Tiada Etika : ..dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.

Tuesday, July 31, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

ok. assalamualaikum..

lets kongsi mengenai etika ketika berada di bazaar ramadhan.
benda ni dah lama dah aku nak tulis. tapi baru hari ni aku betul2 nak tulis.
sbb aku dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.
umum tahu, bazaar ramadhan adalah tempat yang paling busy, sesak dan ramai mata yang memandang.

so di sini, antara perkara yang diklasifikasikan sebagai tiada etika untuk kedua2 pihak PENIAGA DAN PEMBELI.

gambar hiasan dari google image

1. PENIAGA

a. TIDAK MELETAKKAN TANDA HARGA.

benda ni rasanya kat semua bazaar mmg ada. susah sangat nak letak tanda harga.
apa motif kau taknak letak tanda harga? sbb kau boleh letak sesuka hati harga kau?
kalau tempat lauk pauk tu, boleh la diterima takde tanda harga.
ni.. kau jual kuih beberapa jenis pon. tulis jela tanda harga. 
rajin plak kau nak menyebut harga kau banyak2 kali bila orang tanya.
ini jadik kat aku. bazaar Taman Melawati.
aku tetibe nampak kuih Jala Emas. pastu takde tanda harga. so aku bajet mungkin benda tu RM 1 utk 2 ketul.paling mahal pun RM 1 seketul.
so aku tanya 
" kuih ni berapa?"
"satu 3 ringgit"
"errr bagi 2 la"
ok. pada aku, aku rasa MEMANG MAHAL GILE WEEEIII kuih coet tu RM3.
RM3 dah boleh beli jus buah 
tapi memandangkan kelemahan aku ialah ego aku sendiri, tetba aku terus minta 2. sepatutnya aku terus bla. tapi napa tah. ego aku yang menjawab minta 2 ketul. so rm 6.
RM 6 dah boleh dapat kuih biasa 15 bijik. 

so wahai peniaga TOLONG lah letak tanda harga. bkan susah pun.. kau nak untung banyak tapi kedekut tahiikk masenn!!!!

b.MEMEGANG MAKANAN DENGAN TANGAN DI HADAPAN PEMBELI

bnda ni pun banyak berlaku. banyak kali. selamba gile pegang makan dengan tangan. terutamnya kuih. 
owowow.. mmg la kau kata kuih tu pun hasil tangan kau.
tapi itu aku tak nampak. ni kau dah pegang depan pembeli, takkan orang tak nampak.
ntah dah pegang apa tah.

c. SEKSI MCM ORANG NAK BELI KAU

benda ni ada berlaku tapi ianya mungkin dalam 3-4 orang penjual je dalam satu2 bazaar.
kemain kau... baju leher low cut, rambut perang.
ada jugak yang pakai singlet je. seksi mcm hape.
please la.. orang datang nak beli makanan. bukan nak langgan beli kau.

4. MELETAK HARGA SESUKA HATI

Peniaga, sebelum kau letak harga, kau tgk la dulu produk kau tu layak atau tak untuk mendapat harga mcm yang kau letak.
aku masih teringat kes somtam aku yang berharga rm 5.
dah la sikit bebenor. pastu kering.
aku beli pun sbb aku tak tahu harga pastu aku tanya (mcm point a)

5. MENJUAL SEMULA MAKANAN YG TIDAK HABIS

Memang. memang sayang nak buang. tapi itulah hakikatnye.
kau perlu buang/sedekah jualan kau yang tak habes tu pada orang.
ni tak. kau simpan and kau jual semula esok.
tak amanah weeeh.

dan lagi satu. orang yang jual kuih ni kadang2 guna HAMPAS kelapa untuk buat inti.serius.

2. PEMBELI

a. TERGEDIK-GEDIK

benda selalu kat budak2 perempuan yang meningkat remaja la.. yang baru lepas spm, yang tingkatan 3 keatas .
aku perhatikan dorang ni kalau jalan sesama dorang mesti nak tergelak2 bajet manja.

pastu kalau ada peniaga yang usik, mula la menggeletis mcm hape.
dahla orang kat bazaar tu ramai. kau tergedik2, kau dah menyekat laluan orang lain. so tak payah gedik. 
ikat je rambut tu. ni tak.
rambut menggerbang konon seksi. kalau rambut tu lawa, sedap gak mata memandang.
ini.. rambut pun kering, menggerbang, siap ngan bekas ikatan...
baik kau ikat jelah rambut tu.

b. OLOLOLO BIJAKNYE ANAK AKU PANDAI JALAN!!

Kadang2 ada parents yang bawak anak kecik datang bazar. takpe. yelah.. kesianla kat anak.. kat rumah takde sapa jaga.. so bawak la..
tapi yang buat orang menyampah, bila kau biarkan anak kau yang umur setahun, yang baru terkedek nak belajar jalan tu, berjalan sendiri. apa salahnye kau dukung budak tu.
"alaaahai anak aku pandai jalan wooo!"
ok.tapi tgk tempatlah untuk mempertontonkan "ke-olololo-an" anak kau tu.
1. kesianla kat budak tu. dia kecik lagi dan terpaksa berhimpit. dah la jalan terkedek2.
2. kesianla kat pembeli ni terpaksa bersesak sebb nak bg ruang kat anak kau berjalan.

c. LAPAR MCM TAK BERBUKA SEJAK SEMALAM

beratur.. susah sangat ke nak beratur? ni kau tetbe datang dari arah lain pastu kau order.
amende kau ni?? takde sivik? lapar benaw? 

pcl; .. takda sapa nak kesah pon...kan , tempat awam...sapa taknak lebih baik duduk rumah diam2...pahala pon tak kurang !! ambil ini sebagai iktibar yang mana perlu !! kita nampak salah/betul orang kita jadikan 'cermin diri' untuk kita perbaiki dari yang baik kepada yang lebih baik.

kredit : RuthlessFairy

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Solat Sunat Tarawih : Lapan Rakaat Bukan Masalah, 20 Rakaat Lebih Baik

Monday, July 30, 2012 Nazlee Ismail 22 Comments

Fahami Maksud, Mampu Elak 'Liat' Solat Tarawih

ADA masanya kita amat malas sekali mahu mengerjakan solat tarawih di surau atau masjid berdekatan.
Alasan yang sering diberikan apabila diajak oleh ibu bapa atau rakan-rakan untuk tidak bersama-sama mereka mengerjakan solat sunat ini ialah sibuk atau ada urusan lain yang perlu dibuat.
Namun, tidak kurang juga yang tidak bertarawih kerana menganggap solat ini meletihkan.
Persepsi solat tarawih, ibadat yang sangat dituntut oleh Allah pada bulan Ramadan bahawa ia meletihkan sehingga dianggap beban oleh sebahagian di kalangan kita sebenarnya tidak patut timbul.
Ini kerana, tanggapan itu sendiri amat bertentangan dengan perkataan "Tarawih" (bahasa Arab) yang bermaksud 'istirehat'.
Felo Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata kaedah terbaik mengelakkan rasa 'liat' menunaikan solat tarawih ialah dengan memahami konsep dan maksudnya.
Dengan memahaminya, segala persepsi tentang tarawih yang sering berlegar-legar dalam minda selama ini juga akan dapat dihapuskan.
Katanya, lebih baik seseorang itu mempunyai sedikit ilmu dan pengetahuan tentang ibadat sunat ini supaya solat yang dilakukan dapat dihayati sepenuhnya, seterusnya dapat merebut ganjaran yang dijanjikan Allah.
Hukum tarawih dalam Islam ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan.
"Kita kena faham bahawa solat tarawih ialah aktiviti yang merehatkan, kerana tarawih itu sendiri bermaksud 'rehat'. Tujuan solat ini untuk kita berehat-rehat dan bersenang-senang.
"Kalau sentiasa fikir tentang pergerakan fizikal memang nampak penat walaupun pergerakan dalam solat tidaklah seteruk mana.
"Tetapi kalau dari segi rohani, solat yang dilakukan dengan khusyuk dan penuh penghayatan akan membuat jiwa kita tenang selain mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda," katanya ketika ditemuramah mStar Online.
Mohd Farid berkata ketenangan jiwa dan hati yang suci akan terbit secara langsung jika tarawih dilakukan dengan ikhlas, tidak kira sama ada ia dilakukan bersendirian di rumah atau secara berjemaah.
Mengerjakan tarawih untuk menunjuk-nunjuk atau menjadikannya sebagai 'trend' pada bulan Ramadan adalah satu tindakan kurang bijaksana dan merugikan.
Justeru katanya, sama ada menjadi imam, makmum atau solat sendirian di rumah, tarawih wajar dilakukan dengan tenang, penuh penghayatan dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa.
Beliau menambah, solat di masjid atau surau yang mengikut imam bagaimanapun membuka peluang untuk jemaah menghayati bacaan ayat-ayat al Quran yang dibaca oleh imam.

Hiasan dari Google image

Lapan Rakaat Bukan Masalah, 20 Rakaat Lebih Baik
Mohd Farid berkata masyarakat Islam juga tidak seharusnya khuatir tentang bilangan rakaat yang perlu dilakukan apabila menunaikan tarawih.
Katanya, umat Islam diberi pilihan sama ada mahu mengerjakannya sebanyak lapan rakaat atau 20 rakaat.
"Lebih afdal (baik) buatlah 20 rakaat, tetapi daripada meninggalkannya terus...lebih baik solat lapan rakaat," katanya.
Bersesuaian dengan maksud tarawih, beliau menjelaskan ia juga tidak semestinya dihabiskan sekali gus dalam satu masa.
"Boleh juga solat lapan rakaat di masjid dan sambung apabila sampai di rumah. Mungkin tidur atau buat kerja lain dulu dan kemudian solat semula.
"Ada sesetengah orang mereka rasa lebih khusyuk solat di rumah. Itu juga tidak jadi masalah. Yang penting jangan sampai tak buat langsung kerana menyangka solat ini memenatkan, membebankan dan akhirnya membuatkan seseorang itu terus hilang peluang untuk mendapat ganjaran Allah," katanya.
Bagaimanapun katanya, tarawih haruslah dilakukan hanya selepas seseorang itu menunaikan solat fardhu Isyak.
Tidak Wajib Dan Tak Membebankan
Mengimbas kembali sejarah dan asal-usul solat tarawih, amalan ini dimulakan oleh Nabi Muhammad yang menunaikan solat ini secara sendirian pada malam bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata, baginda Rasulullah s.a.w melakukan amalan ini bagi menyemarakkan semangat pada malam-malam bulan Ramadan dan sebagai ibadat untuk lebih menginsafi diri.
"Lama-kelamaan amalan baginda diikut oleh para sahabat...semakin lama semakin ramai tetapi pada masa itu masing-masing melakukannya secara sendirian," jelasnya.
Sehinggalah malam keempat, baginda Nabi Muhammad tidak lagi solat tarawih di masjid semata-mata baginda bimbang amalannya dianggap amalan wajib.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
"Baginda risau tarawih dianggap wajib tapi baginda masih melakukannya di rumah," Mohd Farid menjelaskan tentang sejarah ringkas solat tarawih.
Sahabat baginda Umar al-Khattab telah mengamalkan solat tarawih 20 rakaat dan memulakan solat ini secara berjemaah dengan melantik seorang lagi sahabat Ubai bin Ka'ab sebagai imam.
Banyak Kelebihan
Terdapat banyak hadis yang menggalakkan umat Islam untuk meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata memandangkan solat adalah ibadat paling utama dan cara paling baik untuk mendapatkan pahala, tarawih terus diamalkan sehingga ke hari ini.
Beliau menjelaskan, solat sunat ini yang panjang berbanding solat sunat biasa dan dilakukan pada waktu malam akan menyegarkan kembali hati dan jiwa mereka yang mengerjakannya.
Dari segi kesihatan, tarawih akan menjadikan kita lebih sihat kerana ia melibatkan pergerakan tertentu dan diselang-selikan dengan rehat.
"Yang pasti, amalan ini akan memberikan pahala yang banyak selain dapat menyucikan diri dan menguatkan iman seseorang," katanya.
Dari segi sosial, tarawih mampu membawa lebih ramai jemaah ke masjid atau surau.
"Mereka akan berkenalan antara satu sama lain dan berjemaah di masjid juga dapat mengeratkan lagi ikatan sesama Islam yang terjalin," katanya.

Oleh IZRA ABD RAHMAN (mstar.com.my)
 
22 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Masih ada lagi....telur tak basuh !

Thursday, July 26, 2012 Nazlee Ismail 14 Comments

Salam...

ke pasar ramadhan petang nih ??

.."pasar ramadhan Banting kat kunci air tu, ucup ayam percik RM3, ayam gunting RM5.50, ayam golek sekor RM14, ikan bakar kembung RM3, murtabak aku tengok telor tak basuh... Tak beli aku keke... "

ini gambaran buruk !...sebenarnya bersih sikit daripada ni tapi tetap telur2 tu letak dalam bekas/tray yang meragukan kebersihannya....

pcl;...kuasa pembeli ada pada anda sebagai pengunjung PARAM.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Saya Rasa Saya Pun Terkena Batang Hidung ! ?

Thursday, July 26, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

...berkenaan puasa dan fb wall

"bulan puasa ni aku berazam tanak buka fb sebab dah tau dah pun status korang.. " - Siapa???

status pagi2 : ohh sgt lemau.. pagi tadi terlajak tak bgn sahur ngantukkk.. yg bajet ustat/ustajah pulak akan sibuk penuhkan wall dgn segala mcm unsur nasihat

tghari sikit : ooh ptg ni nak masak ikan kerapu kepunden marang skeperrrrr menu berbuka ptg ni ...(list lauk pauk tiga baris) karang nak balik awal nak pegi PARAM dot..dot dot.., situ ada kebab paling bes! yg bajet lebih sikit - ptg ni hasben ajak berbuka kat Hotel dot dot dot.. lagi..boring la 

masuk pukul 4: ooh tak sabar nk balik cepat la jarum jam gerak! ooh jgn la hujannn.. aduhh pedihnya perut! 

pukul 7: pakat2 tepek gambar lauk berbuka termasuk plastik2 yg penuh di jari yg dibeli dari param yg dok kl dan tersangkut di federal hiway - nasib ada kurma dalam kereta grrrrrrr!!! oit org tak posa tayah la sebok nak balik awal jugak kenapee?? 

7.30 - 8.30pm: alhamdulillahh kenyang sgt <-- koman2   30 org akan updete mcm ni sukenyer lauk habis licin hasben bedal..mesti sedap i masakk kan ling? 

...dan selepas2 itu: alahai baca surah panjang pulak imam ni.. alhamdulillah usai tarawikh di surau dot dot dot.. malam ni buat 8 je,  oh moreh takde ke? 

esok sambung lain ...rutin dah berterusan...apakah ?, realiti kehidupan masa kini.

p/s : kat blog ...ada sapa kesah ! ..hurmm

Promo :
jom kita dengarkan Hot deejay bersama Dj kEsayanGAN PeNDengar DJ peramah semuanya..........♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫
★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/Link 2 :~♥ http://69.65.47.132:8000/listen.plshotdeejay.nethotdeejay.blogspot.com

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mengimarahkan Masjid dan Berjimat Cermat ?

Thursday, July 26, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Salam...

Antara Mengimarahkan Masjid dan Berjimat Cermat ...pilihan ada di hati masing-masing.

Syukur pada Allah kerana dijemput mejadi tetamu di rumahnya, bagus juga ada program berbuka di setiap masjid..boleh juga  bersuaikenal dengan orang2 di kawasan berkenaan. 

ada juga yang berkata :

"Sepanjang ramadhan kali ni aku cuma keluar RM1 je masa berbuka setiap hari.. tu pun utk bayar tol ..
setiap malam gi berbuka kat masjid ,  katering dia boleh tahan makan dua kali plak tu sebelum solat pekena kuih muih + bubur + bihun goreng lepas solat baru pekena nasi berlauk" 

gambar hiasan : google.com

pcl : alhamdulillah....meriah !

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sudah ada pemenang..

Wednesday, July 25, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Salam.. ..

Hampir 1000 peneka cuba belum berjaya..anda nak cuba teka? telah ada pemenangnya...TAHNIAH !

..untuk pembaca yang baru tahu tentang ini.., saya suka sebenarnya untuk mempromosikan :

dengarkan Hot DJ Dot Net  Link Website :: http://hotdeejay.blogspot.com/

sempoi Wallaweii.

Jawapannya ialah :

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Eh Dah ek....!!

Wednesday, July 25, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

....biasanya macam ni lah, makan kat luar bila keluarkan duit gaji...walhal sama jer duit lama ngan duit baru 'cucuk' dari mesin ATM...ahahaha, ...camtu lah kelaku si Hanis Umairah selepas sahur dah tanya nak makan kat mana berbuka nanti..

agaknya dah bosan empat hari berbuka makan kat rumah...hurmmm !

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hampir 1000 peneka cuba belum berjaya..anda nak cuba teka?

Tuesday, July 24, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang tanpa keluh kesah...terbaekk!

...ada benda nak minta korang teka...teka gambar kat atas tuh.
korang boleh teka terus di sini kalo nak dapat hadiah yang sempoi nih :

Hadiah TERBARU TEKA GAMBAR.
Baju Tidur Wanita ini adalah BAJU BATIK EKSLUSIF ,
Yang TIADA terdapat dipasaran terbuka yg lain ,
Designya dan Cantingannya adalah dari keluaran keluarga HAZWANI BATIK ,
Salah sebuah Kedai Batik yg terkenal di PASAR PAYANG TERENGGANU , Ty
Selamat Mencuba

klik sini untuk meneka : http://www.facebook.com/groups/392567907443194/

pcl ; selamat mencuba sementara belum ada pemenangnya (hampir 1k tekaan sekarang..tp masih kurang tepat , tak betul..memang walaweii!!)

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Zakat Fitrah : Bayar jangan tak bayar !

Tuesday, July 24, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

kredit : akudansesuatuz
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum."

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Bayaran Zakat Fitrah (2012/1433H)

kredit : akudansesuatuz

pcl ;...sekarang nih dah banyak kaunter zakat dibuka di tempat-tempat awam selain dari masjid dan surau selurh negara, ...bukan jadikan  alasan bagi  mereka yang tak bayar zakat sebab tak jumpa kaunter nak bayar kat mana ! 
...dan para remaja yang dah bekerja tuh bayar la sendiri untuk diri sendiri ..takyah nak bergantung harap pada bapa plak.(baru la ada feel).

lain2 sumber : amry85

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HEADER RAMADHAN DARI NAL ..

Monday, July 23, 2012 Nazlee Ismail 14 Comments

Assalamualaikum..

Header blog sempena bulan Ramadhan ini telah disponsor oleh blogger NAL melalui segmen ke-2 beliau yang lalu . amacam ok tak?

blog pcl antara 10 yang terpilih  di sini.

Terima Kasih :

NAL's Owner

My Photo
Langkawi, Kedah, Malaysia
NAL stand for Nyte Am's Life. Nothing special, just simple student adventure

p/s : Nal, sebagai penghargaan , kamu boleh letak feed url di blog ini...(sila beri feed url blog kpd sy kalau nak ler..)

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Golek Sakan !

Monday, July 23, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

...ada pelanggan yang mempertikai tentang tahap kebersihan 'ayam golek' di Bazar2 Ramadhan...

secara berseloroh kawan saya berkata..

"mula digolek , kecik jer saiz ayam2 tu....tapi bila dah masak jadi bertambah besar sikit saiznya....tebal salut dengan habuk2 jalan agaknya !"...

...maaf kepada peniaga berkenaan, bukan maksud saya untuk propakan masalah kebersihan ini...tapi sebagai pelanggan harus  ada kuasa memilih ditangan mereka.

pcl ; selamat berbuka bila tiba waktunya..

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nafsu Ramadhan..Janganlah kita macam nih !

Monday, July 23, 2012 Nazlee Ismail 22 Comments

Nak beli lauk juadah...tak salah.(niat membantu para peniaga bazar ramadhan)
Kalau masak sendiri lagi bagus...tapi jangan ler lelebih sangat.

Memang susah nak kontrol nafsu makan ketika sedang berbuka,  apa nampak semua nak makan...ngalahkan bebudak !

22 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat berbuka di hari kedua Ramadhan.

Sunday, July 22, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

lempeng pisang...pisang dari kampung 
Salam Ramadhan..
Selamat berbuka...kat kedai ke kat rumah?
kekadang hari minggu ada yang nak masak sendiri dan berbuka besama..
ada juga yang ambil kesempatan berbuka di luar..
mamadiana buat juadah alakadar saja, takmo makan nasi time berbuka katanya...
so, dia buat kuih tradisional...kebetulan petang tadi siaran ulangan astro,  master chef tayang chef zubir masak kuih lempeng pisang...sempoi gak dah lama tak makan kuih tu.
pcl plak buatkan permintaan si Hanis Umairah....char kuey teow.
alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sebelum gi pasar baik tanya makcik Google...

Sunday, July 22, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Assalamualaikum...salam hari ke dua ramadhan .

Cuaca pepagi hari di sini sejuk jer ..baru lepas hujan lebat, kebetulan cuti hujung minggu...liat bebeno rasa nak buat koje rumah.. adeh .

ada orang masih egoistic

nak ke pasar masih sempat mengoogle....apakah ?, cari barang yang tak tahu...

adakah ia lengkuas jugak !...hehe.

bila-diminta-belikan-lengkuas.

pcl; malu tu biar bertempat...jangan malu bertanya tuan kedai kalau tak jumpa barang yang hendak di beli.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Marhaban Ya Ramadhan

Saturday, July 21, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Salam untuk semua pembaca di sini..

Selamat menjalani ibadah puasa semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT.

entri ringkas dari pcl mewakili keluarga,  mohon ampun dan maaf sempena awal bulan Ramadhan yang mulia ini.

wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suka bunyi kuat !...depa ingat meriam besi tak boleh PECAH !

Friday, July 20, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Salam semua di sini..

Pepagi tadi mamaDiana dapat call dari seseorang yang mengatakan dia sedang menantikan kelahiran orang baru ke dunia ini..moga Sharul, isteri dan anak yang bakal lahir itu nanti selamat dan dipermudahkan oleh Nya..amin2.

 ...dan pagi ini juga ayahanda dan bonda saya bertolak dari Parit Buntar,Perak ke Bukit Raja, Klang untuk berziarah keluarga Arwah abah_Izz...mohon juga semoga dipemudahkan segala urusan mereka.

okeh, teringat zaman silam masa awal2 puasa dah siap buat meriam buluh untuk stanby nak letupkan sebaik saja selepas berbuka...meriah memang sungguh meriah...masa bebudak mana nak ingat jiran2 ada anak kecik ke,...orang nak solat maghrib lg..haha, tu semua zaman nakal tak bleh blah.. Syukur Alhamdulillah...saya masih di sini hingga saat ini.

 gambar sumber dari carigoldforum..

suka bunyi kuat !,...depa ingat meriam besi tak boleh PECAH !!

rasanya zaman remaja sekarang nih dah tak hingin depa main meriam ..agaknya , cam leceh la plak kan, tapi tetap juga keluar berita di tv dan akhbar berkenaan kes kecederaan dan tak kurang juga yang kehilangan nyawa akibat dari itu.

so, iktibar dari tragedi saban tahun.. ingatkan adik2 kita, anak2 buah, anak2 kita atau diri kita sendiri tentang bahaya bermain mercun dan seumpamanya. Sayangai nyawa dan jangan buat menda yang boleh rasa suka, seronok dan akhirnya berduka...

Salam Ramadhan Al Mubarak.
 
12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Alahai..sejemput je buh isi, dok kat tepi2 je..

Thursday, July 19, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

Salam...

dah nak masuk bulan Ramadhan, tentunya ramai yang berniaga juadah berbuka di Pasar Ramadhan untuk menambahkan pendapatan sampingan keluarga....dalam dok mencari rezeki halal tu, kekadang ada antara peniaga yang terlupa akan keberkatan dalam kerja yang dilakukannya.

jujurlah dalam berniaga..
anda bukan berniaga di hentian singah lalu seperti di kebanyakkan lebuh-lebuhraya di negara ini...pelanggan datang dan pergi..

tengok contoh gambar ni...alahai..sejemput je buh isi, dok kat tepi2 je..

...gambar contoh je ni, tapi kalau juadah berbuka 'gaya menipu' sebegini masih wujud dalam hati peniaga-peniaga pasar ramadhan ...apakah kesudahannya ?

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

...Tiada Tajuk !

Wednesday, July 18, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

....kurang semangat aku nak ngePOST entri di blog ini....tak tau lah kenapa?

p/s : cuaca di luar menampakkan kegelapan ...hujan sudah mariii !!

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Panduan Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

Wednesday, July 18, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan (klik link sumber asal)

4.00 pagi , Bangun ..
Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi , Solat Sunat ..
Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. 
Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi , Makan Sahur..  Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi , Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi , Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi , Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh , Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg , Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg , Persediaan Malam Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg , Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm , Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm , Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA !!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

pcl, kalau boleh nak ikut jadual tersebut ...semoga dipermudahkan olehNya, setidaknya adalah panduan  untuk medisiplin diri setiap masa bukan hanya untuk bulan Ramadhan sahaja,....blogging tetap ada , curi2 masa untuk menambahkan ilmu di dada :)

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

BINGKISAN RAMADHAN

Tuesday, July 17, 2012 Nazlee Ismail 19 Comments

SEBELUM MASUKNYA BULAN MULIA TERSEBUT SETIDAKNYA KITA TELAH DIINGATKAN , SEMOGA BINGKISAN RAMADHAN LALU AKAN MENGEMBALIKAN KESEDARAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG SENTIASA PEKA DENGAN KEADAAN.

Ramadhan kali ini datang lagi kepada kita, datangnya seperti selalu dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa untuk hambaNya yang tidak leka dengan kelebihannya

Namun perhatikanlah umatku.... datangnya awal Ramadhan ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv. Lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang bersama Ramadhan bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat? tapi mengapa otakmu ligat berfikir tentang baju raya, kuih raya dan beraya? perhatikanlah umatku itu... dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain? mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?

Perhatikanlah umatku itu... Dia tak pernah lupa untuk berpuasa dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja seperti kata Nabiku dulu sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu virus mengumpat, dengki, bohong, r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya puasanya sia-sia di sisi Yang Esa.. Ramadhan datang umatku tahu di mana Syaitan Iblis diwaktu itu patutnya terasa mudah senang dan ringan beribadat kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu tapi mengapa masih seperti biasa? Puasa seperti tidak berpuasa, maksiat masih menjadi rutin, solat masih berat.... mengapa?

Perhatikanlah umatku itu... gembira dia bila datangnya Ramadhan seronok dia berpuasa.. rupanya Ramadhan adalah pesta makanan baginya dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn sekali berbuka rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah banyak jualan murah potongan harga di sana, potongan di sini.. dalam kepala ingat shopping..baju raya, kuih raya, langsir raya.. setahun sekali katanya..apa salahnya? tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?

Lihatlah umatku itu.... berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza ada yang buat 8 ada yang buat 20... namun terkesankah di hati mereka tujuan tarawikh 30 malam itu? di manakah mereka semasa rukuk, sujud.. di dalam tarawikh itu atau luar sana? adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ? tepuk dada,tanya iman...

Lihatlah umatku itu.... Bila Ramadhan bertamu bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja, menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan tapi...di manakah umatku ini selepas Ramadhan? Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali... di manakah kesan latihan di Bulan Mulia itu?

Lihat umatku itu.... Ramadhan ialah bulan yang Mulia dan dijanjikan banyak pahala.. katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu' tapi.... bila berlalu Ramadhan.. al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan. al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang untuk Ramadhan sajakah al-Quran? untuk kematian saja kah al-Quran?

Lihat umatku itu semakin hampir Ramadhan kepada Syawal, semakin sedikit masa Ramadhan yang ada dengan mereka semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal . Rendang, ketupat, langsir raya, baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak. Lupakah umatku itu di mana Nabiku dan sahabatnya dikala 10 malam terakhir Ramadhan? Tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini? Cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga malas mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu?"

*nukilan permatahatiku [salinan]

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenapa Ramai Orang Yang Tak Kawen2 ?...

Monday, July 16, 2012 Nazlee Ismail 17 Comments

...kat luar sana kan, rata rata ramai yang masih solo... tak kira kaum cina, india dan melayu , masing masing duk pertikai konon konon kawen ni terlalu banyak risiko

 ..antara jawapan yang  didengarkan adalah berkenaan dengan masalah duit dan orang tak mahu ..yeke ? erk...takde jodoh !

dan kepada siapa yang belum kawen tu , meh sama sama kita berkongsi pendapat kat sini...kenapa / pasai apa / awat ?

pcl : bukan eksen...tapi saja nak tanya korang !

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih Kepada Mak encik Sz...

Monday, July 16, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

Assalamualaikum.. terima kasih mak encik Sz...

http://syimirmikail.blogspot.com/

tahniah PCL, antara teman blogger yang aktif berblogging! best tau banyak tip2 rumahtangga bahagianya bersama mamaD & 2 anak dara suntinya ... :) - mak encik Sz
..terima kasih sebab apa...klik la link tersebut.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jimat Kos : Sejak Mula Kahwin lagi...

Sunday, July 15, 2012 Nazlee Ismail 23 Comments

Assalamualaikum...

... saya maafkan anda kalau anda di antara pembaca berkata yang saya (entri) ni nak menunjuk2., tak..tak..cuma sekadar berkongsi apa itu nikmatnya hidup berpasangan...yang kami lalui bersama.

Ini lah hakikatnya, saya tak pernah gunting rambut di kedai2 gunting atau ke salon untuk cuci rambut selepas 15 tahun bekahwin dengan mamadiana.

mulanya dulu agak ragu2 juga nak sua kepala nih ...maklumlah dia cuma pernah gunting rambut kanak2 jer tu pun jarang sekali....dan sekarang dah biasa malah tiap sebulan sekali menjadi rutin .

Setakat nih , alhamdulillah..memuuaskan.

PCL : "saya tak boleh berambut panjang..pening kepala"..

23 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Get paid for the time you spend online with TOPLINE !

Sunday, July 15, 2012 PCL 13 Comments

Assalamualaikum n Good day to all my blog readers.

This is an interesting opportunity.

Get paid for the time you spend online! 

TopLine is a simple browser add-on. 
TopLine replaces ads on the websites you visit with ads from the TopLine network.
Advertisers pay us, and we share that revenue with you.
Refer friends and be rewarded for the time they spend online too! 
TopLine doesn't sell your personal information. 

You won't even notice TopLine running. 

TopLine is easy to download. Get started in a matter of minutes!
TopLine doesn't affect your browsing experience.
Ads served from the TopLine network look nearly identical to the ads you would normally see.

About Our Company 

TopLine is a Los Angeles startup founded in November 2011. We believe that traditional online advertising models can be improved. We believe that users should be rewarded for the ads they see while surfing the web. We're doing our best to partner with ad networks and make magical things happen.

Join Topline here (click)

****** ** ******

Bagaimana Topline berfungsi?

Selepas anda mendaftar (ikuti langkah2 yang sangat mudah) , setiap paparan skrin yang dilayari akan kelihatan ikon 'T' pada iklan-iklan berbayar pada website tersebut (cth : Blog, facebook dan seumpamanya). Seterusnya memberikan poin kepada pendaftar.

Contoh seperti dibawah :

Lakukan aktiviti melayari internet anda seperti biasa.

Ini adalah contoh poin yang telah diperolehi oleh mamadiana untuk sehari  (lappy yg digunakan didaftar atas nama beliau) : *bergantug kepada kekerapan anda melayari internet.

Sekadar berkongsi , tak rugi saya mengajak anda mendaftar . Ia adalah percuma.