Memandu ATV di Banting (Litar ATV Sungai Lang - video)

Monday, December 03, 2012 PCL 12 Comments

..memang dah tak sabar rasanya nak 'tunggang' mesin yang dinamakan ATV itu. Plan dah lama tapi selalu je tak jadi.. Sabtu lepas, 10am saya dan Pdaus berkesempatan melakukannya..


litar ATV yang terletak dalam kawasan Kampung Sungai Lang Tengah , Banting Selangor iaitu kira-kira 5 minit dari kediaman kami atau 10 minit dari pekan Banting. 

Ramai yang tak tahu tentang adanya aktiviti pelancungan di sini, mungkin kerana masih baru dan belum dipromosikan secara menyeluruh lagi.

 
..aktivit ATV ni nampak memang tak mencabar, tapi yang buat 'gempak' masa drive sebelah tangan sambil pegang henfon rakam video...shot ni dirakam pada pusingan terakhir sebelum menamatkan sesi 30minit pemanduan.
bersama pengusaha koop keluarga (bertopi) yang menguruskan aktiviti ATV dan juga beberapa aktiviti pelancungan lain.
Oleh kerana tak mencukupi korum yang sepatutnya 6 pemandu (tidak termasuk marshal), kami hanya dibenarkan memandu dalam litar sahaja, kalau tak... boleh le menjelajah kampung menyusuri jalan hutan kelapa sawit...In-sya Allah pastinya trip yang akan datang !



CORO (lipas) , memang boleh sakit seluruh badan kalau tak biasa menunggannya dalam tempoh yang lama...setengah jam pon sudah memadai untuk cubaan pertama...

..kalau aktiviti jelajah kampung dengan ATV ni, ianya akan mengambil masa paling kurang 2 jam lebih termasuk rehat dan makan2...semuanya dalam pakej Rm135/org sahaja.

ini dia gaya bersahaja dari Firdaus...katanya, ".. sakit/lenguh tangan pegang handel 1/2jam...dengan bayaran Rm35 sahaja....siap boleh makan rambutan percuma dan air mineral lagi tu haha"
*kalau ada yang berminat aktiviti  macam ni..., boleh bertanya kepada saya...atau terus dail no ni 016-3417539 (En Salimin).

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 comments:

  1. seronok..teringin gak nak pergi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PCL

    tak buat acara lompat2 ke...he he

    ReplyDelete
  3. wah bestnya pakciklie... deno tak pernah naik pun tuuu

    ReplyDelete
  4. jommm!!!! sebab dia ada 4 tayar, maka saya on jer!

    ReplyDelete
  5. CAMBEST JE.. KAT MELAKA PUN ADA, NANTI NAK TRY LAH..

    ReplyDelete
  6. wow extreme gileeeeeeeeeeeee

    mama diana tak foloow ke :D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL....bestnya buat xtvt mcm ni seronoknya...;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.