TUNJANG TIADA...kuranglah serinya !

Monday, April 30, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

salam semua....

yang tersirat...

Ingin menjemput rakan blogger,
Hajat di hati 1 MEI nak bersarapan bersama, 
Apa kan daya 'tunjang ' tiada, 
Kuranglah  berseri majlis kita. 

Bertemu di mana itu bukan halnya, 
Menjalin Ukhuwah itu yang utama. 
majlis insyaAllah akan diadakan juga, 
Tapi masih berkira tarikh dan waktunya. 

Andai kata tiada aral bagi kita, 
Agar kalian punya masa tanpa paksa, 
Singgahlah  ke Banting berpotluck bersama,
Di kediaman PCL, mamaDaiana dan seisi keluarga ,

Kami menunggu dengan penuh sabar sentiasa,
Mahu bersedia menjadi pot seterusnya. 
Kalau ramai kehadiran pon bagus juga,
Tapi yang pasti 'tunjang' mesti ada.

Untuk makluman : 1 Mei, seperti yang dipostkan di entri Nasi kerabu Buah Tanjung ,  berSARAPAN akan ditunda ke satu tarikh yang lain. Walau bagaimanapun jika ada yang bercadang nak ke Banting khususnya....boleh lah singgah ke rumah saya, saya ada di rumah ketika itu....silakan atau hubungi saya melalui no ini. 0174009726.

PCL : kini sudah tersurat, harap maaf !

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Labu Sayong yang sememangnya sinonim dengan Kuala Kangsar.

Sunday, April 29, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

MENDAPAT jolokan sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya menjadi lokasi tumpuan ramai pada setiap hujung minggu serta cuti umum. Kaya dengan nilai sejarah serta monumen-monumen indah, tidak hairanlah bandar itu diangkat sebagai antara lokasi penting dalam pembangunan industri pelancongan di Perak.

Antara keunikan bandar itu yang menjadi tumpuan ialah Masjid Ubudiah, Muzium Diraja Kuala Kangsar, Sungai Perak serta cendol dan laksa Kuala Kangsar yang digilai ramai.

Sesudah menikmati keindahan bandar dan kelazatan hidangan itu, pastinya seakan tidak lengkap sekiranya tiada barangan yang dibawa pulang untuk dijadikan kenang-kenangan.

Tentu sekali, barangan paling ideal untuk mengimbau kembali kenangan manis di bandar berkeluasan kira-kira 205 kilometer persegi itu adalah labu sayong yang sememangnya sinonim dengan Kuala Kangsar.

Ini kerana, seni pembuatan zaman-berzaman itu sehingga kini masih kekal menjadi warisan yang dibanggakan penduduk Kuala Kangsar. Apatah lagi, ia mempunyai kelebihan tersembunyi yang cukup unik.

sumber

jom kite...

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Santai pagi : Mee goreng : ..taknak sayur!!

Saturday, April 28, 2012 PCL 7 Comments

...adik nak mee goreng takmau sayok ok

"..tak sedap la , mama "

depa nih memang susah nak faham sket pasai makan, kekadang makan sayur...pilih sayur...

tak habis makan , bapak dia gak yang kena....

kena dera  !!

Published with Blogger-droid v2.0.4

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

SUAMI : Apa yang I buat nih...

Thursday, April 26, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

apabila berada di rumah...

"Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja..."  itu apa yang pernah dikatakan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK).

------------------- ** ------------------------ **  -------------------------

I...kalau ada orang luar datang, lagi malas nak tunjuk yang kita ni 'rajin tolong isteri ' sebenarnya...

kalau ikutkan, isteri  I  lagi bangga tau kalau suaminya rajin tolong dia sapu sampah, sidai/angkat kain baju dijemuran...katanya "biar la orang tengok sekali pun".

tapi kan.....I malu lah buat keja orang perempuan kalau orang tengok !

that why, pemalas dan pemalu I  akan datang bila tiba waktunya....

I  nak jadi suami misali....ok!

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Muhasabah : Salahkan Diri Sendiri

Thursday, April 26, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

 Salahkan Diri Sendiri jika melakukan kejahatan..

Syaitan tidak paksa manusia memgikuti ajakannya. Syaitan cuma mengajak dan menghasut. Setelah berjaya menghasut manusia, syaitan akan berlepas tangan, syaitan tidak akan menolong orang yang disesatkannya semasa di akhirat kelak.

Firman Allah, “Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiada bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu yang menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim : 22)

 Hari ini kita masih bersama..esok kita mungkin akan terpisah.. hari ini kita sihat..esok mungkin kita tiada lagi di dunia.. hari ini kita kaya..esok mungkin kita akan miskin.. hari ini kita mencintai..esok mungkin kita membenci.. hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..
 
Sekiranya esok yang kita harapkan TIDAK MENJADI..sekurang-kurangnya kita tidak akan MENYESAL jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini..kerana esok PASTI ADA tetapi esok itu BELUM TENTU untuk kita..

Ya Allah, hidupkanlah aku dalam KEBAIKAN dan matikanlah aku dalam kebaikan juga..

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cium : Ciumlah Anak-anak Kesayangan Anda Selalu.

Wednesday, April 25, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Kenapa Perlu Cium Anak? 

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan  dan membeli barang-barang lalu kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama 

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." 

sumber : khairil 

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terapi diri..

Tuesday, April 24, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

Dalam hidup ini..kita diuji dengan segala macam dugaan. Jangan cepat melatah, tarik nafas dalam-dalam.. Senyum pada diri sendiri.. Berbaik sangka pada Allah..kita tahu itu satu tarbiyah bahawa Dia sedang menjadikan diri kita seorang yang kuat..

PCL : ..  esok boleh bangun awal pagi dari kebiasaan untuk menikmati udara pagi di luar rumah yang  pastinya nyaman...dan nikmati kurniaan Allah itu sebaik-baiknya. Insyaallah.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Manusia : terlupa memohon oksigen?

Tuesday, April 24, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

ALLAH S.W.T. MEMBERI SEBELUM DIMINTA

Kebanyakan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta.
Allah S.W.T. sebaliknya, memberi sebelum diminta oleh makhluk-Nya.

Manusia bersifat pelupa. Sering kali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup. Namun, Allah S.W.T Maha Penyayang, Dia memberikan juga kita rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

Bayangkan apa akan terjadi kepada kita jika Allah S.W.T. memberi hanya apabila kita memintanya?

Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita `terlupa' memohon oksigen? 

Apakah kita masih beragama islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalkan hidayah ini didalam diri kita? 

Mujur dan syukur, sifat Al-Wahhab Allah itu terus proaktif (jika boleh dikatakan begitu) memberi, sentiasa dan selamanya, walaupun manusia sering lupa memintanya.

PCL : sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya .

[thnks, cikgu LaniaZ]

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Santai Pagi : Tergerak hati nak menegur..

Tuesday, April 24, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

Assalamualaikum...

 Biasanya kalau saya membaca entri di laman blog/website khususnya yang menggunakan Bahasa Malaysia ..sering diperhatikan masalah penggunaan perkataan penambahan 'di'...contohnya 'dimakan', 'di sana' dan sebagainya lagi. ada yang tak betul penggunaannya.

 Bukannya saya cikgu subjek BM untuk menegur penulisan anda..tapi kali ini tergerak hati untuk berbuat demikian..maafkan saya !

.. 'bahasa pasar' lagi santai memang mengikut kesesuaian dan keselesaan penulis itu sendiri , tapi adalah lebih bagus kalau kena dengan penggunaan tata bahasa yang betul .

 senang je nak membetulkan penggunaan 'di' tu...

Merujuk kepada kawasan/tempat : kita jauhkan/jarakkan 'di' contohnya seperti 'di Kuala Lumpur, di mana-mana, di sana, di sini, di dalam.

 Merujuk kepada sesuatu perbuatan : Kita dekatkan 'di' contohnya seperti dimakan, diminum, dilihat, diinginkan, ditakuti dan lain2 lagi.

oklah..itu saja.

 PCL : sama sama kita perbetulkan , kecacatan tata bahasa itu walau sikit ia akan nampak cacat jugak..kan !

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sinar Pagi : Sesi Bahasa Banjar SY, KE dan Krill

Monday, April 23, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam...mari kita dengar SY , KE, KRILL 'basurah banjar' di konti SINAR PAGI 12 April yang lepas...

PCL :  Sesekali kalau anda boleh memahami lebih dari satu bahasa/loghat komuniti masyarakat di Malaysia ini alangkah bagusnya dan mungkin ia menjadi kelebihan pada diri anda .

...kalau tak faham tu...tak apa lah, layan jer...

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HALAMAN ASMARA : House of chocolate

Monday, April 23, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam untuk anda semua...

Anda penggemar kek coklat ?,...kalau betul sila teruskan membaca sambil menjamu mata di sini...pcl sendiri bukanlah penggemar tegar sebenarnya..memandangkan dalam rumah saya semuanya 'tegar coklat' kecuali saya dan saya pula diminta supaya mendapatkan bekalan untuk memenuhi 'ketegaran' mereka itu...

okeh, kat sini pcl kongsikan salah sebuah 'toko kek' yang semakin mendapat sambutan di kawasan sekitarnya..

http://www.facebook.com/HalamanAsmara
House of chocolate HALAMAN ASMARA
Location : Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor . Malaysia.

"Alhamdulillah .. baru balik dari kelas... belajar mengenai chocolate dan perbezaan coklat juga masa untuk tempring yg betul tentang coklat ... TQ Allah ..tq Chef Khairi.....Tq semua ......hari nie saya akan buat chocolate Loli ..nantikan ...." - shahrul

Chocolate chip cup cake

Chocolate Brownies Cup Cake

"syukur Alhamdulillah chocolate brownies cup cake halaman asmara ..berjaya menambat hati para pelanggan.. dng komen yang its very2 delicious n so yummy ,,komen ini dari cina dan india... dan dari melayu pulak sedap glerrr.. tak ada apa yang kurang ..rasa kek yang sangat sempurna...dan malam ni masa untuk menyiapkan tempahan cup cake brownies...sila dapatkan segera dgn harga promosi .." - shahrul

Chocolate Paraline

Chocolate Lolipop Smile

Chocolat Fudge Cake

Selain dari itu , 'House of chocolate Halaman Asmara' ini juga menyediakan perkhidmatan  :
- gubahan hantaran perkahwinan.
- photographer majlis perkahwinan

Bagi mereka  yang menggemari @ berminat dengan produk dari 'House of chocolate Halaman Asmara' , sila berhubung terus dengan pemiliknya melalui telefon (En Shahrul 017-3583828) ataupun melalui Facebook beliau seperti yang tertera di permulaan entri ini. / (klik pada iklan di sidebar).

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hutang Boleh Membantu, Boleh Juga 'Menjerat'

Monday, April 23, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

K UALA LUMPUR: Pada tahun 2003, Abdul (bukan nama sebenar) telah memohon pembiayaan peribadi dari sebuah institusi kewangan di mana pembayaran balik hutang itu setiap bulan berlanjutan sehingga tujuh tahun. Bagaimanapun empat tahun kemudian, Abdul mengalami satu 'kecemasan' kewangan yang memaksa dirinya memohon satu lagi pinjaman baru dari institusi kewangan yang sama. Satu daripada terma dan syarat pinjaman baru ini mewajibkan dana yang dipinjam diguna bagi melunaskan hutang yang lama. Ini dikenali sebagai 'pinjaman bertindih' di kalangan institusi kewangan. Tetapi ansuran bulanan yang perlu dibayar beliau bagi pinjaman terbarunya adalah lebih tinggi (kerana Abdul perlu memohon jumlah yang lebih besar bagi melangsaikan pinjaman lama) dan masa pembayaran balik bagi hutang yang baru adalah selama 10 tahun. Dari satu sudut, Abdul dapat sumber dana bagi menyelesaikan masalah kewangan semasa yang dihadapi beliau tetapi dari satu aspek yang lain beliau kini dibelenggu oleh beban hutang yang baru untuk selama 10 tahun.

 Pembiayaan Peribadi Menurut pakar rujuk kewangan Ng Lai Wai, terdapat beberapa sebab kenapa terdapat anggota masyarakat memohon pinjaman. "Ada yang memohon pinjaman untuk membeli rumah, kereta dan memulakan perniagaan. Biasanya mereka terpaksa membuat pinjaman kerana tidak mempunyai dana untuk pembelian," kata beliau. Menurut beliau, kini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi tanpa penjamin atau cagaran. "Pemohon hanya perlu menyertakan dokumen yang diperlukan dan hanya menunggu kelulusan. Kadangkala kelulusan datang dengan cepat, tidak sampai tujuh hari bekerja dari tarikh permohonan," kata Ng. Menurut beliau, pinjaman peribadi adalah jenis pinjaman yang 'tidak bercagar' iaitu peminjam tidak perlu meletakkan apa-apa sekuriti atau cagaran bagi menjamin pembayaran balik pinjaman itu. "Disebabkan tiada jaminan atau cagaran terlibat, kadar faedah pinjaman seperti ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman bercagar contohnya yang menggunakan rumah sebagai cagaran. "Kadar faedah yang agak tinggi disebabkan tiada 'ganti' terhadap jaminan pinjaman dalam bentuk aset. Sebab itulah kadar faedah pinjaman peribadi adalah tinggi," kata beliau. Kadar Faedah Rendah "Kalau si peminjam memiliki rumah, beliau boleh mencari alternatif bentuk pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah seperti pinjaman ekuiti rumah. Tetapi opsyen pinjaman ini memerlukan peminjam meletakkan rumahnya atau hartanahnya yang lain sebagai cagaran. Menurut Ng, tidak kira sama ada pinjaman yang dibuat itu bercorak peribadi atau di sebaliknya, ia digunakan untuk membiayai perbelanjaan yang agak besar. Peminjam akan diberi dana sekali gus dan bersetuju membayar balik amaun bulanan pada kadar yang ditetapkan sehingga hutang itu dilunaskan. "Bayaran bulanan adalah bayaran balik jumlah prinsipal (jumlah hutang yang dipohon) serta jumlah faedah," jelas beliau.

 Pembiayaan peribadi mungkin adalah satu-satunya opsyen bagi peminjam yang tidak mempunyai rumah, hartanah atau aset lain yang boleh digunakan sebagai sekuriti atau jaminan. Bagi Ng, pinjaman peribadi adalah satu alternatif yang bijak bagi membantu perbelanjaan jika dibandingkan dengan penggunaan kad kredit yang mengenakan faedah yang amat tinggi. Penyusunan Semula Hutang "Pinjaman peribadi juga boleh digunakan bagi penyusunan semula hutang sekiranya faedahnya adalah lebih rendah berbanding faedah kad kredit. "Tetapi jika anda mempunyai skor (rekod) kredit yang agak rendah, mungkin sukar untuk dapat pinjaman peribadi yang faedahnya rendah melainkan mendapatkan ahli keluarga atau orang lain bagi jadi penjamin iaitu mereka memberi jaminan membayar hutang tersebut jika anda gagal membayarnya. "Dalam situasi ini, si penjamin akan membuat bayaran jika anda gagal melunaskan bayaran bulanan, oleh itu faedah yang dikenakan bagi pinjaman boleh dirundingkan untuk lebih rendah bergantung kepada budibicara institusi kewangan yang terlibat. "Jika gagal membuat bayaran, pemberi pinjaman juga berhak merampas harta yang dicagarkan," kata beliau. Komitmen Memandangkan pinjaman adalah satu komitmen, si peminjam perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan. Ng juga menasihati peminjam agar memilih pemberi pinjaman (institusi kewangan) yang dirasakan betul-betul dapat membantu. "Bukan senang pilih pemberi pinjaman yang betul. Bukan hanya dengan melihat pada kadar faedah yang rendah.

Haruslah diingat bahawa pinjaman yang mengenakan kadar faedah rendah selalunya mengenakan tempoh bayaran yang agak lama. "Bila pilih institusi peminjam, lihat juga sama ada ia teguh, fleksibel tentang skim bayaran bulanan dan kadar faedah yang dikenakan, kata Ng. Tambah beliau, bila seseorang itu membuat pinjaman memang ada baiknya beliau membuat penilaian terhadap kebaikan dan keburukan pinjaman terlebih dahulu. Dengan pinjaman wang, membolehkan seseorang itu mempunyai dana dan mencapai objektif. "Tetapi harus diingat setiap pinjaman perlu dibayar balik beserta kadar faedahnya sekali. "Mungkin bagi sesetengah peminjam, terdapat persepsi bahawa pinjaman kewangan boleh menyelesaikan masalah bersangkutan. Itulah sebabnya kenapa walaupun ramai peminjam mendapati kesukaran membuat pinjaman, mereka masih meneruskan niat itu - mStar.com.my

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

facebook mak...sekarang pun boleh !

Saturday, April 21, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Kita hidup seiring dengan zaman kemajuan siber..

"facebook mak...sekarang pun boleh"

...ramai di antara kita kuhususnya kepada mereka yang celik IT menggunakan kaedah berkomunikasi melalui gajet elektronik seperti komputer peribadi samada laptop, ultrabook, tablet mahupun smartphone mengenai perasaan mereka..

dengan hanya membaca di skrin "saya minta maaf" atau contoh lainnya "saya sayang awak"..tanpa bersua muka secara realiti, tidak akan memiliki kesan yang sama ketika ungkapan itu diucapkan secara langsung.

pasangan yang selalu bersama secara fizikal dan emosional jauh lebih dekat perasaanya antara satu sama lain jika melafazkan  .

....ramai juga lebih gemar memilih cara tersebut dan bukan kita untuk menafikan semua kemajuan yang telah tersedia, tapi itulah hakikat sebenarnya , ada baik juga ada buruknya.

kita , orang  bijak cuma memilih yang  positif  dan baik baik saja.

 ...bila nak makan2 kat rumah pcl nih 'geng bloggers' ?...

PCL : "................ pun boleh".  *(eratkan ukhuwah secara langsung).

sekadar hiasan dari google

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sayangilah keluarga kita seadanya..

Saturday, April 21, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

kehidupan sebelum berkahwin..1996 bersama rakan serumah ....petang hari minggu tak ada keja nak dibuat....'membelai' motosikal aje lah...(dulu mane ade Fb !)

keadaan merubah segalanya..setelah berkeluarga dan punya anak...tanggungjawab juga berubah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

kehidupan setelah bekeluarga..2012 bersama isteri dan anak-anak tercinta., petang minggu bersantai jika ada kelapangan.

PCL : "sayangilah keluarga kita seadanya .."

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Awas : Kamera Mengawasi Pemanduan Anda

Friday, April 20, 2012 Nazlee Ismail 15 Comments

cctv under a bridge

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

PCL : sebagai panduan saja, rasanya tak perlu hafal ..(keh x28)  , langkah selamat ...ikut je pemanduan berhemah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib..

Jangan Lupa Doa Naik Kenderaan

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

I Pun Tak Tau Nak Makan Apa...

Friday, April 20, 2012 PCL 11 Comments

..di sebuah warung makan sepasang merpati sedang bertenggek nak makan2...tapi sudah dijelmakan menjadi manusia yang tengah duk hangat 'couple' lalu bertanya pelayan tentang 'order makan' mereka.

Pelayan : ye bang...nak makan apa?
I : U nak makan apa sayang?

U: ntah...apa2 je lah...

I : I ikut U...apa yang U makan,  I makan...

U : alaaa...I tak tau nak makan apa...U oder...apa U makan, I makan...

I : I pun tak tau nak makan apa eh...emmm, U oder dulu...apa U makan I makan.

U : I ikut U...U oder la dulu...

I : alaaa...U la oder dulu...

U : U oder la dulu...I follow jer..

I : U oder jer..takper

U : U laaaa...

..selepas beberapa ratus pelanggan yang lain siap makan dan balik tido..(keh 28x).

I : air kosong lah...dah haus sangat nih...

Pelayan : .. dah nak lipat meja nih, tutup dah la...makanan pun dah habiss!!!...*couple lah sangat, lantak korang lerr!!

.... ada lagi ke spesis merpati macam nih ? - pcl

Published with Blogger-droid v2.0.4

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kembar nama saya jual helmet !

Thursday, April 19, 2012 Nazlee Ismail 5 Comments

(keh..28x)

KUALA TERENGGANU

Mohd. Nazli menunjukkan pelbagai jenis topi keledar termasuk yang
berharga RM12,000 (bawah, kanan) di kedainya di Jalan Sultan
Sulaiman, Kuala Terengganu semalam.
(INI BERITA TAHUN 2009)

Meskipun mencecah harga RM12,000 sebuah, topi keledar yang dijual di Yoyo Motorcycle Accessories di Jalan Sultan Sulaiman di sini tetap laris.

Mohd. Nazli berkata, harga terendah topi keledar yang dijualnya adalah sekitar RM2,000 dan paling mahal sehingga RM12,000 sebuah.

***********************

lebihkurang gambar nih pcl ada simpan sebiji peninggalan aruah bapa mertua  (Askar Melayu)..tapi  tak jual lah !

haha...amacam, ....korang punya kembar nama mungkin dari kalangan berpangkat Tun , Tan Sri ataupun Datuk Seri.....

PCL : kalau kembar nama ok lg kot, ..kembar seiras muka mugkin mengundang masalah jika salah seorang darinya berbuat tidak baik maka impaknya akan tempias juga tak banyak sikit...(kes terkini mcm retis hot tuh !!..tak pasal2 kena tuduh)

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang..

Thursday, April 19, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

S

alam petang khamis...

pcl masih dalam mood yang bagus sangat nih...(keh 28x), sebab baju batik hari ni lain dari Khamis sebelumnya ... mungkin kerana orang yang menggosokkannya?? yeah ! sudah tentu.

Peribahasa Melayu :

"Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang" maksudnya membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain..lebih kepada muhasabahkan diri pcl sendiri..

ada yang jemu, .ada yang bosan dengan pesanan-pesanan, ingat-mengigatkan...adakah ?

PCL : Yang baik dipakai, yang buruk dibuang.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Owh....susahnya!

Thursday, April 19, 2012 PCL 17 Comments

...salam pagi khamis,

kalau ikutkan hati,  malas pcl nak berbaju batik nih, oleh disebabkan adanya perhimpunan bulanan kat HQ...kalau tak ..takdenya aku pakai!

testing nak iron sendiri...keh keh azabnya. ..susahlah,  tak penah buat sejak mula  kawen dulu nih...

"kalau berkedut banyak, abg kena guna spray ayaq! "...kata mamadiana...

"camana tuh? "...soalan perangkapku * takde niat sebenarnya.

" macam ni...macam ni.., spray sikit kat sini..gosok macam nih"...

akhirnya aku terus taip entri selepas tangkap gambar nih..

baju batik peninggalan aruah blogger  nasir/ 'abahIzz'.

"dah siap"..kata mamadiana.

tq...lalala.

Published with Blogger-droid v2.0.4

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Prinsip Saya : Panggilan Telefon

Wednesday, April 18, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

Salam dan selamat malam...jangan tido lagi !!

kekadang bengang jugakan...sekali ada call-in  tapi  dari privet number la plak !!

"maaflah....prinsip saya kalau ada call dari 'private number',  saya tak angkat. Telefonlah berapa kali pun,... kalau pemanggil itu ikhlas kenapa guna 'private number' "

tak angkat, tak picit, tak tekan, tak touch....sama dengan tak jawablah tuh, ..dari kalangan famili pcl , rasanya tidak sama sekali...harus abaikan saja lah..

...terima kasih la terupdate entri hujung2 malam nih berkenaanya...

PCL : ..selalunya panggilan 'unknow' cuma dari anak buah (tembikai) sy sorang tu je..tapi dah agak lama tak kedengaran *sibuk buat tempahan kek agaknya.(.keh 28x)

gambar hiasan dari google

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ingat Mengigatkan : Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Wednesday, April 18, 2012 Nazlee Ismail 25 Comments

Alhamdulillah...bantuan rakan sepejabat merangkap blogger juga iaitu en.padli..(Cerita Si Padlie)
internet sudah kembali pulih...(keh 28x) *  intro untuk entri penulis yang sedang 'mati akal' seketika bila tiada internet...

untuk pagi yang sedang merangkak ke tengahari...sisipan sebuah pesanan dari seorang guru untuk memuridnya..

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Amalan sedikit lama-lama jadi bukit
Perjalanan yang jauh bermula dari satu langkah..

Walau hanya sunnah2 kecil
Walaupun kecil tapi NABI tidak pernah tinggal

Walaupun sekadar solat sunat 2 rakaat
Walaupun sekadar puasa 2 hari seminggu

Sekurang-kurangnya menjadi tanda ingat pada NABI
Barulah mendapat SYAFAAT (recommendation) NABI

PCL : jangan sia-siakan masa yang ada sedikit ini untuk berterusan mencari ibadah walaupun ia yang sunat-sunat saja..

....menabung pun cmtu gak,...boleh beli Proton Preve - hiasan dari google.

25 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Gajet Peribadi : Sikap sambil lewa anda boleh mengundang malapetaka

Tuesday, April 17, 2012 Nazlee Ismail 21 Comments

G
ajet peribadi yang berteknologi tinggi seperti telefon, iphones, notebook, adalah antara yang memberi kemudahan di hujung jari di samping menyenangkan kehidupan harian pengguna.

Semua gajet ini begitu mempengaruhi kehidupan hari ini. Kita berkomunikasi menerusi suara dan mendapatkan maklumat, menyiapkan tugas dan malahan menyimpan maklumat rahsia peribadi menerusi gajet berkenaan.

Namun gajet elektrik juga mempunyai kelemahan. Selain menghadkan interaksi bersemuka, ia juga berkompromi dengan keselamatan data peribadi. Bayangkan apabila anda kehilangan gajet berkenaan, sebenarnya anda bukan setakat kehilangan gajet malahan maklumat peribadi seperti nombor pin, alamat, gambar dan data peribadi lain yang disimpan dalamnya.

Gajet mudah alih ini juga senang jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini apabila pemiliknya lalai atau ia dicuri. Oleh itu, pemilik gajet berkenaan adalah terdedah kepada unsur-unsur jenayah.

Tambahan pula, kemudahan internet Wifi percuma yang disediakan pihak restoran pula, akan menggalakkan orang ramai membawa komputer bimbit masing-masing dan duduk berlama-lamaan bersama rakan sehingga dinihari.

Golongan ini kebanyakannya remaja dan pelajar, yang mungkin pada mula alasannya untuk bersama-sama membuat tugasan, namun tidak sedar kemudahan internet itu boleh mengundang malapetaka kepada mereka sendiri dan pemilik restoran.

Sikap sesetengah mereka yang suka mengambil mudah, meletakkan telefon bimbit di atas meja makan di restoran, meletakkan beg di kedai makan atau hotel atau di kerusi tanpa perhatian semasa mengambil makanan juga boleh mengundang penjenayah untuk melakukan kerja terkutuk itu.

Selain itu, sikap mengambil mudah juga perlu diubah dengan meninggalkan barang-barang berharga ataupun beg dalam kereta, kerana nanti kita tidak mahu kembali ke kereta dengan cermin tingkapnya pecah dan terpaksa menggantikannya yang tentunya berharga ratusan ringgit.

Paling tidakpun, kalau tidak mahu membawanya bersama, sorokkanlah barang-barang dan alat elektronik itu di tempat yang sesuai dan bukannya diletakkan di tempat yang boleh orang yang lalu lalang melihatnya kerana ia adalah satu peluang jenayah.

sumber asal 

PCL : ..kalaulah dah tak boleh berenggang dengan gajet kesayangan itu...maklumlah nak 'cari makan'..  ,  pastikan ciri-ciri keselamatan hendaklah diutamakan...'lock' kat pinggang pemiliknya. (..keh 28x )

Cth : gambar hiasan dari google..

21 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Saya Yang Menurut Perintah !

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

T
ak penah-penah terjadi semenjak lebih 3 tahun aku keja kat sini kena tulis nama kat pondok pakgad...

kalau dulu masa keja kilang Jepun ya lah..straight gila2, mesti punctual ! lewat 5 minit ..akan dipotong gaji 1/2 jam...* lebih baik lambatkan terus 1/2jam , boleh kena teh tarik dulu...(keh 28x...itu dulu punya citer)

Ini hari datang keja ok lagi, keluar lunch n masuk semula jam 2.30pm...huhu memang le lewat 1/2 jam dari sepatutnya...tapi aku ade xcuse hantar anak sekolah petang...harus le lewat sikit.

mungkin ada timbang rasa kalau aku bincang elok2.
Untuk hari ini aku abaikan saja....

Nampaknya boss kitaorg ni nak buat macam tu gak kot....baguslah...tapi,

Awat baru sekarang nak buat ?

emmm..ada kes la tu agaknya, selalunya cmtulah...bila ada yang buat report baru ada tindakan !!

macam pahat dengan penukul !

"Saya Yang Menurut Perintah"..kata ketua pakgad.

PCL : baru sekali , ada 2 kali lagi...cmana nak cakap nih?...anak wajib kena hantar sekolah...tanggungjawab gak tuh !

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 3 Comments

A
ncaman keselamatan Android
Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

gambar hiasan dari google

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya.

Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.

SMS Trojans

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung.

Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman.

Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya.

Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.

Aplikasi Preloaded

Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.

Kedai palsu Google Play

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya.

Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.

Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan.

Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.

Peringatan palsu

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

sumber

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kanser Prostat : Kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia ..

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 2 Comments

..dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Kanser Prostat

Kanser ini membabitkan kelanjar prostat, yang terdapat di belakang pundi kencing. Jika kanser ini merebak lebih jauh, ia dikenali sebagai kanser prostat metastatik; di mana kanser itu merebak daripada prostat ke nodus limfa atau bahagian lain tubuh, khasnya ke tulang.

Bagaimanapun, terdapat rawatan bagi hampir semua jenis kanser metastatik dengan matlamat utama adalah mengawal kanser daripada merebak dan untuk melegakan simptom-simptom yang mengiringnya.

Paling Biasa

"Sehingga 29,000 kes dilaporkan di Asia Tenggara pada 2008. Kami mendapati kesedaran terhadap saringan PSA masih kurang di bahagian Asia ini termasuk hakikat yang lelaki Asia berasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka.

"Kaum lelaki seharusnya sedia bertemu dengan pakar perubatan mereka untuk mengetahui lanjut akan ujian PSA ini," jelas Dr Bahl kepada sekumpulan wartawan tempatan.

Di Malaysia, 40.6 peratus daripada kes didiagnosis pada peringkat I dan II.Ditanya akan apa yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjauhi kanser prostat, Dr Bahl menjelaskan; "Apa sahaja yang baik bagi jantung pasti baik untuk prostat anda. Dan ini termasuk senaman dan kurangkan pengambilan daging merah."

"Isteri boleh meleteri suami sehingga sampai di klinik doktor untuk memastikan suami menjalani ujian prostat spesifik antigen (PSA)," kata Dr Amit Bahl, Pengarah Klinikal di Pusat Hematologi and Onkologi Bristol, UK, secara berseloroh. Pakar perunding klinikal onkologi ini yang berada di sini baru-baru ini berkata demikian merujuk kepada kanser prostat, kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Rawatan

Terdapat rawatan berlainan bagi kanser prostat metastatik termasuk terapi hormon, imunoterapi, dan kemoterapi serta terapi sinaran.

Terapi hormon mencegah hormon semulajadi tubuh daripada membantu pertumbuhan sel kanser prostat sementara kaedah rawatan imunoterapi bagi kanser prostat metastatik membantu meningkat dan mengembalikan kemampuan sistem imun untuk melawan kanser. Rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser prostat metastatik menggunakan ubat-ubatan untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser sama ada dengan membunuh sel-sel terbabit atau menghalang mereka daripada membiak.

Di sebaliknya terapi sinaran menggunakan sinaran berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel barah, membabitkan sel-sel yang berkenaan sahaja.

Juga menjalani Pemeriksaan Dubur Digital (DRE) dan saringan PSA awal akan membantu mencegah diagnosis lewat kanser prostat. "Ramai pesakit warga emas yang menghidap kanser prostat memilih untuk tunggu dan lihat selepas didiagnosis dengan penyakit itu. Mereka tidak mempertimbangkan pilihan rawatan radikal memandangkan mereka mungkin mengalami komplikasi lain walaupun keadaan kesihatan mereka meruncing," tambah perunding klinikal onkologi ini.

Adalah lebih baik untuk mengetahui status kesihatan seseorang melalui ujian dan saringan ini seawal yang mungkin daripada terus berada dalam ketakutan dan mendapat tahu terlalu lewat yang dirinya menghidap kanser prostat.

PCL : semakin merisaukan...lelaki pun punya risiko hadapi kanser...jaga pemakanan kita seharian !!

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.

"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.

Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.

Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.

"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.

"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA

PCL : ..dalam harga petrol RON95 tak naik pun , aku pegi balik keja, hantar ambil anak sekolah semuanya tunggang motosikal, kempen berjimat cermat dalam hidup...suatu yang harus diamalkan....kalau boleh nak berbasikal je sepanjang masa...keh x28x

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Membuat Auto Refresh Untuk Blogspot

Sunday, April 15, 2012 Nazlee Ismail 1 Comments

Membuat Auto Refresh Untuk Blogspot Sharing Cara membuat auto refresh untuk blogspot. Anda sudah tahu tentunya yang dimaksud dengan auto refresh iaitu mengload halaman blog berulang ulang sesuai dengan waktu yang ditentukan oleh yang empunya blog . Tidak perlu berlengah lagi, teruskan Step.By.Step cara membuat auto refresh untuk blogspot !!!

   1. Login ke blog anda
   2. Design =>> Edit HTML
   3. Cari kod
   4. Letakan kod berikut setelah kod

( sila refer kat blog nih..sumber)

selamat cuba kalau nak !!

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

OTAK KACAU !!!

Sunday, April 15, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

B
ila duk kat bandar nih...keh 28x *bandar la sangat !

mulalah teringatkan kampumg halaman.... kalau tinggal kat kawasan pendalaman best...sempoi memang sempoi sangat...sejuk dan dingin lagi nyaman...wuh !! matahari naik tegak atas kepala pon masih lagi rasa nyamannya udara sekeliling...

cuba bayangkan...

terjah blog hari ni !

aku suka blog kawan baru aku nih...sempoi je..korang boleh terjah nanti...

Otak Kacau Online

DIRI KU YG HINA

My Photo
Bujang Tua
36yrs single Malaysian.

kalau ikutkan cakap /bahasa orang utara ni dengar macam kasar sikit tapi sebenarnya tak sampai ke situ maksudnya...*terjah lah untuk menambah rakan blogger kita.

PCL : mood kampung, tghari ni mamadiana buat lauk Keli Masak Singgang !.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ke Pantai lagi...

Sunday, April 15, 2012 PCL 2 Comments

Salam
pagi semua...

boleh caya ke ??... kalau aku katakan yang kami jogging dari rumah ke pantai...dan terus berendam main air bersama-sama...

memang tak masuk akal....tapi itu berlaku dalam mimpi semalam...keh..28x.

Info tentang Morib kat sini

PCL : suka aktiviti pantai bersama keluarga..

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Eh ! boleh ke ni esok...jadi ke tak ?

Saturday, April 14, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

T
erasa nak beriadah ajak anak isteri berlari jogging sama-sama....

dah lama rasanya tak buat begitu.
yang biasanya cuma lari anak tangga, naik atas dan turun bawah...

naik tangga turun tangga berulang kali....rasa cam bosan sangat dah tak dapat mengihurup udara nyaman d pagi hari, esok kan cuti hari minggu....selalunya ada saja rancangan lain yang bukan berbentuk aktiviti sihat....apa tuh?

*aktiviti makan-makan lah...keh..28x.

kat sini cuma ada sebuah taman yang patut dikunjungi iaitu Taman Majlis Perbandaran Kuala Langat, depan Hospital Banting... *sapa2 yg semput or pitam senang terus bawa masuk ke sana..huhu.

Eh ! boleh ke ni esok...jadi ke tak ? *kalau entri menyusul pagi esok berkenaanya tuh memang jadi la tuh .

PCL : Sebenarnya famili pcl lebih suka beriadah di tepi pantai @Pantai Morib...memang fresh anginnya.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ingat Mengingatkan : Kenapa kita perlu bersyukur selalu ?

Saturday, April 14, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

L
ebih banyak kita bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup kita. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.

Kalau dirasakan hidup kita sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab kita jarang berterima kasih pada pemberian Allah swt,... kurniaan dalam bentuk rezekiNya,...pemberian dalam bentuk wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ini berada di sekeliling kita.

Kekadang pemberian Allah ini,  kita tak sedar langsung akan kebaikannya contohnya bila kita mencapai sesuatu kejayaan, kita lupa nak ucapkan terima kasih,... berjaya menyiapkan sesuatu pun lupa mengucapkan syukur tanda terima kasih lantas  mengatakan itu adalah atas daya usaha sendiri, ...dapat bantuan oleh seseorang..buat muka plak bukannya nak kata terima kasih ! - ini sikap seorang yang sombong.

Allah swt tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.

Kenapa kita perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya kita berubah jadi semakin bagus.

Lakukanlah semuanya dengan keikhlasan hati yang terbuka...

**************

p/s : ada di antara blogger yang mengikuti blog (penulisan), membantu dalam menaikkan trafik blog secara tak langsung ...haruslah ucap terima kasih juga tapi bagaimanakah caranya ??

kekadang ada yang terlepas dari pandangan saya ..tak terkelik link anda, memungkinkan ada yang telah berkecil hati....so, maafkan saya !!...dan terima kasaih segalanya.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Layanan TipTop !

Friday, April 13, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

"S

ambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah."

....bertapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja kalau isterinya bagus melayaninya. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Jangan berkelakuan begini wahai isteri,...suami boleh jadi stress jika :

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap.
2. Isteri asyik menonton tv saja.
3. Isteri bersenang-lenang bersembang dengan tetanga tanpa menghiraukannya.
4. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

....yeah, memang strees kalau macam tu selalu.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hanis Umairah : Nak jadi model iklan..

Thursday, April 12, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

iklan jer...keh 28x

"Saya akan pastikan saya work out. Selain itu, minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari, tidak lupa juga pengambilan muti-vitamin dan vitamin C. " - Hanis Umairah

PCL : pesan kat orang lain...huh memang cukup cantekk!! kan maen lagi...tapi siang tadi adik Hanis Umairah ni terpaksa ambil mc...sakit tekak, kesian dia.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Gentleman ?

Thursday, April 12, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

"S

elalunya saya tidak berbelanja apa-apa untuk diri saya . Saya hanya 'mengekor' di belakang mahu membantu isteri saya menjinjing beg dan mengangkat barang yang dia beli untuk keluarga,”.

adakah saya seorang suami yang gentleman pada pandangan anda ?

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

WW : Dapat jemputan tapi...

Wednesday, April 11, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

T
ak kesampaian nak ke sana (Putrajaya)..

mohon maaf !!

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

WW : Tak puas !

Wednesday, April 11, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

T

ak puas makan, hari cuti tanpa diet...(keh..28x)

http://www.mamadianasajacaripasal.blogspot.com/ - free je..!

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

WW : Boling Semalam...ok la !

Wednesday, April 11, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

D

aulat Tuanku !!

Salam dan selamat bercuti bersempenanya....

kelab penyokong setia..

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bukan Segmen : Jom X-Change Blog List

Wednesday, April 11, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

A

ssalamualaikum dan salam pagi-pagi...(bercuti kite kan !!)

Jom x-change blog list !!

Target untuk menaikkan trafik blog sesama blogger sambil-sambil mengeratkan hubungan ukhuwah antara kita *Blogwalking pun senang ...keh 28x.

Ini bukannya segmen yeap !, blogger yang dah meletakkan link blog pcl sebelum ni diucapkan terima kasih dan harap dapat terus dan kekalkannya di bloglist utama anda. (jika anda telah berbuat demikian, sila maklumkan pada saya di ruangan komen entri ini, untuk kita x-change sesama OK )..

Untuk makluman pembaca , blog ini telah bertukar alamat url dari villakejora.blogspot kepada pakciklie.com bermula semalam lagi (10 April 2012).

Jadi, untuk hosting baru ini pcl nak buat blog list yang baru....jom x-change blog list link !

pcl : ...sempoi !!, malam ini ke Putrajaya berkenaan . http://www.pakciklie.com/2012/04/berita-baik-untuk-belia-senyap-vol-11.html . 

# Blog list baru akan di update dalam tempoh  tidak lebih 24jam dari pengesahan anda.