Untuk esok dan Jumaat seterusnya...

Thursday, December 27, 2012 PCL 10 Comments


adakah ini yang dikejar ?? , kredit : pisang di tangga masjid
in-sya Allah ..

Jom kita sama-sama ingat memperingati di sini apa yang kita boleh lakukan untuk mempertingkatkan kualiti solat Jumaat untuk diri dan masyarakat kita. 

1) Bersegera ke Masjid. Ramai di kalangan kita yang sengaja berlengah dan ada yang menunggu sehingga Imam hampir turun dari mimbar baru bersegera ke masjid. Tidakkah kita tahu malaikat yang mencatit amalan akan berhenti mencatit apabila imam telah naik ke Mimbar? 

2) Memperbanyak selawat dan doa dan memanjangkan iktikaf, bukan memperbanyakkan makan pisang. Ramai yang apabila tiba awal di masjid bukan bersegera masuk ke masjid untuk beriktikaf, tetapi berhenti di wakaf , tangga atau di beranda masjid untuk menikmati pisang dan jamuan terlebih dahulu. 

3) Menyambut "amin" kepada doa Imam ketika menyebut di akhir khutbah pertama "Barakallahu li walakum fil quranil azim …wanafa’ani waiyyakum bima fiihi minal ayat wazzikril hakim…wataqabbala minni waminkum tilawatahu innahu huwassamiul alim…...." 

4) Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut. 

5) Berselawat selepas imam mebaca ayat "Innallaha wamalaikatahu yusolluna 'alannabi..." serta setiap kali imam menyebut nama nabi di kedua-dua khutbah. Lebih baik diangkat sedikit suara ketika berselawat untuk mengingatkan rakan bersebelahan kita agar berselawat sama. 

6) Solat sunnah ba'diah (selepas Jumaat) lebih dituntut dilakukan daripada solat sunnah sebelumnya. Usah terus angkat punggung balik ke pejabat atau rumah. Luangkan sedikit masa untuk berzikir selepas solat dan bersolat dua rakaat terlebih dahulu. Ataupun jikapun ingin pulang ke rumah, laksanakan solat sunnah tersebut di rumah (lebih afdhal solat sunnah dikerjakan di rumah daripada masjid). 

Sama-sama kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. Semoga Allah menunjukkan dan mempermudahkan kita melalui jalan yang diredhaiNya. Amiin





10 comments:

  1. Assalamualaikum PCL

    ramai yg mengabaikan Solat Sunnah Badiah tu....

    terima kasih atas peringtan ini

    ReplyDelete
  2. Jumaat jer mesti ada pisang.

    ReplyDelete
  3. INSYAALLAH.. KITA PRAKTIKAN MANA YANG BAIK..

    ReplyDelete
  4. INSYAALLAH.. KITA PRAKTIKAN MANA YANG BAIK..

    ReplyDelete
  5. InshaaAllah bro..sama2 kita berusaha :)

    ReplyDelete
  6. salam PCL.. lama Queen x berkunjung ke sini... kurg sihat.. kena istirehat lebih.. ;)

    perkongsian yg bagus.. mmg byk perkara yg kita perlu pertingkatkan dan perbaiki dlm ibadah seharian kita PCL...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL....perkongsian yang baik ni...:)

    ReplyDelete
  8. Banyak sgt kelebihan kewajipan Solat Jumaat ni.. Berdoalah, insyaAllah dgn izinNya doa kita antara dua khutbah tu pasti termakbul..
    ~Sharing yg sgt baik ni PCL. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. insya - allah .. saya sebar kan entri ni , biar ramai lagi baca kan ..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.