenderaan atau kunci rumah hendaklah diletakkan disekitar berdekatan dengan dapur supaya keadaan yang tak disengajakan tadi boleh dielakkan (boleh nampak jika terlupa)...hal in saya sudah bertanyakan kepada penceramah berkenaan dan beliau bersetuju dengan cara ini selain dari kita membeli alat pengesan haba/gas dengan mengeluarkan kos lebih.
pcl; idea ini baik untuk famili saya yang sebelum ni pernah mengalami detik cemas, 'kesilapan yang tak sengaja' berulang dan membahayakan nyawa dan harta benda.
Moga mendapat manfaat bersama.
Published with Blogger-droid v2.0.9
poke yoke...ilmu baru..hehe
ReplyDeletekdg2 kita ter poka yoke ni sekali je dlam hidup kita.. tapi sekali tu jugak la yg jadi benda yg tak dihingini.. erk
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi info yang diperoleh.
ReplyDeleteBetul, pakar pun ada kata, kemalangan paling mudah berlaku adalah dalam rumah kita sendiri.
yup... meminimumkan kesilapan yg kecil juga...
ReplyDelete@Fendy:moga ada manfaat darinya..
ReplyDelete@L: kena terima kenyataan yg manusia akan melakukan kesilapan, mudah lupa ..
ReplyDelete@azieazah: sedang mempraktikkan poka yoke ni dlm rumah...
ReplyDelete@Leeza dayasari [santai leeza]: betul tu..
ReplyDeleteassalamualaikum PCL....perkongsian yang baik n menarik ni...:)
ReplyDeletekes ni memang seriau...pernah kami fikirkan bahawa duduk dengan keluarga terdekat dapat mencegahnya...
ReplyDeleteSIL duduk berjiran, ini salah satu tujuannya....kunci rumahh dua2 memilikinya so kalau kata terlupa sesuatu kami saling berhubungan...
ada juga pahit di telan tapi apalah sangat emosi berbandingkan keselamatan kan...
NAMPAK MENARIK JE KURSUS NI.. SATU LAGI ILMU DARI JEPUN SELAIN 5S..
ReplyDeletebaru terbaca sket2...tak tahu bnda ni..
ReplyDeletesaya sihat je PCL..maaf la..lama sangat tak bertandang kat sini ^_^
Terima kasih kerana perkongsian
ReplyDeletePoka yoke tu kiranya bukanlah alat, sebaliknya istilah yg digunakan sebagai mengelak sebarang kecuaian yg bakal berlaku? Mcm tu ke PCL? Maaf sebab terpaksa baca beberapa kali untuk cuba memahami... :)
ReplyDelete@Khalilah MNor: ye betul tu, ia lbh kpd konsep ..jika apply kpd mesin kita namakan dia alat , sesuatu yg direka mengikut konsep poka yoke tersebut..terima kasih.
ReplyDeletepoka yoke?? wah..macam unik je ni..nak try google ler
ReplyDeleteemm.. perkara baru ni... thanks for share pakciklie :)
ReplyDeletedayah perasan kan..
ReplyDeletekebykan institusi pekerjaan..
byk amik guna pakai istilah cara kerja jepun kan..
Jemput PCL untuk menyertai peraduan ni... Sila ke: http://careeron9.blogspot.com/2012/11/peraduan-memenangi-1-domain-name-1-web.html
ReplyDelete