Seorang pakcik !

Friday, December 28, 2012 PCL 5 Comments

Salam Jumaat..



pakcik-pakcik yang seangkatan kebiasaan akan dressing smart, pakai kemeja seluar slek kain lembut, sentiasa pakai songkok atau kopiah...almaklumlah kepala dah licin..rambut putih tinggal yang tepi-tepi je.

kuku, setiap jumaat mesti potong begitu juga rambut ...potong kemas tiga minggu sekali .

ke masjid selalu dengan jubahnya bawa isteri bersama dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya.

ke sekolah mesyuarat PIBG, jadi wakil kepada emak bapak budak (yang sibuknya tu bukan kepalang !).

hujung minggu basuh kereta  isteri dan kilatkan motor sendiri.

cuti-cuti sekolah, habis semua anak cucu berkampung di rumah., sekolah dah buka kembali suasana jadi sunyi.

Semuanya dilalui dengan tenang , hidup aman damai sebab hutang dah langsai (Syukur kalau boleh !!).

...bila ??

..itu nanti, kalau umur aku masih panjang.
15 ke 20 tahun akan datang , in-sya Allah.
'
'
'
'
'


..ginilah rupa gamaknya. (tunjuk kat sini... >>instagram ; pakciklie)


'
'
'
'
'

nota : apa yang dijangka di masa-masa kedepan adalah dari pemerhatian umum, jadi...jangan nanti 'pencen' baru nak berubah...kalau boleh, berubahlah segera .

berubahlah dari yang baik-baik kepada yang lebih terbaik !


5 comments:

  1. setiap dari kita mmg perlu muhasabah diri dan berubah... dan terus berubah tp berubah dah yg x baik kpd yg lbh baikla...

    ReplyDelete
  2. KEHIDUPAN KE USIA TUA PASTI AKAN TERJADI.. LAINLAH, KALAU MATI MUDA..

    ReplyDelete
  3. usia akan sentiasa bergerak... itu pasti.

    ReplyDelete
  4. Muhasabah diri
    sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yg buruk itu datangnya dari diri kita sendiri..
    :)
    Salam kenal saya biguner blogger

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL....jika dipanjangkan umur inshaAllah semuanya akan dihadapi dengan tabah...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.