Pekerja Malaysia Berdedikasi.

Friday, January 04, 2013 PCL 9 Comments


















Pekerjaan merupakan sesuatu tugas yang harus dilakukan bagi memperolehi pendapatan untuk menyara kehidupan seharian.
..
Namun sejauh manakah kesanggupan kita melakukan pekerjaan yang diamanahkan dan mencapai standard majikan?

Menurut kaji selidik berkaitan deprivasi percutian 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian expedia.com.my mendapati sembilan daripada sepuluh pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja walau ketika bercuti.
..
Menurut laporan tersebut, pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedekasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali.
..
Kaji selidik itu juga turut mendedahkan bahawa pekerja di Malaysia menghabiskan kira-kira 40 jam seminggu bekerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti  tahunan sekali gus merupakan antara yang terendah di dunia.
..
Menurut kajian, faktor utama.pekerjaan tidak memanfaatkan
cuti adalah kerana kegagalan menyelaras cuti bersama-sama rakan.
..
Melaui pemerhatian yang dijalankan sebanyak 40% pekerja enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua mereka akan meluluskan cuti manakala 15% pula bimbang cuti yang diambil akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional.
..
Kaji selidik itu melibatkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 buah negara di Asia, Australia dan Asia Pasifik, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah dalam membandingkan tabiat bercuti mereka.

(kredit : noor diana azis , estidotmy)

******

(psst,... dalam pejabat pcl kerja ni, ada lah sorang staf tu yang sangat komited dengan tugasnya, ..staf lain sibuk mohon cuti hujung tahun (2012), tapi dia tetap setia dengan kerja....berstatus ibu yang punya anak kecil,  payah sangat nak nampak dia bercuti (kecuali cuti bersalin)...Harap visi beliau tercapai untuk memenangi  Anugerah Pekerja Cemerlang) .

PCL, dedikasi berblog saja ..yeah !!


[dedikasinya aku update blog guna aplikasi blogger droid]



Published with Blogger-droid v2.0.9

9 comments:

  1. balas kunjungan PCL :
    .... Isyh tak akan lah nak sembur bau bawang depan muka orang. haaaaa

    ReplyDelete
  2. staf yang berstatus ibu tu memang sepatutnya dicontohi oleh pekerja2 yang lain kerana beliau benar2 menghargai kerjanya.. :)

    ReplyDelete
  3. selagi boleh kerja..
    kerja...kerja....kerja..



    hehheeh

    ps; tahniah bt ibu tunggal itu

    ReplyDelete
  4. Tahun ni cuti 20 hari gone MC 14 hari hampir2 finished. Cam ner nak jadi pekerja cemerlang cer cerita. Tapi bila jon tengah running memang 120% komitment diberi. Masa tu no mc, no leave.

    ReplyDelete
  5. sya cuti last year ada baki 2 hari..itu pun sebab cuti anak kena kaki tangan & mulut..cuti jaga nak kat umah..hehe..APC takde dalam bayangan

    ReplyDelete
  6. cuti sekarang yg 25 hari pun tak penah nye cukup nie kan pulak 14 hari...aiyokkk!!! sengsara idup!!!

    ReplyDelete
  7. pernah suami akak apply cuti...dan diluluskan..dah siap semua beg,brg2 nak blk kg...dipanggil keje sbb manager ada hal(kononnya tersangat penting)...sbg org bwh boss..kena la patuh,kann:(
    habis rosak plan...anak isteri tarik muncung...

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak kerja.. hehe

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum PCL...moga akan berjaya menjadi pekerja yg baik yer...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.