Godaan nafsu makan...lupakan, jauhkan atau biarkan !

Wednesday, January 23, 2013 PCL 12 Comments

kita mulakan dari sekarang...untuk kesihatan diri kita.

Bagaimana bermula ? 

Perhatikan saiz hidangan anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, kurangkan sedikit kuantiti makanan yang anda makan daripada biasa.

Makan secara teratur dalam kuantiti yang kecil. Kunci untuk mengurangkan berat badan bukan berlapar sepanjang hari tetapi mengambil makanan secara teratur. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan anda.

Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Sarapan yang seimbang bukan sahaja penting untuk tenaga sepanjang hari, tetapi juga untuk mengelakkan anda makan berlebihan di waktu malam.

Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan ini biasanya tinggi kandungan kalori dan lemak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.



"..memang rugiii..rugi hidup kalau tak makan nih !! "..nafsu


Berhati-hati dengan karbohidrat ringkas. Makanan ini biasanya tinggi kandungan gula seperti gula-gula, kek, biskut berkrim, donut serta minuman manis seperti air bergas atau air kordial.

Minum banyak air kosong. Kurangkan pengambilan air manis terutama semasa waktu makan utama.

Elakkan makan lewat malam. Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk tidur.

Makan sayur dan buah pada setiap kali waktu makan utama. Elak pengambilan sayur-sayuran yang dimasak menggunakan santan.

Fikir dulu sebelum makan. Tanya diri anda ”Adakah makanan ini memberi faedah kebaikan atau memudaratkan saya ?”.

Bulatkan tekad, kuatkan azam. Cabar diri anda agar tidak mudah kalah dengan godaan nafsu makan.


[Kementerian Kesihatan Malaysia]


12 comments:

  1. AJ ni badan je kecik...
    Tapi nafsu makan...
    Makngai...... Susahlah nak hadkan pemakanan ni....
    Hehehheheh..

    ReplyDelete
  2. BAGUS INFONYA.. BERMULALAH KITA MEMAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG..

    ReplyDelete
  3. tak rasa nak diet la skrang :D

    hehe

    ReplyDelete
  4. tak tahan pula 'nafsu' nampak makanan kat atas tu....hehehe

    ReplyDelete
  5. aduh aduhhh...lapar sudah!

    ReplyDelete
  6. marilah sesama amalkan makan makanan yg sihat dan seimbang... ;)

    ReplyDelete
  7. kdg2 nak mkn mcm2 klo tgk bila dh amik pastu semua xabis..dah jadi pembaziran..hehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL....betul tu kekadang godaan mcm ni pasti ada pd yg sedang berdiet...

    ReplyDelete
  9. saya amalkan makan nasi sekali sehari je, ternyata ia sangat-sangat berkesan :)

    ReplyDelete
  10. Thanks info. Susah juga nak kawal nafsu ni kan?

    ReplyDelete
  11. info yang bagus pakciklie! :)

    deno makan nasi sekali sehari je.. kadang2 tak mkn nasi langsung.. kadang2 makan roti hanya pagi dan malam.. ma pun bimbang deno tak makan byk.. nak buat mcm mana la.. adehhh...

    ReplyDelete
  12. betul tu kena kawal nafsu.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.