Bunuh dapat pahala..., Jangan geli okay !!

Thursday, January 10, 2013 PCL 14 Comments


Salam Khamis malam Jumaat..

aku tension ! ...agak penat dengan kerja seharian., selalunya rileks je banyak tetapi hari ni meeting melampau dari pagi membawa ke senja..

sudahnya balik rumah dah kelewatan tak sempat nak jemaah solat maghrib  dan membaca surah yasin..

okay , tu saja jer bukan nak menunjuk tapi sebaiknya eloklah kita luangkan masa dengan masyarakat 'geng masjid/surau'.



projek tembak cicak


Jangan geli okay !!, aku nak tunjukkan antara gambar cicak2 yang telah dibunuh.




..
Malam jumaat sunat membunuh cicak, memandangkan banyaknya cicak berkeliaran di rumah aku nih. sehinggah merimas suasana dengan bunyi dan najis-najisnya..maka dengan kejadian  ini aku mulakan projek tembak cicak...haha.



Sunnah Nabi  S.A.W.

Ibn Majah pula meriwayatkan:

 عَنْ سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَتْ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا مَوْضُوعًا فَقَالَتْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا قَالَتْ نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الأَوْزَاغَ فَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا أَنَّ إِبْرَاهِيمَ لَمَّا أُلْقِيَ فِي النَّارِ لَمْ تَكُنْ فِي الأَرْضِ دَابَّةٌ إِلا أَطْفَأَتْ النَّارَ غَيْرَ الْوَزَغِ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيْهِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِه  

Maksudnya: “daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.”

(HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

p/s : malam ni saja 16 ekor cicak jadi mangsa,


Cara dapat pahala

sambung sikit lagi...nak bunuh cicak pon kena ada caranya, jangan menyiksa binatang tu...
Di dalam hadith yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadith di dalam sahih Muslim daripada Abu Hurairah R.A. katanya: Nabi S.A.W. bersabda:

 من قتل وزَغة في أول ضربة فله كذا وكذا حسنة . ومن قتلها في الضربة الثانية فله كذا وكذا حسنة لدون الأولى وإن قتلها في الضربة الثالثة فله كذا وكذا حسنة لدون الثانية 

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesuapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.”

[sumber berkaitan]

..
Published with Blogger-droid v2.0.10





14 comments:

  1. Salam,

    Guna racun cicak, aci tak? hik3x sebab geli bila ekornya melenting2 hidup..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Auntie Marina..sy pon guna racun gak. .tak sanggup nk ketuk kepala cicak2 tu kalau dah bnyk sgt..tp mlm td tu sy tembak@lastik sekali kena terus mati...menjawab pertanyaan Auntie, bunuh cara tu aci..ikut keadaan semasa. wallahualam.

      Delete
  2. lastik cicak memang best. tapi kalau terjatuh atas kite mau pengsan!

    ReplyDelete
  3. PCL.. Xsanggup nk tengok. Bkn geli tp mmg dari kecik takut dgn cicak. Menangis bila tengok dekat2.. Huwaaa. Fobia fobia

    ReplyDelete
  4. pnh dulu dgr ada org kata cicak if kita bunuh nnti family dia dtg blas dendam....

    x tau btl ke tak....

    ReplyDelete
  5. 16 ekor? Byk gila cicak kat rumah u bro..hahahaha

    ReplyDelete
  6. TERINGAT MASA KECIK2 DULU.. MEMANG SUKA MAIN LASTIK CICAK DENGAN GETAH 'GUNDU'

    ReplyDelete
  7. Hehehe... kakcik geli! :)

    ReplyDelete
  8. @Fatihahnur..bagus gak kalau dtg semua, cpt skit clear ...

    ReplyDelete
  9. Mujur kat rumah saya jarang jumpa cicak.

    Kat kampung dulu ada sorang jiran lelaki, sejak kecik keja tangkap cicak. Tangkap cicak dgn tangan selamba saja...

    ReplyDelete
  10. masa zaman kecik2 dulu inilah keja Queen dgn abg2.. tembak cicak.. pantang nampak cicak confirm kena tembak.. smp cicak pun takut dgn kitorg... ;) hehehe

    ReplyDelete
  11. Eeee .. gelilah. Kc kalo nampak ni, sohih la kc lari dulu. Geliiii sgt kat reptilia ni.

    ReplyDelete
  12. sumpah deno geli gila dekat cicak! eiiiiii

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum PCL...alamak takut pulak nak bunuh...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.