ROADSIDE BURGER CAFE @ ARAU PERLIS...mai makan western burger kat sini !!

Thursday, February 14, 2013 PCL 19 Comments

ROADSIDE BURGER cafe , terletak di tepian jalan berhampiran Istana Arau, juga berdekatan dengan UiTM Arau....kalau lalu dari pekan Arau , pandang-pandanglah sebelah kiri (depan SMK Tengku Budriah, Arau) mesti nampak punya lah...

bagi mereka yang pernah menjadi pelajar UiTM ARAU khususnya,  mesti ada nostalgia bila makan-makan di sini.... tergamitlah kisah silam sewaktu bergelar pelajar ketika itu...dan di sinilah permulaannya barang kali !

Stall burger ini dulunya sangat terkenal di kalangan pelajar dan Bro-Bro kat situ adalah kalangan rakan baik sejak dulu lagi. tak hairan tempat ini menjadi lokasi  ' mini reunion'  mereka .



menu  burger yang biasa-biasa tu memang ada disediakan, tapi yang menjadi pilihan kami ialah Western style macam nih !...







terbaik setakat ini, bila berkumpul ramai-ramai .....burger jadi pilihan kami adik beradik !!,

pcl ke sini atas jemputan biras pcl yang kebetulan bercuti balik ke Arau ...dan beliau adalah penggemar burger terutama OBLONG BURGER .

Balik dari Gua Kelam ...mata pon dah naik kelam.,  untung ada saudara pcl kat sini boleh lepak sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sungai Petani.

info : Daging burger OBLONG adalah keluaran Bumiputra Perlis, dan tempat mula diperkenalkan dan 'testing' daging tersebut adalah di ROADSIDE BURGER  cafe ini.


p/s ; kalau anda ke Arau khususnya, sila lah bertandang dan nikmati burger terulung di ROADSIDE BURGER ini, harga sangat berpatutan....murah dari KL beb !


19 comments:

  1. Besarnya burger....kalau saya sorang makan memang tak abiss..

    ReplyDelete
  2. wow sedap, mesti cuba nie..

    ReplyDelete
  3. waaaa teringin nak makan western lak :)

    ReplyDelete
  4. mmg namapk menyelerakan burger tu..

    ReplyDelete
  5. NAMPAK MENYELERAKAN BURGER NI.. TERBAIK..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum PCL

    semua ada dlm satu pinggan tu..
    berapa harganya

    ReplyDelete
  7. wallaaaa menarik nih... boleh try kalau balik kampung nnt..

    ReplyDelete
  8. Jauh sangat PCL ajak cuba nya...
    Heheheh...

    ReplyDelete
  9. bilalah nak sampai ke arau tu lagi PCL.. Queen pun xtau.. dulu masa belajar kat kedah selalu gak g cari makan sampai ke perlis tu... ;)

    ReplyDelete
  10. terliurnya...adoi naknak..haha

    ReplyDelete
  11. salam sume kat sini....pcl dok kalut memancing tu, ..kalau tak silap harga wes beger tu rm7 ke 9 henggit sja..ikut menu.

    ReplyDelete
  12. jauh bebenor nak menerainye pun..hihi....tapi kan, sungguh terliur....

    ReplyDelete
  13. perghh... beso tu... satu set lagi.. kalau deno beger je kot habis.. hihik^^

    ReplyDelete
  14. kira promosi ni pcl
    Teringin pulak nak gi.tapi jauh tu

    ReplyDelete
  15. belum lagi pernah try burger besar ni tau

    ReplyDelete
  16. western betul! mampu melihat je..adoyai!

    ReplyDelete
  17. Laaaaaaa.... PCL geng uitm arau keeeee??? Samalah ngan kita!!!! Hahahahaha.... kenangan di Arau adalah paling manis zaman² nakal² dulu.... warung brader ni tmpt fly malam² lepas kelas... hehehehe.. terutama kalau mushroom tutup.. hehehe....

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum...PCL,

    wahh.. sedap nyer burger dan western food nie... menyelerakan... yum2.. ambik bau.

    mselim3

    ReplyDelete
  19. burger roadside dah pindah ke mana ya?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.