Alhamdulillah , Bagus !

Wednesday, February 29, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

komen : "aku suka lihat gambar yang diambil,, walaupun kita dengan berpakaian kerja atau bukan berpelekat tetapi tetap menunaikan solat,, solat bukan hanya untuk mereka yang berpelekat dan berjubah sahaja,, jadi jangan jadikan alasan yang tak munasabah untuk tidak bersolat dan melengah2kan solat".

PCL, : samPaikaN WaLaU SaTu aYaT (silakan berkunjung, ada info yg bagus di sana).

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berhenti menyalahkan orang lain !!

Tuesday, February 28, 2012 Nazlee Ismail 15 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

tetiba ja...sangap !

"Runtuhnya rumahtangga bukan kerana suami sengaja ingin meruntuhkannya tetapi adalah kerana kecuaian dirinya atau kerana kecuaian pasangannya".

jangan melihat jauh, lihat lah ke dalam jiwa iaitu diri sediri. Jika anda menunjuk kepada orang lain dengan jari telunjuk maka jari yang tiga lagi akan mengarah kepada diri anda sendiri.

hurm ! lagi pun menunjuk dengan jari telunjuk itu adalah perbuatan kurang sopan bagi masyarakat kita khusunya.

Berhenti menyalahkan orang lain !!

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sepinggan pun cukup !

Tuesday, February 28, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

"gambar makan mi maggi goreng bersama isteri, anak, dan anak buah."

Selamat pagi semua...sarapan di mana??

...emm teringin maggi punya pasal kitaorg share makan 4 mulut sepinggan, kalau dengan famili sendiri satu sudu pun takpe...boleh mengeratkan silaturrahim.

pCL : tak digalakkan makan maggi selalu...sesekali teringin takkpe...hehe.

gegeh :)

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nak jugak!

Sunday, February 26, 2012 PCL 4 Comments

Lokasi : Rumah mak sedara Umairah, Salak Tinggi Sepang.

...dah dekat dengan Litar lumba GP SEPANG tuh.

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apa masalahnya nih?

Sunday, February 26, 2012 PCL 5 Comments

...bila kita yang memandu kenderaan, selalu ingatkan penumpang lain pakainya.

bila kita pula duduk jadi penumpang..terasa susah dan tak selesa memakainya.

bila duduk sebagai penumpang belakang,  hurm!...lagi la..

apa masalanya?

PCL : nampak polis, cepat-cepat tarik...hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.4

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suami Berdiam Diri Tanda Protes ?

Saturday, February 25, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

Kenapa Suami Pendiam?

Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan.

Anda sebagai isteri merasakan tindakan anda sudah cukup betul tapi sebenarnya salah.

Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, Suami memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri.
Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu,

Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri.
Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.

Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian. Nauzubillah !.

Sebagai pasangan yang perihatin, buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan 'badmoody' memanjang..

wokeh !!

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Umairah Suka Kungfu...

Saturday, February 25, 2012 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

haha..kalau baca pada tajuk tu nampak  Umairah ni  macam lasak orangnya, hakikatnya dia adalah budak yang lemah lembut seperti mamanya juga..

Meminati filem-filem aksi Jacky Chan yang mempamerkan  seni kungfu dalam lakonan beliau. Selain itu, Umairah juga sangat mengemari mi kungfu...kalau tak makan di rumah, kami akan makan di restoran atau kedai makan sekitar sini.

Kalau nak diikutkan resepi Maktok telah diwarisi oleh mamadiana, tapi disebabkan kesuntukan masa, kami tidak berpeluang merasa masaka berkenaan.

Sengaja aku sertakan resepi kegemaran Hanis Umarah di sini agar suatu masa nanti  aku sendiri boleh membuatnya...

BAHAN-BAHAN UNTUK MI :
1 mangkuk mi
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
2 sudu kicap cair
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering dan gaul sebati sampai cili masak.
2. Kemudian, masukkan kicap cair lalu masukkan mi. Kacau sampai mi masak.
BAHAN UNTUK KUAH :
2 ulas bawang putih
1 mangkuk air rebusan ayam
2 sudu sos tiram
2 sudu sos sotong
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil potongan ayam
1 mangkuk kecil sotong
1 sudu tepung jagung
Garam
Sedikit sayuran
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, ayam, sotong dan udang serta sayuran.
2. Akhir sekali masukkan air rebusan ayam, garam secukupnya dan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
3. Setelah masak tuangkan kuah ke dalam mi yang telah siap digoreng tadi.
PCL ; ..lain sikit budak nih, kegemarannya pada makanan tertentu cepat berubah-ubah dan selalunya tak bertahan lama, sebelum ni dia mengemari roti canai, roti telur dan  roti kebulur...dan kini :

menikmati mi kungfu...emmmh!

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jom Naikkan Trafik Blog!

Friday, February 24, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

segmen Bicara Mak Dara, sampai malam ni je..Klik SINI

..malam minggu, blogwalking pada landasan yang betul moga dapat manfaatnya insyaAllah.

Blog PCL ni biasa-biasa saja, berkarya ikut mood kekadang entrinya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan dan kekadang tu tersasar jugak...Lebih selesa bila tablet ada ditangan blogging di mana saja, bloagwalking bila-bila suka. Harapanya agar dapat berkongsi apa yang tahu dan menimba ilmu dari blog-blog yang pelbagai dari sentuhan jejari ini.

pcl : memang tak rajin tapi sekali sekala join segmen tu ada la...jom lah ! anda sokong?

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

TAAT : Sayang suami banyak-banyak

Friday, February 24, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Untuk isteri tersayang ............

  •  “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
  •  “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  •  “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  •  “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  •  “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  •  “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  •  “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  •  “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
  • Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

By sumber: Idris Bald

Untuk menjadi isteri sebegini, suami adalah teladannya...seorang suami tak boleh pincang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bagaimana mahu menjadikan isteri solehah jika suaminya lebih kurang sama jahilnya. Suami yang akan menunjukkan jalan kepada isteri, ke syurga kah..atau neraka kah ?

PCL : muhasabah untuk diri dan keluarga juga pembaca moga dipermudahkan segala oleh-Nya.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MALU...bukannya tersipu-sipu !

Thursday, February 23, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Ada hadis mengatakan “Malu itu separuh dari iman”. Tetapi ada juga pepatah yang mengatakan “Malu bertanya sesat jalan”. Jadi, malu pada tempatnya adalah baik. Tetapi jika malu untuk berbincang/bertanya ke arah kebaikan, memang banyak kerugian.

Hurm ! Anda bagaimana ?

just shy, not antisocial...(U can talk to me!)

*** ** *** ** *** ** ***

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari).

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif ,bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.

Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif.

>dikutip dari sumber ini

PCL : ..no comment , bajet retis la plak haha !

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Remaja lari ikut kekasih

Thursday, February 23, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

KANCHONG DARAT - Seorang remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melarikan diri sejak 14 Februari lalu dipercayai mengikut teman lelaki warga Pakistan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah kebangsaan Bandar Banting (SMKBB) keluar rumah pada hari berkenaan untuk pergi ke sekolah namun tidak pulang sehingga hari ini.

Menurut ibu saudaranya, Norlaila Saad , 43, bapa Nurul, Azman Saad, 51, diberitahu pihak sekolah yang anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari terakhir dia keluar rumah.

Katanya, keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai “Samer Khan” yang bekerja di sebuah kedai borong, di Pekan Banting.

“Sejak kebelakangan ini, sikap Nurul berubah setelah dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang dikenalinya ketika dia bekerja sementara di sebuah pasaraya di sini.

“Sudah puas saya menasihatinya supaya tidak menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit memandangkan dia masih lagi belajar dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi,” katanya yang menjaga anak saudaranya itu sejak 12 tahun lalu selepas ibunya meninggal dunia.

Lebih merisaukan lagi katanya, Nurul pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan teman lelakinya itu tetapi keluarga hanya mendiamkan diri.

Tambahnya, pada hari dia hilang, Nurul ada berpesan kepada pemadu van sekolah supaya mengambilnya jam 4 petang.

“Tidak sangka pesanan terakhir Nurul dipercayai hanya tipu helahnya untuk melarikan diri,” katanya.

“Saya risau sekiranya anak saudara saya dipermainkan atau dibawa lari oleh lelaki Pakistan tersebut kerana pengusaha kedai borong tersebut memaklumkan pekerjanya (lelaki Pakistan) sudah tidak berkhidmat di kedainya sejak 14 Februari, tarikh yang sama anak saudaranya hilang dan turut membawa barang-barangnya tanpa sebarang notis,” katanya.

Azman ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada 15 Februari dan meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 019-2959178 atau 012-9121072 (Puan Za) atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, dia mahu Nurul pulang dan berbincang terlebih dahulu dengan keluarga kerana dia bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

www.sinarharian.com.my

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sang tikus naik panik bukan kepalang..!

Wednesday, February 22, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Ini kisah dan tauladan... yang belum membacanya sebelum ni .. selamat membaca sampai habis, silakan..

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari ini adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.

Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuatkan ular tersebut semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan dari patukan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.

Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.

Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.

Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.

Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

PCL :  semoga kita mendapat pengajaran, terima kasih kepada sumber cerita asal.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak kena tak apa,

Wednesday, February 22, 2012 Nazlee Ismail 14 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..bila dah kena baru padan muka !!

PCL : bukan mendoakan sesuatu  musibah tapi untuk mengigatkan sesama kita..teguran itu adalah nasihat.

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tandatangan @ signature

Wednesday, February 22, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

"Hari ini genap 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, penyanyi tanahair yang masih belum ada galang-gantinya sehingga kini. Sejarah Sudirman tidak perlu saya ceritakan lagi kerana hampir seluruh rakyat Malaysia mengetahui tentang kejayaan beliau sebagai penghibur serba-boleh yang berjaya mengangkat martabat Malaysia di persada antarabangsa."

AL - FATIHAH

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blogger Ini Sungguh Sporting!

Tuesday, February 21, 2012 Nazlee Ismail 17 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

TERJAH  segmen dari Bicara Mak Dara ..http://www.bicaramakdara.com/2012/02/blogger-ini-sungguh-sporting.html

 ...Untuk saya tampilkan mereka , 10 Bloggers yang sungguh sporting...jeng jeng..."jangan cakap pakai hidung arr..sesuka kembang sesuka kempis"..

1. Ini Dia  2. Yang   3. Sangat 4. baguss , 5. dan best

6. termasuk 7. yang ni  8. sempoii  9. serius!! 10. mesti singgah.

PCL : ...Blogger bukan berstatus *blogger halimunan  itu sebenarnya adalah blogger sungguh sporting di blog saya..Terima Kasih...

*sering muncul diruangan komen saya.

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Telur Ini Telah Dibasuh !

Tuesday, February 21, 2012 Nazlee Ismail 15 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..entri terdahulu 'Ambil Mudah Atau Tak Pernah Tahu'.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram (najis).

Meyakinkan Pelanggan

erk ! Pengusaha gerai char koew teow  saja?...mana yang lain2.. restoran mamak dan pengusaha kedai makan yang lain tuh ?..meyakinkan pelanggan  juga adalah salah satu daya penarik !

..Lu ape celop toq' ! kalau celup sikit-sikit jer...basuh ke tu namanya ??

PCL : kalau kurang yakin..kita makan kat rumah je lah ..

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sokong usaha ini : Blog Pilihan Blogger

Monday, February 20, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Sokong usaha ini?

Untuk menyokong usaha ini, anda boleh menjadi follower dan letakkan banner berikut di blog anda dan link ke blog ini: http://blogpilihanblogger.blogspot.com

Semakin ramai yang ketahui wujudnya blog perkongsian ini, insyaAllah, akan lebih ramai blogger yang dapat turut serta, samada menjadi antara blogger pilihan mahupun menjadi pengundi yang akan menentukan blog siapa yang paling popular buat tahun 2012 ini.

Usaha ini merupakan usaha berterusan sebagai memperkenalkan blog-blog yang bukan mainstream, yang lebih kepada blog personal dan mempunyai niche tertentu. Blog-blog masakan, automotif, kraf tangan atau apa sahaja yang anda fikir sesuai bolehlah join.

Ingin tersenarai dalam bloglist?
Kepada yang sudi untuk tersenarai di sini menerusi bloglist, silalah letakkan banner yang disediakan, dan link ke blog ini. Jika anda telah berbuat demikian, tinggalkan url blog anda untuk semakan di ruangan komen.(sini).

Anda dikehendaki juga memberikan kategori/jenis/niche/paparan utama blog anda, cth: Personal, Keluarga, Mahasiswi/Mahasiswa, Masakan, Jahitan, Luar Negara, Selebriti, Informatif, Petua, Guru.... apa jua yang anda terfikirkan sesuai untuk kategorikan blog anda.

Anda juga berpeluang untuk menjadi antara calon untuk diundi!

*copy paste dari sini.

PCL : SERIUS !! Bukan untuk tercalon mana-mana kategori , sebaliknya untuk membuka ruang seluasnya bagi saya lebih mengenali dan diperkenalkan kepada para blogger yang mempunyai karya dan bakat tersendiri dari hasil penulisan masing-masing melalui Blog Pilihan Blogger ini. - Jom sokong !

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tepati Masa Anda Bila Berjanji Dengan Seseorang.

Monday, February 20, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

...jangan cakap guna hidung, sesuka kembang ..sesuka kempis...hah! penat menunggu kalau yang ditunggu tak nampak batang hidungnya .

bila berjanji wajib tepati...jangan tujukan  kepada satu bangsa saja, semuanya sama je dalam masyarakat 1 Malaysia...mungkir janji itu sifat orang munafik !!..ofcos berdosa.

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menepati masa yang berharga." - cikguku

JAM tangan Rolex yang digunakan Roger Moore dalam filem James Bond, Live and Let Die. memang mahal harganya ..

GENEVA, Switzerland – Seutas jam tangan Rolex yang dipakai oleh Roger Moore sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Live and Let Die dijual pada harga 176,917 euro (RM612,364) dalam satu lelongan.

PCL : Kalau jam ditangan sebagai hiasan saja...tak perlulah letak jarum atau bateri...biarkan dia 'mati' je senang,  boleh buat berbagai alasan .

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sokongan korang sebagai teman blogger adalah sangat diperlukan.

Sunday, February 19, 2012 Nazlee Ismail 14 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Apa pun kerjaya kita , mesti ada matlamat ..... ye dak !
korang yang study dengan matlamat korang...yang keja dengan SKT ....yang 'tanam anggur' dengan hasil dorang...yang bisnes dengan targetnya masing masing.

..blogging pun sama gak , Aku mahu blog aku menjadi blog yang sentiasa meningkat kunjungan pelawat...walau pun nampak  aku ni sesuka je tapi di sebalik tu aku dah simpan satu impian ..nak berjaya macam otai2 blogger..tapi ni atas usaha yang berganda dan sokongan korang sebagai teman blogger adalah sangat diperlukan.

..Memang banyak cabaran yang perlu dihadapi, aku tak nafikan semua itu, macam kita belajar gak..mana ade yang terus pandai , 'A' semua subjek....kena mula dari bawah..lainla kalau aku budak genius.

terantuk kepala terus jadi bijak ?...hehe , boleh cakap dalam bahasa asing plak tu, tapi tu semua kerja Tuhan yg maha kuasa.

apa pun segala bentuk sokongan korang sebagai pembaca blog ini. aku ucapkan jutaan terima kasih...masih setia walau sesekali di sini.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Denda : Berdiri atas Kerusi

Saturday, February 18, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

...tunggu punya tunggu adik tak keluar kelas lagi . kalau masa aku dulu , sahih dah kena denda punya...kali-kali sifir tak hafal..huhu kes malas menghafal.

tapi kes Umairah waktu balik tengahari semalam , boleh pulak cikgu terlupa....timeUp cikgu !!, ...ada ibubapa yang gusar menunggu di luar, panas lagi tu...grr !

teringat masa kechek dulu..

zaman pcl skolah rendah dulu kalau tak hafal sifir kena denda cmni.... " sekarang ni ada lg ke  dik (Umairah)? "

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penyakit apendisitis

Friday, February 17, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Penyakit apendisitis atau apendiks merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.

Tiada siapa yang tahu apakah fungsinya yang sebenar melainkan DIA Pencipta segalanya. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks. Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Antara tanda-tanda awal penyakit apendiks ialah rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

Ia disusuli dengan rasa sakit yang berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan tidak lama kemudian dan kemudian kesakitan semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika berlaku pergerakan, batuk atau berjalan.

Lazimnya, pesakit penyakit apendiks kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika pesakit berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada.

Apendiks disifatkan sebagai kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan serta-merta bagi membuang apendiks kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, apendiks yang mengalami keradangan akan pecah (tembus atau berlubang) lalu melimpahkan najis yang penuh dengan bakteria ke dalam kaviti abdomen.

mungkin ada di antara anda yang pernah melaluinya...begitu derita kan ?
 
salah satu puncanya adalah bijian yang tak hadam dalam usus seperti biji cili.- ref blog CR

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau ada kawan buka kedai..Jangan minta diskaun, Boleh ?

Friday, February 17, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !..tajuk tu saja je..

Ada kisah disebalik kisah 'Rahsia Kekayaan Apek' *bukan  gitu gitu Apek dan juga bukan Apek goalkeeper. Rahsia Kekayaan Apek ini adalah untuk iktibar sahaja bukan  isu perkauman dalam negara Malaysia yang berselogan 1 Malaysia..(dari Fb kita share di sini, yg sudah baca pun boleh teruskan membaca entri yg lain).

*****  **  *****

Berseluar pendek, Bersinglet, Berselipar Jepun tapi poket di kiri dan kanan berkepuk-kepuk.

Inilah al-kisah nya....

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kat kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

gambar hiasan,  Apek google ?

kredit untuk :

Raraa Watie sape nak share sila..sila
23 hours ago · 