Bihun Sup lagi kaw bila masukkan serbuk kacang !

Monday, January 28, 2013 PCL 21 Comments



pagi tadi....seminggu sekali kami mesti datang punya lah kat warung makan ni, nampak memang kekampungan betul lah kalau  melihat keadaan kedai makan milik keluarga ini..., rasanya mereka ni berketurunan Melayu Champa dari Kampuchea.

dari segi lenggok gaya Bahasa Melayu yang dipertuturkan memang ada slanga seperti orang Kemboja yang kebiasaan berniaga kain baju di pasar sekitar Kanchung Darat, Banting nih..



apa yang menarik dengan menu ini ialah, di setiap atas meja memang dah tersedia segala macam perasa tambahan seperti minyak sotong, kicap, sos, cili jeruk, serbuk cili kering,  serbuk kacang tanah hancur, gula, garam, tauchu, cili boh dan air teh herba (ini memang percuma).

sendiri tarok apa yamg dimahukan.

aku punya mangkok bihun sup daging campur ni cuma ditambah serbuk kacang tanah hancur saja, sebelum tu dah hirup sesudu kuah  untuk merasakan keasliannya dulu...emph ! kalau tak campur pun memang dah sedap tapi... lagi kaw bila masukkan serbuk kacang tu!

@rm3.50 semangkok !.

..alhamdulillah.




21 comments:

  1. Salam.
    Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG SANTAI DAN PANAS. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

    ReplyDelete
  2. kat mana kedai ni? mcm menarik pulak tgk brg2 cmpuran tu..

    ReplyDelete
  3. @Munnafendy, ..ni kat area depan masjid Kanchung Darat, Banting.. jln ke Pantai Morib...singgah le kalau kebetulan lalu sini..7am-1pm setiap hari..mai la, pcl belanja !.

    ReplyDelete
  4. sedapnye...my feveret ni bihun sup!
    salm kenal...done follow sini! tq

    ReplyDelete
  5. KACANG MEMANG BEST... KALAU ABC TARUK KACANG BARU ADA UMMPP..

    ReplyDelete
  6. selalu juga tengo dalam tv, orang2 sebelah vietnam selalu campurkan serbuk kacang dalam mee sup dorang...tapi belum pernah rasa lagilah pulak..

    ReplyDelete
  7. Sambil baca sambil telan air liur ....

    ReplyDelete
  8. Alahhh...terliur nya, mmg terbaik lah cara hidangan kedai nih. biar kekampungan tapi bersih dan mabeles.sedapnya lah haaiiii...:)

    ReplyDelete
  9. Menarik nih.....ada masa saya nak ke sana mencuba :)

    ReplyDelete
  10. Nak try la buat mcm ni....mintak wife masakkan..hihi

    ReplyDelete
  11. wahhh..sedapnya..
    mesti kuah jadi lebih pekat bila di taruk kacang hancur tu kan..

    ReplyDelete
  12. saya tak suka kacang tanah nie..bau dia pon x suka..klu makan bihun sup minta yg biasa je wlupon banyak isi2 campuran yg disediakan..:-)

    ReplyDelete
  13. oh ye eh? tak pernah pula mkn mcm tu..

    ReplyDelete
  14. kalau makan dgr kacang tu yer. serbuk kacang mcm tak pernah jew try.

    ReplyDelete
  15. PCL.. semalam QUeen baru je g ke Morib bawa anak main layang2... hehehe tp dah petang of cozla kedai ni dah tutupkan?

    ReplyDelete
  16. murah dan sedap. di kelate ni pun ada mee mcm ni yg asal dari Kemboja. namanya mee champor. P.S. daddy x guna domain dotmy lagi slepas masalah servernya down tu...serik doh wei! relaku kembali ke blogspot.com aje..

    ReplyDelete
  17. Minyak sotong tu cemana?
    Wahhh tambah serbuk kacang? Wow menariknya menu dia.

    ReplyDelete
  18. Terliur baca entri ni..
    Nak2 ayat yang last tu...... =D

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum PCL...mcm sedap jer mama pun x pernah cuba lagi...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.