Selamat Hari Merdeka 2012 : Bersyukurlah !

Friday, August 31, 2012 Nazlee Ismail 14 Comments

Kemerdekaan Negara kita, Malaysia pada 31 Ogos 1957 telah diulang sambut perayaanya kali ke 55 pada tahun ini.

SELAMAT HARI MERDEKA 2012, Negara yang aman makmur bahagia....InsyaAllah bahagia dalam pemahaman masing-masing.

Dalam melaluinya usah kamu lupa pada kesusahan, boleh jadi kesusahan itu yang membahagiakan kamu . Usah lupa pada musibah yang menimpamu, boleh jadi musibah itulah yang merawat penyakit hatimu.

Ramai orang yang inginkan kesenangan di dunia, tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun diperolehi tanpa memerah keringat. Kesenangan memiliki pancaindera yang lengkap, mempunyai tempat untuk memayunginya daripada terik mentari dan menyelubungi kesejukan di pagi hari.

Ada yang tidak memiliki kereta, tetapi dia memiliki motorsikal. Ada yang tidak memiliki motorsikal, tetapi dia memiliki basikal. Ada yang tidak memiliki basikal, tetapi memilik sepasang kaki untuk berjalan. Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga daripada kereta, motosikal dan basikal, kerana ketiga2nya memerlukan kaki untuk menggerakkannya.

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur.....bersyukur kepada Alla swt.

>sumber dari fb Laniaz Nadiba

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tilapia Masak Tiga Rasa

Thursday, August 30, 2012 Nazlee Ismail 17 Comments

.....menu tengahari mamadiana untuk kami sekeluarga.

saya beli ikan tilapia masa berkunjung ke pasar borong Kanchung Darat Banting...pasar tu lebih dikenali dengan nama Pasar Kemboja  ( 2km dari pusat bandar).

Banyak longgokan ikan air tawar pada masa tu dijual.. saya dah pernah beli beberapa kali sebelum ni, rasa isi ikannya kalau dimasak...memang best!.. tak berbau 'longkang' langsung..manis je emmmh!!.

*cari yang terbaik untuk anak isteri makan, .. makanan yang baik  tidak semestinya yang mahal- mahal harganya .

ada jugak kekadang tu boleh 'potong stim' la kalau dah masak sedap2 tapi baunya buat tekak tak selera..

pcl; ..asal hemah berbelanja, bijak mencari..dan  kebahagiaannya sama-sama dirasa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dato' LF : "Saya suka orang datang ke rumah saya...ia bagai rezeki bagi keluarga saya"

Wednesday, August 29, 2012 Nazlee Ismail 15 Comments

...suka sangat bila dapat berhubung melalui telefon dengan YBhg . Dato' LF pagi tadi, ...keriangannya terserlah dari suara yang didengarkan....senang rasa hati punyai sahabat blogger yang begitu tinggi nilai persahabatnnya...

Siapa tak kenal dengan Blogger Luah Fikiran, Dato' LF ?

Perjumpaan yang lalu

 ...mungkin sebahagian kecil saja dari kita, tapi itu tak jadi kesah...

Tujuan saya adalah untuk menghebahkan lagi kepada pembaca-pembaca blog ini khususnya , iaitu berkenaan :

apa yang telah dirancangkan oleh Blogger Kakcik ,  Blogger AzieAzah  berkenaan Perjumpaan  Blogger tersebut , saya sejujurnya sangat-sangatlah menghargainya.. Dato' dan Datin sekeluarga selaku tuan tanah sememangnya mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat semua.

DATANG JANGAN TAK DATANG ! KITA NI BUKAN NAK MAKAN SANGAT TETAPI KITA NAK BERTEMU, KITA NAK  MERAPATKAN UKHWAH SESAMA KITA. KALAU ADA YANG TAK KENAL TU, MAKA KITA AMBIL PELUANG INI UNTUK  BERKENALAN.  - (LF)

so, apa lagi ....jemputan sudah ada, teruskan langkah untuk berukhuwah sesama blogger di alam rialiti pulak....

Walaupun  ramai blogger dan yang juga bukan kalangan blogger sudah pernah bersua muka di sana sebelum ini, seharusnya tradisi yang baru bermula ini akan diteruskan , insyaAllah kita bersama  lagi. pada (23 September 2012).

Sila rujuk blog-blog yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

http://luahfikiran.blogspot.com/2012/08/jemputan-ke-perjumpaan-blogger-23-sept.html

http://kakciknurseroja.blogspot.com/2012/08/jom-kita-berjumpa-lagi.html

pcl ; sekadar menghebahkan, maafkan saya kalau ada keterlanjuran kata selama ini.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih : BoniKacak, Deno, Fairus, Suzi Sz dan Afaz.

Wednesday, August 29, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Boni Kacak
adik Deno
Fairus Mamat
Dr Suzie aka makencik Sz
Bakal Pengantin AFAZ

..entri khusus untuk mereka yang mengirim kad raya kepada saya...dan yang teakhir saya terima adalah petang semalam (kad kawen AFAZ).

Saya terima dengan rasa gembira sesangat..besar ertinya walau hanya sekeping kad ucapan saja serta kad jemputan...terima kasih dengan ingatan tulus ikhlas.

Blogger Sz siap kirimkan duit raya Cambodia 100 lagi..haha terbaiklah Sz..dah melekat pada pintu fridge dgn FM Sabah yg saya menangi tempohari.

... jemputan Walimatul urus daripada Afaz..Tahniah kepada Afaz dan pasangannya..sabar dalam debar menanti hari bersejarah anda.

pcl ; mampu balas dengan senyuman dan ingat semoga ukhuwah terus berpanjangan..T. kasih.
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Teh O panas nipis kurang manis !

Tuesday, August 28, 2012 Nazlee Ismail 15 Comments

kredit ..gambar

wuhuuuu..air hidung meleleh leleh dah tu...kesian mamadiana  lalink ku...ahak !

apa yang suaminya boleh tolong.....buatkan teh o panas nipis kurang manis..memalam macam ginie okay jugak..

haha..siap !

biar selsema tu mengalir keluar..biarkan habis stok tisu di rumah nie...asal lalink ku selesa.

Pcl ; ..buat sesuatu yang mengembirakan pasangan di kala Ia sedang sakit/kurang sihat...moga dirinya akan terasa dihargai...insyaAllah bahagia berpanjangan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hanis Umairah : Saya suka bank !

Tuesday, August 28, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

..kebetulan hari nie Hanis umairah balik awal dari sekolah sebab sekolahnya ada buat jamuan sempena hari raya aidil fitri., pukul 12 tgh lebih dah boleh balik rumah..

Suka sangatlah dia..

Saya jemput dia dan terus ke bank.  Buku simpanan akaun Bank Rakyat dan  buku akaun kakak Nurhusnina juga ada dibawa  bersama..

...sejak cuti di kampung lagi dia dah ajak saya simpan duit raya yang dia dapat..kira banyak  juga lah jumlahnya ,  tu pasal masa yang ada sedikit nie saya luangkan untuk menemaninya di bank.... sebaiknya, teladan yang baik seharusnya bermula dari ibubapa. Kita yang sepatutnya kena menggalakkan mereka.

kalau nak diikutkan, saya sendiri  pon boleh bank-in tapi saja...saja nak bagi dia merasa bertapa nikmatnya bila boleh simpan duit sendiri ke dalam akaun bank , apa lagi kalau dah pandai menilai angka-angka yang tercetak di dalamnya. Duit Raya ini merupakan simpanannya buat kali kedua setakat ini.

*yelah kan.. saya masa sekolah rendah dulu pon macam tu jugak..kirim kat guru kelas tolong  masukkan 'duit kutu' ke dalam akaun bank..haha.

...setelah buku akaun dikemas kini, kelihatan Hanis Umairah tersenyum..senyum puas dan lega...risau dibuatnya sebelum ni , selalu saja kira duit.. takut duit rayanya terbelanja atau kehilangan.. :)) hurmmm!!

pcl; "asal bijak merancang...insyaAllah cerah masa depan"

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suka Sangat Bila Dapat Sesuatu Pemberian.

Tuesday, August 28, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

alahai Dj Epoi, sahabat saya di Hot Deejay.net...sesuatu yang tak disangka, malam ni (semalam) saya terpilih sebagai pendengar yang bertuah....pendengar radio online yang sedang hangat diperdengarkan..."Jangan Bikin Panas..Walaweiii !!"

tak rugi bersahabat dan saya mengajak anda pembaca blog ini....jadilah sahabat dalam group ini : http://www.facebook.com/groups/392567907443194/

terdapat banyak kejutan yang menawarkan hadiah menarik di wall group ini antaranya ialah...teka-teki, teka lirik lagu, teka gambar dan sebagainy...memang menarik di samping pendengar setia serta Deejay-deejay bertugas yang sangat peramah.

update dari wall fb Djepoi Epoi           Djepoi Epoi selaku Boss hotdeejay :

KEJUTAN BUAT SAHABAT TERPILIH malam ini .....
Anda Iklas MEMBANTU .....Kami IKLAS MEMBERI.......
Anda terpilih kerana anda SAHABAT yg banyak memasukkan SAHABAT PENDENGAR BARU kesini.
Nazlie Ismail this is for you......
IKLAS dari HOT DEEJAY

Santai dengan Hot Deejay ....Jangan  Bikin Panass...Walaweiiiiii !! dengarkannya sekarang melalui klik pautan berikut :

♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫

★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/

pcl : ...suka sangat bila dapat sesuatu pemberian yang tak disangka-sangka.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Saya nak duit raya Cik Misya!!!

Monday, August 27, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

wokayyy..wookayy....nak bersama sama saya dapatkan duit raya dari Aimi Syahirah (klik sini), katanya mudah jer caranya...hahah, kita support  rakan blogger okay !

kisah kecik2 dulu masa dapat duit raya, ...sekarang ni takde lah lagi dapat , tiba giliran anak-anak saya la plak...sebenarnya saya lebih suka memberi dari meminta duit raya...., dapat  memang dapat duit raya dari sedara mara...banyak la jugak, tapi bila dah banyak dan beraya rumah kengkawan  lain.. saya plak akan bagi duit yang saya dapat tu pada dorang...haha bajet dewasa la katakan..

sudahnya , orang lain boleh buat bajet beli memacam ...saya buat bajet nak tambah pahala kononnya lah, hik..hik..hik sebenarnya habuk pon tarak !...*niat tak betul agaknya pada masa tu.

Ini soalan cepumas dari saya kepada penganjur : Apa yang nampak di sini kerjaya anda sebagai modeling (kalu salah..maafkan saya) ...adakah ia mampu membawa pulangan lumayan berterusan yang boleh menjamin kehidupan masa depan anda?

ucapan, Selamat Hari Raya maaf zahir batin...semoga anda sukses dalam bidang yang diceburi.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hari-hari makan daging...daging...dan ayam, ...mana boleh tahan !!

Monday, August 27, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Salam....masih mood raya ea, ...saya balik lunch sekejap kat rumah...

...mamdiana , now to open table for our lunch with 'gulai kepala ikan patin'...hari2 makan daging...daging...dan ayam, ...mana boleh tahan,  menu raya tolak tepi dulu....next month baru boleh timbang berat badan nih...

*haha , anak gajah tu pon takut timbang berat weii...wakaka !!

... sejak pepagi tadi lagi...wall fb sahabat2 saya ada antara mereka menyatakan yang  mesin timbang berat mereka yang sedia ada dah 'rosak'....walaweiii.!! eh eh..apa kes tu sebenarnya? ..gentlemen memang lah tak kesah sangat fasal timbang berat nih ..asal sedap makan, belasah jer !

saya sampai sekarang nih belum sempat lagi ...belum sempat ye.., bukannya takut hahaha....teringin gak nak tau samada ada perbezaan sebelum puasa dan selepas raya .....apa2 pon makan puas2 dulu selagi masih ada majlis open house or something special dari masakan yang tersayang...kesian kan ..penat2 dorang sediakan untuk kita.... kan...kan !

gulai kepala ikan patin...mai la Banting...kalau nak jadi rezeki hagpa....silakan!

next entry saya upload gambar....huhu , itupon kalau sempat lah...

pcl ; tak perlu risau nak timbang berat badan eh.. kalau alat itu namanya 'penimbang berat' (weighing scale) ....hehe :)))

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

"Selamat Berbelog dengan header terbaru PCL !!"

Monday, August 27, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

...entahlah apa yang saya buat nie ok ke tidak ?....kalau tak pon...emmm, setidaknya ini adalah apa yang saya mahukan....

mahukan sedikit kelainan untuk dipersembahkan selepas ini melalui entri-entri di blog ini.

harapan saya .....yeah, blogging mau ikhlas perlu ada pada setiap diri seseorang blogger.

"Selamat Berbelog dengan header terbaru PCL !!"

pcl; ...selamat kembali memulakan tugas anda .

Posted by Picasa

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Assalamualaikum...mohon support ikhlas dari anda..

Sunday, August 26, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Assalamualaikum...mohon support ikhlas dari anda..

HARI SE RADIO HOT DEEJAY bertujuan utk cipta REKOD PENDENGAR paling HOTS di HOT DEEJAY -mohon ajak kawan kawan dgr radio ini.....pendengar yg ke 99 akan menerima HADIAH dari HOT DEEJAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!hanya sehari sahaja HOT DEEJAY BOOK RECORD

Santai dengan Hot Deejay ....Jangan  Bikin Panass...Walaweiiiiii !!

♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫

★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/

Link 2 :~♥ http://69.65.47.132:8000/listen.pls 

pcl : boleh join group ni....semuanya ramah-ramah belaka, tak caya ...cuba la !! http://www.facebook.com/groups/392567907443194/

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Get Ready Sungai Petani to Bantimg : ..macam berat nak angkat kaki..

Saturday, August 25, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

..di pagi Sabtu nan indah... duduk termenung mengenangkan rumahku syurga ku di Banting yang di tinggalkan lebih seminggu..

camana lah agaknya ...Akak  (nurhusnina) plak baru teringat yang dia basuh baju tapi terlupa nak 'hanging' kan penuh satu washing machine...halamak! *sambil geleng2 kepala.

perkara dah lepas tak perlu dikecohkan..tengoklah apa jadi pada kain baju tu bila sampainya di sana nanti.

semuanya 'kalang kalibut' mengalahkan robot buat keja tanpa henti masa buat persiapan balik kampung tempohari...kesian mamadiana my lalink ahak.. ahak..

hari ni plak nak siap2 balik ke tempat mencari rezeki..dari malam tadi mamadiana dah ready awal lagi.

....rumah 'maktok' walau tak besar mana tapi kalau mencari benda cukup payah nak jumpa..mungkin juga telah diporak perandakan oleh 'rakyat jelata' yang baru nak mengenal kemeriahan berkumpul sanak saudara.

sambil menaip entri ni..satu persatu bag pakaian dijinjing ke dalam boot kereta..tak banyak mana pun tapi padat gak lah..

mamadiana , anak2 dara sunti saya...cam berat jer nak angkat kaki lebih2 lagi adik (hanis umairah)

pcl; ..sama sama doakan perjalanan kami dipermudahkan olehNya.

babai Sp.

Published with Blogger-droid v2.0.6

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kunjung Mengunjung Raya : Dj Epoi di Kulim Kedah.

Friday, August 24, 2012 Nazlee Ismail 5 Comments

salam...

sebahagian dari gambar yang sempat dirakam di suasana hari raya yang masih panasss..lebih panas lagi bila diceriakan dengan rakan maya terbaru..Hotdeejay walaweiiii..!

mereka ini rata-rata bukanlah dari kalangan blogger sebenarnya walaupun ada segelintir daripadanya bertapak dari blogspot juga.

...Dj Epoi adalah rakan blogger saya semasa beliau pernah menjadi salah seorang blogger tegar suatu ketika dulu..bermula dari itu, ukhwah terus terjalin walaupun agak sekian lama juga tak berhubung di alam maya.

...sehingga beberapa bulan yang lalu kami dipertemukan kembali, bukan lagi di alam blogger tapi
secara kebetulan dengan kehendakNya juga di HotdeejayFm di mana beliau sendiri sebagai
pemilik kepada jenama radio online terhangat masa kini.

kunjungan saya dan mamadiana bersama-sama dengan rakan persekolahan iaitu DjFirul ..iaitu salah seorang Dj fofuler utara dari 'Nibung Tebel' bersama pasangannya dan juga rakan-rakan hotdeejay yang lain turut sama memeriahkan suasana di sana.

pcl;..warga hotdeejay memang sempoi!!..jika anda mahu bersama HotdeejayFm..dengarkannya dengan klik baner hotdeejay di atas dan jadilah rakan HOT bersama mereka....Jom kita!

Published with Blogger-droid v2.0.6

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak Puas Selagi Tak Dapat : Banjir di pagi raya ?

Thursday, August 23, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

assalamualaikum..
salam Syawal ke 5, syabas kepada anda yang sedang berpuasa 6.
...semalaman di Sungai Petani hujan rahmat turun dengan lebatnya...bertambah sedap bila melayan tidur dalam kekenyangan makan juadah rumah terbuka raya.ketupat rendang dan sebagainya. Bertambah suka lagi bila mak mertua masak nasi tomato bersama lauk pauk yang sedap sangat..
masa sedap makan memang tak ingat langsung fasal kejadian tahun lepas..makan sampai nak pitam sebab kolestrol naik mendadak !
..tapi itu kisah tahun lepas, sepatutnya ia dijadikan iktibar.
hermmm...
saya ..
awal pepagi lagi dah bangun..teringin sangat nak sarapan roti canai kuah banjir.
..terus ke lokasi berdekatan dengan masjid jamek Tama Ria , deretan warung bawah pokok memang menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar di sini, musim cuti perayaan macam ni
memang jem lah ..jem dengan manusia yang seolah olah kelaparan di pagi hari...walaupun makanan masih banyak di rumah memasing..beginilah lumrah manusia, tak puas selagi tak dapat..haha betoi kan!
kalau nak diikutkan rasa roti canainya macam biasa ja tapi yang menjadi tarikan adalah kuah bermacam jenis..boleh buat pilihan antaranya ialah gulai ikan kembung, daging, ayam, udang dan kuah dal bersama sambal ikan bilis..
memang sempoi..lagi lagi kalau pesan roti canai kuah banjiro..
tak cukup sekeping pasti nak tambah lagi !!
pcl;..ini yang dinamakan diet bulan Syawal :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lontong Raya Mak Kiah !...sekali makan pasti nak lagi

Monday, August 20, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

sedap eh  ?...emmm..

Lontong...makanan febret orang Johor, tapi sekarang nih tak payah susah2 nak ke sana...merata tempat pon ada, tak semestinya dalam perayaan aidil fitri/aidil adha saja jadi juadah hari raya...hari2 biasa pon boleh dapatkannya...

petang nih mak mertua saya buat lontong kaww...untuk tetamu yang nak datang beraya...

Puas pusing 1 SP cari santan segar....santan kotak tak pure katanya,  kami suggest guna santan  segera je...mudah! tanpa kolestrol, tak mau plak dia....

jangan jadi anak menantu derhaka yer sahabat2......segala kemahuannya orang tua kita, kita kena turutkan , lebih2 lagi di bulan Syawal yang mulia ini....haaa kan baru je bersalaman ampun dan maaf.., .tak gamak rasanya nak mengguris perasaan orang2 tua...ahak2 ...

tu dah siap dah pon...LONTONG MAK KIAH !...tunggu tetamu je datang @Sg Lalang Sg Petani Kedah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA...sila oh sila lah..MAAF ZAHIR BATIN

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Taqabbalullah minna waminka...

Saturday, August 18, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

tiada ucapan seindah bahasa pada malam ini ...buat umat Islam yang merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa

Ramadhan pergi Syawal tiba....

ALLAHUAKBAR...ALLLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...WALILLAHILHAM...
Ucapan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin diikuti dengan Taqabbalullah minna waminka semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu..insyaAllah.

.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih Segalanya Di Hari Lahir Ku..

Thursday, August 16, 2012 Nazlee Ismail 17 Comments

...hari ulang tahun kesahnya....

..yeah, dah sampai Sp syukur alhamdulillah, hari ni terbangun lewat sikit selepas makan sahur dan solat subuh tadi...
malam tadi berjaga terus ...drive dari Banting.

sesuatu yang mengembirakan bila kali pertama sambut my birthday dalam keta dengan anak-anak dan isteri tercinta. hahaha ...tak leh nak lupa, kebiasannya pemanduan saya akan terhenti di beberapa RnR hiway PLUS...tapi kali nie tidak ! mata yang selalunya buat hal macam tau2 jer akan diraikan sempena besday tuannya.

sambutannya sempoii !...takda kek...tak ada makan2....yang lebihnya perbulan kami suami isteri dan berselang seli dengan pangilan telefon dari anak buah kesayangan dan sms rerakan.....selalunya senyap sunyi jek melayan pemanduan yang 'sangat berhemah'....haha.

part yang paling best...ucapan dari yg tersayang...juga keluarga terdekat, rakan sekolah lama, rakan sekerja, sahabat bloggers, sahabat Fb...dan sahabat2 baru di Hotdeejayfm...ada yang siap buatkan greeting card lagi...

kredit kpd  Synn Suarez

dan juga mereka yang mendoakan...

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Selamat ulangtahun kelahiran.....ya Allah, pada detik kelahiran sahabat ku ini, dia suci daripada memungkiri perintahmu, maka pada hari ini ampunkanlah dosanya sesuci kelahirannya, ya Allah, sewaktu dia mula melihat dunia, dia telah diazankan & diiqomahkan dengan seruan agamu Mu, maka janganlah engkau biarkan dia walau sekadar sekelip mata a
tau kurang daripada itu, ya Allah, dia amat lemah dengan ujian Mu, tetapkanlah hatinya pada agama Mu & sentiasa mentaati perintah Mu serta didiklah dia dengan al-quran & sunnah rasul Mu..ya Allah, aku sayang kepadanya, jadikanlah dia dikalangan tentera Mu & jauhkan dia dari melakukan maksiat serta terimalah ibadahnya agar dia tidak mencium azab Mu..ya Allah..berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat Mu, sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya..Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya, agar dia tidak lupa kepada makhluk Mu yang lain..ya Allah,terimalah doa hamba Mu yang kerdil ini kepada sahabatnya..Amin 
Mohd Tarmezy Yahaya

pcl, terima kasih segalanya..,n  tq mama Maszull.

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Salam Aidil Fitri Untuk Sahabat-sahabat Blogger

Wednesday, August 15, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

Salam sahabat bloggers.

 ...aduuuhai sayunya rasa bila mendengar lagu2 raya..lebih2 lagi lagu Dendang Perantau dan lagu Balik Kampung di Hotdeejayfm.walaeeeiii.., mood raya semakin memuncak di hati anak2 perantauan...kat opis nie pon tak berapa 'kerat' je yang tinggal setia berkhidmat..esok kebanyakkannya lastday keja tapi saya petang nie dah memulakan perjalanan ke kampung halaman , insyaAllah.

Di kesempatan ini saya mohon ampun maaf zahir dan batin selama kita bersahabat di sini...segalanya mohon dihalalkan ...Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri  (tak berapa hari lagi dah nie..)

Terima kasih dengan kunjungan anda ke sini, harapan saya dan keluarga juga.... anda jangan segan2 beraya di rumah p c l  (minggu ke 2) ..di alam nyata plak.. insyaAllah.

pcl; email / pm fb utk bertanyakan  alamat rumah saya.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perkongsian sebelum perjalanan balik cuti raya !

Tuesday, August 14, 2012 Nazlee Ismail 19 Comments

Assalamualaikum wbt,..

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG DI SINI. ADALAH DIHARAPKAN AGAR KITA SEMUA BERHATI-HATI DI JALANRAYA KETIKA PULANG BERHARI RAYA DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING BERSAMA KELUARGA TERSAYANG..:)

apa yang kebiasaan saya lakukan untuk perkongsian bersama, ....sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung kami menunaikan solat Hajat dua rakaat  serta memohon doa seperti  berikut : 

 "Ya Allah Ya Tuhanku, sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang, dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri. Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat mencari rezeki dengan selamat....Amin" 

Setelah itu, apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

 "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

insyaAllah..sesama kita lakukan yang terbaik dan berserah kepada Yang Maha Esa.

untuk makluman juga..saya akan bercuti raya dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos ini. (3 hari je pon ambil cuti, 2 hari cuti ganti dan selebihnya cuti umum...walaweii!!) , jadi ...insyaAllah esok lepas waktu kerja...berangkatlah kami sekeluarga....doakanlah perjalanan kami erk !...terima kasih segalanya.

p/s : nak beraya ke rumah pcl ??...emm boleh jer :) *email kpd sy utk alamat lengkap.

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau beli, camana nak dapatkan 'LEMANG ORI' masaknya...

Monday, August 13, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum wbt...

Salam ceria...dah mohon cuti raya ke...amacam dah lulus ?

beli lemang ke atau buat bakar sendiri...?

kalau beli, camana nak dapatkan 'LEMANG ORI' masaknya...huhu. (ada kes yang terbeli lemang kukus...alahai kesiannya)...bole di makan tapi lemang bakar tetap de best !

ok, *aceni yer kengkawan :

Tentukan buluh bekas lemang tu merata kuningnya. 
Kalau buluhnya kehitaman tentu lemang di bahagian tersebut berkerak walaupun cukup masak. 
Tentukan ia tidak terlalu berair di bahagian atasnya. Juga tidak terlalu kering kerana jika terlalu kering, kemungkianan bahagian dalamnya mentah adalah besar. 
Tentukan daun pisang, pembalut lemang itu telah melecur serata, dan apabila di hentak2kan ia tidak melekat pada bahagian dalam buluh. 
Lihat bahagian atas lemang yang boleh dilihat samaada masak atau tidak. Ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran bahagian yang di dalamnya.

pcl ; kena cerewet sikit bab2 membeli lemang nih....bukan main sambar jek ..bayar dan blahh !! , tau la depa (peniaga) susah payah nak buat/masak lemang...tapi kita (pembeli) plak ada hak menilai dengan harga yang sepatutnya itu..

"Selamat Berpuasa dan Salam Aidil Fitri yg bakal kunjung tiba".

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tiada Alasan Sebenarnya bagi kita...

Sunday, August 12, 2012 Nazlee Ismail 13 Comments

meninggalkan solat dengan sengaja...

Assalamualaikum WBT...salam pagi Jumaat yang mulia...

Terlintas difikiran ini untuk saya share apa yang pernah dibaca setelah blogwalking...,
sebenarnya berjalan2 di sini adalah angat bagus dan tidaklah memenatkan....cuma perlu menekan2 button keyboard kepada URL yang bersesuaian....banyak benda bole kita ambil iktibar atau pelajari untuk muhasabah diri....tapi ingat!..jangan sesekali melalaikan tanggung jawab kepada Allah yang utama dan kepada orang2 sekeliling kita...

Berbalik kepada tajuk ....sememangnya tiada sebab untuk kita meninggalkan solat yang wajib...lihat saja gambar seperti di bawah ni...

ini adalah salah satu contoh orang yang menganggap kekurangan pada dirinya bukan lah satu alasan untuk dia meninggalkan solat..

Kebiasaannya pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah (sibuk pergi open house contohnya), tak ada masjid/surau lah dan macam2 alasan lagi..

Yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat juga kononnya takut ....takut dipanggil 'alim, sedangkan kita mengetahui solat adalah kewajipan bagi setiap orang Islam.

p/s : Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

wallahu'alam.

Rujukan : sumber

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apa nak pening2 fikir berapa banyak PDRM pasang kamera nie

Friday, August 10, 2012 Nazlee Ismail 17 Comments

Berikutan dengan penyebaran berkenaan lokasi-lokasi  tersebut , terdapat statment mengatakan  "kalau dah beritahu , baik tak payah pasang... kan tujuan asal untuk mengelakkan daripada pengguna tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang perjalanan, tapi kalau dah beritahu.... cuma tempat2 ada kamera saje yang perlu berhati2, tak laju ...tak potong kiri dan macam2 kesalahan lagi ".

Sebenarnya semua adalah bergantung kepada sikap seseorang...sikap pemanduan yang berhemah di jalan raya !

Bagi yang belum tahu boleh lah merujuk senarai di bawah sebagai panduan seperti yang telah disebarkan di internet :

sumber gambar : amekaw.com

PLUS Arah Utara
■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS Arah Selatan
■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE Arah Timur/Utara
■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE Arah Barat/Selatan
■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km■ Below railway bridge at 11.2km■ Under the bridge at Shah Alam junction.
Lebuhraya Kesas Timur
■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.■ Kesas West Bound■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesas – Klang
■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
Leburaya Pantai Timur
■ East bound, downhill run after Raub junction.■ Maran, 60km/h zone.■ Paya Bungor, 70km/h zone.
Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■ Tangkak junction.■ Under the bridge after Yong Peng■ North junction at 97.3km.■ Ayer Hitam junction.■ Sedenak junction.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.■ Before Perwaja Steel.■ Sg Petani junction.■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h
Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
Kawasan Perak Arah Selatan
■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

pcl ; ...apa nak pening2 fikir berapa banyak PDRM pasang kamera nie.. lantak dorang le..die nak ambik gambor pemandu yang degil... selagi patuh dan ikut je peraturan had laju apa ada hal....lakukan pemanduan macam biasa jer..patuhi peraturan undang-undang di jalan raya. InsyaAllah SELAMAT !

P.S / Setelah berbillion duit ditabur sekarang nie tiba masa untuk kutip balik

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Daging itik berbeza daripada ayam kerana ia lebih manis, kenyal dan strukturnya pula tebal dan berlapis..

Tuesday, August 07, 2012 Nazlee Ismail 25 Comments

ITIK PANGGANG  (roast duck) 

Terasa ingin membuatnya sendiri setelah membaca artikel di bawah. Kalau lalu di lorong-lorong jalan selalu nampak kedai-kedai bangsa Cina ada menjual 'itik gantung' , Itik panggang ini dah tentunya tidak  halal bagi orang muslim makan. Takde lah terliyur sangat tapi disebabkan aku pernah makan itik sebelum ni, ada keinginan nak makan.. dan nak buat sendiri ..

"sengaja taknak tunjuk itik yang sudah siap dipanggang.....nanti ada orang  kecor air liur pagi2 ni.... !!"

KUALA LUMPUR: Segelintir masyarakat Islam berkeinginan mencuba itik panggang terutama ketika berbuka, namun bukan mudah mendapatkan makanan itu disebabkan ia tidak halal berikutan biasanya diusahakan oleh peniaga bukan Islam.
Justeru, kesukaran mendapatkan itik panggang halal mendorong tiga sahabat menyediakan sendiri juadah lazat itu dan menjualnya di bazar Ramadan di Seksyen 13, Shah Alam, SS18, Subang Jaya dan SS6, Kelana Jaya sejak tahun lalu.
Menurut Muhammad Syafiq Khor Abdullah, 41, dia bersama rakan, Fairus Jahari, 34, dan Zamhuri Yacob, 30, mula menjual itik panggang halal di bazar Ramadan selepas menyedari tidak ramai peniaga bazar berkenaan menjual makanan itu walaupun permintaannya tinggi.
Katanya, penyediaan itik panggang yang rumit juga menyebabkan mereka hanya menjualnya setiap kali menjelang Ramadan, di samping memberi kelainan juadah untuk berbuka puasa kepada umat Islam.
“Itik biasanya dimasak gulai oleh orang Melayu, tetapi orang Cina lebih suka panggang. Bagi penggemar itik panggang di kalangan umat Islam, bukan mudah mendapatkan daging yang halal kerana ia biasanya dijual peniaga keturunan Cina.
“Oleh itu, saya dan rakan mengambil inisiatif menjual itik panggang halal yang disediakan sendiri bermula daripada proses memerap daging dengan rempah khas dan memanggangnya sebelum dijual terus kepada pelanggan,” katanya.
Muhammad Syafiq berkata, daging itik halal diperoleh setiap hari yang dihantar kepadanya dari Perak dan Pulau Pinang bagi memastikan kesegarannya terjamin sebelum memulakan proses memasak selepas solat Tarawih, pada jam 10.30 malam.
“Daging itik dibersihkan terlebih dulu dengan membuang isi perutnya dan dikeringkan menggunakan kipas angin selama dua jam.
“Selepas dikeringkan, daging itik diperap dengan campuran rempah jintan manis, bunga lawang, biji adas, kulit jeruk, halia, serbuk oat, lada, garam dan sirap maltosa selama lima jam,” katanya.
Katanya, daging itik yang diperap dipanggang 45 minit dalam ketuhar sebelum diagihkan ke tiga bazar berkenaan.
“Setiap hari kami menjual 150 itik panggang dan permintaan daripada umat Islam menggalakkan, malah ada juga pelanggan bukan Islam turut mencuba itik panggang kami.
“Daging itik berbeza daripada ayam kerana ia lebih manis, kenyal dan strukturnya pula tebal dan berlapis,” katanya.
Muhammad Syafiq berkata, dia menjual itik panggang pada kadar berpatutan iaitu RM38 seekor dan RM20 untuk setengah ekor.
“Selepas dipanggang, daging itik dimandikan dalam minyak panas bagi mengekalkan kerangupan pada kulitnya.
“Ia boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos mengikut selera pelanggan,” katanya. >myMetro

 pcl ; ..kali ini menu berbuka ikut selera 'bapak' plak ye anak2..hehe.., korang tak teringin ke ??

25 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Menu Kita Ramadhan Ini Adalah Menu Anak-anak Sebenarnya.

Monday, August 06, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam...

 ....semoga semuanya dapat meneruskan ibadah puasa di hari yang ke 17 ini dengan bersemangat.
Hari ini juga merupakan kali ketiga juadah yang sama dibuat oleh mamadiana untuk anak kami yang bongsu ini, suka sangat dia dengan popia goreng mamadiana nih... kalau diikutkan apa yang sepesel takda lah sangat, sama juga dengan yang jual2 kat bazar ramadhan tu.
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

...mungkin ini yang membuat popia mamadiana menjadi kegemaran keluarga, 'buat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang'...Hanis Umairah sendiri turut membantu menggulung popia kesukaannya. sempena cuti umum  Nuzul Quraan, banyak aktiviti dihabiskan bersama di rumah saja.

pcl; ..ikutkan saja selera dorang...aptb  (apa pon tak boleh) !

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cakap baik-baik....kita bincang !

Monday, August 06, 2012 Nazlee Ismail 22 Comments

Salam...

Orang yang merantau untuk mencari rezeki di bandar akan berasa cukup puas jika dapat balik kampung pada musim perayaan. Pada masa yang sama, orang yang tinggal di kampung pula seperti menanti kepulangan sanak-saudara dari bandar.

Kegagalan orang bandar balik kampung menimbulkan kekecewaan pula dalam kalangan orang kampung.
maka dengan itu 'semangat' balik kampung raya sentiasa tersemat dalam diri perantau..

Bagi mereka yang masih bujang tiada sebarang masalah namun sebaliknya bagi yang sudah bekeluarga. Tidak dinafikan sesetengah keluarga yang sudah mula merasa ketegangan dalam hal 'balik kampung' di musim perayaan . Saban tahun.,  berpanjangan terdapat pertengkaran rumah suami isteri sehingga terjadinya 'kes berat'.

anda bagaimana pula ? ,

kepada suami isteri yang boleh mengalah tu ok lah kan...terbaik !  ikut giliran yang telah dipersetujui bersama.

pcl ; ....Cakap baik-baik....kita bincang orait, jangan gado2.

22 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semua anda adalah sahabatku

Friday, August 03, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepa
da kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……

Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.

hiasan dari google i mage.

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat Iftar..

Thursday, August 02, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫
★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/

baru nak menggoreng..15 minit lagi sempat kot  !...

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih Tukang Komen Entri Blog PCL (JULAI 2012)

Thursday, August 02, 2012 PCL 22 Comments

Salam..

Tukang Komen yang sporting disenarai mengikut jumlah komen terkumpul untuk sebulan (1-31 Julai 2012) .

ngetop !! : ♥♥ MAMA MASZULL ♥♥

Saya link kan untuk 10 penama blog di sini , anda pemberi semangat untuk saya terus berbelog, Terima Kasih.

Pengunjung di sini boleh la kenali mereka yang sangat  sporting ini : *kepada yang belum ..silakan follow blog mereka : ♥♥ MAMA MASZULL ♥♥ ,  aizamia3 ,  DayangDeno ,  Nyte Am's Life ,  fairus.com ,  - Queen Of Butterfly - , Boni JLL3/Boni Kacak~BabyComel~ Hanya insan Biasa  dan Nurlyla.com

22 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hadiahkan diri dengan doa dan senyuman..

Thursday, August 02, 2012 Nazlee Ismail 5 Comments

Jangan mulai hari ini dengan penyesalan hari kelmarin, kerana akan menggangu hebatnya hari ini, dan akan merosak indahnya hari esok. Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kelmarin jika kita hadiahkan dengan doa dan senyuman.

gambar hiasan dari google image

Doaku hari ini ; ..Ya Allah, tetapkan aku dalam keimanan yang kukuh, datangkanlah kebaikan dan jauhkanlah segala keburukan.

Manusia seringkali berlaku egois. Ketika menginginkan  sesuatu, ia berdoa habis-habisan dan berupaya sungguh-sungguh demi tercapainya segala yang diinginkan. Tatkala berhasil, serta-merta ia pun melupakan Allah. Bahkan ia menganggap bahawa keberhasilan itu adalah hasil usaha dirinya sendiri.

Sebaliknya, bila kegagalan menimpa, ia sering kecewa kerananya. Terkadang ia berburuk sangka kepada Allah dan menimpakan kekecewaannya itu kepada siapa saja yang dianggap penyebab kegagalan tersebut.

Padahal, rasa kecewa, sedih, dan kesal itu lahir kerana manusia terlalu berharap bahawa kehendak Allah harus selalu sesuai dengan keinginannya.