Murahkan doa untuk saudara-saudara kita...

Monday, November 05, 2012 PCL 16 Comments


Murahkanlah Doa Kita 

 Situasi

1: Kita berada di atas kereta dan terpandang seorang pakcik tua membawa beca penuh kepenatan. Di seberang jalan, seorang makcik tua menyapu dan mengutip sampah sambil mengelap peluhnya. Kita hanya memandang dan kereta pun berlalu.

2: Kawan di pejabat menceritakan masalah ibunya yang ditimpa strok dan lumpuh separuh badan. Kita mendengar penuh prihatin. Pulang dari tempat kerja, lupa terus.

3: Ketika menonton TV di rumah, berita memaparkan kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin. Kita hanya mendengar dan mengubah saluran TV.


Untuk ketiga-tiga contoh situasi di atas, alangkah ruginya kita jika tidak sudi 'melapangkan masa' sesaat dua untuk mendoakan mereka... Detikkanlah doa kita buat mereka... moga anak-anak mereka 'menjadi', berupaya mengubah kemiskinan dan membawa sedikit kesenangan buat ibu ayah yang susah, moga kesabaran membahagiakan mereka dengan ujian, moga Allah kurniakan iman yang kental dan anugerahkan syurga buat mereka, dan macam-macam doa boleh didetikkan buat mereka yang diuji.

Itu tanda kita prihatin dan cuba untuk membantu. Bayangkan jika ramai yang doakan mereka, Allahu Akbar! Moga termakbul segala kebaikan yang kita doakan untuk mereka. Bukankah jika mendoakan kebaikan untuk orang lain juga bermakna 'menarik' kebaikan dan redha Allah pada kita?

Jom... bersama kita murahkan doa untuk saudara-saudara kita...


..>>kopipes dari fb cikgu laniaz nadiba, terima kasih..


16 comments:

  1. Berdoa lah untuk saudara sesama islam, keluarga, ibu bapa, sahabat mahupun saudara2 kita..

    Semoga mereka dalam sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki..Aminn :)

    doa tadi termasuklah tuan blog ini, kawan2 dan juga saya :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...ingatan yg baik ni moga doa kita akan dimakbulkan oleh Allah...:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sentiasa doakan sahabat2 semua saudara seislam kita termasuk semua rakan2 blogger semoga sentiasa dalam barakahNya..
    jazakaAllah Khairan

    ReplyDelete
  4. doa senjata umat Islam...xmampu tolong, kita doa...

    ReplyDelete
  5. berdoa berdoa dan terus berdoa...doa tu snjata kita org Islam:)
    salam kenal..singgah follow ..;)

    ReplyDelete
  6. saudara kat sini yg di timpa musibah banjir juga..semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah

    ReplyDelete
  7. OK.. INSYAALLAH.. KITA LAKUKAN BERSAMA..

    ReplyDelete
  8. Yer..kadang2 kira hanya jadi pendengar tapi terlupa utk membantu dengan sedikit doa ikhlas...
    Ermm..terpikir sejenak..

    ReplyDelete
  9. Akak kalau tengok org naik moto bawak anak-anak memang terlintas kat hati terus moga2 dimurahkan rezeki pada mereka boleh beli kereta. Bahaya bawak anak2 naik moto...mungkin dedulu org lain doakan akak macam tu juga...

    Terima kasih kerana mengingati...

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas ingatan ni..MV akan selalu amalkannya

    ReplyDelete
  11. betul tu bro..sama2 lah kita doakan mereka...

    ReplyDelete
  12. bila susah, ingatlah bahwa ada yg lebih sukar. tq pcl

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.