Esok kena mandi songsang ?

Monday, January 28, 2013 PCL 7 Comments

apa itu mandi songsang?...okeh

Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

apa bestnya,  ada kelebihan ke ?

1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
9. Menjadikan `mood’ yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gigi dan gusi.


aku tak pernah cuba lagi...tak salah kot rasanya sekadar mencuba mandi songsang nih.., yang tak betul tu kalau mandi bawah shower , kaki ke atas dan kepala ke bawah.....huhu tu memmang nampak pelik..kan !


7 comments:

  1. hihi..jenuh la nak mandi kaki ke atas kepala ke bawah..lemas nanti... :D

    ReplyDelete
  2. WAH.. MANA DAPAT PETUA NI?

    ReplyDelete
  3. salam...ingatkan mandi berniat di bt. caves

    ReplyDelete
  4. Mak saya dari kecik pesan mandi basahkan dari kaki.. Bagus amalkan..

    ReplyDelete
  5. banyak kelebihan dia kan..
    tq for sharing..mmg menarik dan boleh diamalkan..

    ReplyDelete
  6. AJ penah baca ni.... =D
    Ada yang kata taknak bagi jantung kita terkejut jugak.....
    Kalau pakai shower, kene flip kaki ke atas la..
    Hehheheh... =D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL...hehehee wat lawak jer ingatkn mcm tu tadi mandi kaki ke atas...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.