Komen spontan anda..

Saturday, January 12, 2013 PCL 14 Comments

Asssalamualaikum wbt,

aku mohon komen korang semua sebagai pengunjung di sini, komen secara spontan tentang layout baru blog ini.

komen spontan dan pendapat korang sangat-sangat membantu aku okay, jangan segan-segan !

kalau rasa agak menyakitkan mata..tak kesah,  mention je diruangan komen bawah ni.

bagi aku yang syok  sendiri , memang suka dengan warna merah...., walaupun minat dengan kumpulan
JAMBU ...tak semetinya warna merah jambu sebagai warna latar pilihan untuk blog ini.

sambil-sambil tu layan mihun goreng mamak sambil menaip nih...rasa cam tak sabar nak tau apa reaksi korang...



emmm ..mamaD pon dah jeling-jeling, katanya sambil makan pon nak update blog cam takda perassan je nak makan sarapan..



Ikhlaskan idea anda untuk mengomen di sini, pcl adakan hadiah untuk blogger yang berada di tempat paling TOP dalam senarai bulanan pengomen sporting pakciklie.com, terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.10

14 comments:

  1. Salam,

    Wohhh...mata auntie yang dah berumur nih memang rasa pedih kesan latar belakang warna garang.
    Readers muda2 okay lah kot..hik3x

    ReplyDelete
  2. Pertama tamanya nak komen bihun tue sedapnya baik untuk diet pepagi nie..

    tentang layout baru merah memang kegemaran saya, saya suka dah ok, tetapi bila background untuk posting tak payah letak warna merah, letak warna putih sebab tulisan untuk entri dah hitam jadi takder lah nak bukak mata besaq2 bila nak baca..ok tak komen saya..

    ReplyDelete
  3. Salam PCL,
    Garang sangat, mata tua Pak Long pun naik binau neh...

    ReplyDelete
  4. susah nak baca tulisan . :D

    ReplyDelete
  5. sejujurnya, sakit mata tengok. tukar kaler lembut sikit lah :)

    ReplyDelete
  6. komen saya... tulisan dalam entri tu tak nampak jelas.. bila baca rasa sakit mata ni.. itu sahaja :)

    boleh refer blog ben ashaari kalau nak pakai templet merah :)

    ReplyDelete
  7. warna merah dia lawa.. tapi nak baca tulisan tu mcm payah cket.. aku ni rabun.. hahaha.. apa kata background utk text tu guna warna putih.. mcm ben ashaari pnyer blog.. warna merah gak, tapi b'ground utk text wrna putih..

    ReplyDelete
  8. emmm deno rasa background merah ni okey cuma tulisan hitam tu jadi susah nak baca.. terpaksa tengok dekat baru nampak..

    apa kata pakciklie tukarkan tulisan kepada warna putih sbb ianya kontra dgn warna merah.. jadi tulisan2 tu akan timbul dan senang dibaca.. itu saja komen deno.. yg lain dah ok^^

    ReplyDelete
  9. @auntie Marina , @Asmar , @Pak Long , @anon , @Hunsa , @Bono kacak , @Badrul dan @deno ...

    terima kasih banyak dgn komen yg sangat membantu tu, pcl akan ambil tindakan lps ni nanti...rata2 kata ada masalah dengan tulisan hitam dgn background merah garang memang tak sesuai...harus ditukar.

    ReplyDelete
  10. SERIUS.. SAKIT MATA.. TAK PASTI PASAL WARNA MERAH TU KE APENTAH.. CUBA BUAT TULISAN PUTIH JUGA.. KALAU SAKIT MATA MEMANDANG LAGI, JAWABNYA BACKGROUND MERAH TU KENA TUKAR.. :)

    ReplyDelete
  11. it's ok if you like red color but it's much better u change ur font color to white. :) it's help reader to stay in long time here. :) sincere me - CX

    ReplyDelete
  12. Aina terpaksa tahan mata sehingga habis entry...eheheee...

    Dengan mata yang dah 2nd hand serta separuh kebutaan tanpa cermin mata warna merah untuk entri sedikit menggangu tapi cantik.

    ReplyDelete
  13. merah ni tengok sekejap takpe laa.. tapi kalau tengok lama-lama pening kepala

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum PCL....menarik juga rasanya x sakit sgt mata ni sbb ada background warna putih ni..tulisan pun boleh dibaca spt biasa...:

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.