Ini aku musykil sangat !!

Wednesday, January 02, 2013 PCL 12 Comments

...pagi tadi atau tengahari ini adalah merupakan hari pertama persekolahan anak-anak di tahun baru 2013.


Anak aku kedua-duanya sesi pagi.., kalutlah sikit mamaD untuk siapkan sarapan pagi, dah lebih sebulan dorang bersarapan lewat dari biasa dan ada kekadang tu terus makan tengahari saja., depa nih kalau dapat peluang tidur lepas solat subuh adalah nikmat sangat, tak payah kata kat depalah...kita yang keja ni pon sama !

Syukur alhamdulillah, tiada kedengaran keluhan dari mulut  mamaD dalam menjalankan tanggungjawabnya malah lagi bersemangat nampaknya..

Kalau ibubapa bersemangat, anak-anak apa lagi....bertambahlah semangat mereka . , diharapkan akan berterusan sehingga hujung tahun persekolahan.

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita kuat mengeluh. Keluhan atau kata-kata berbentuk leteran akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

I respek U mamaD, tak pernah dengar dia berleter kepada anak-anak kami...itu aku puji ... dan depa tu sangat menghormati mama depa.

tapi, secara tak sedar ...aku plak yang banyak mulut kekadang tuh...

"eh , abang dah pandai beletiaqlah (berleter) ...tu lah tengok depa cam takut-takut lain macm ja" 

ini aku musykil sangat !! (adakah ini , aku berazam untuk berazam... bak kata Pak Long Din laki Mak Long hang dalam entrinya "berusaha keraih nak penuhi azam yang telah diazam-azamkan... haha...")

fikir dan rasanku semuanya adalah mahukan keluargaku jadi baik-baik belaka untuk tahun 2013 ini.


 

12 comments:

  1. semua pun di antara kita nak jadi baik2 kan PCL... semoga tahun 2013 menjadikan kita lebih baik dan berjaya.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. doakan yg terbaik untuk PCL dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. woooo PCL kuat berleter ye..pot pet..pot pet...hehee

    ReplyDelete
  4. Betul tu, saya kagum tgk pengorbanan isteri kita menyediakan pelbagai benda utk keluarga, bangun awal pagi, memasak, menggosok baju, etc etc..

    ReplyDelete
  5. @Queen, yes, mahukan yg terbaik.. terima kasih.

    @Wina , terima kasih banyak..

    @Abah Khalisha
    ...bukan mcm tu , lebih kpd nasihat..

    @Daddy Ziyyad, ..kita tahu mak kita pon macam tu jgk dulu2..kan doc, harus dikagumi mereka yg bergelar ibu.

    ReplyDelete
  6. memang pon.. sy pon hairan knpa abah sy lagi byak bunyik dr umi sy. umi sy ckp lelaki mmg mcm tu nak2 bile usia dah meningkat. keh keh keh..

    selamat tahun baru 2013.

    ReplyDelete
  7. Dgn permulaan yg baik di awal thn nie,semoga berkekalan spi ke hujung thn.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum PCL

    Insyaallah
    isteri kita antara penghuni Syurga

    ReplyDelete
  9. Hehehe.. Tu yg melengkapkan.. Bila sorg diam, sorg lagi kalau diam pun susah jgk kan PCL.. :)

    ReplyDelete
  10. ANAK SULONG SAYA TADI MASUK TADIKA.. NASIB BAIK TAK MERAGAM.. MUNGKIN DAH BIASA DI TASKA..

    ReplyDelete
  11. insyaallah... deno doakan semua ynag terbaik utk pakciklie sekeluarga :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum PCL..itulah dia tanggunjawab seorang isteri n ibu susah mcm mana pun kerja2 rumah tetap dilakukn...untung PCL ada mamaD...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.