Santai @ Laguna Pancing, Laguna Merbuk Sungai Petani.

Friday, February 15, 2013 PCL 16 Comments







Lokasi : Tepi Lebuhraya Laguna berhampiran LAGUNA MERBUK, SUNGAI PETANI KEDAH .

Dari jam 9.00 malam tadi kami sekeluarga terdiri dari orang dewasa sahaja.....berehat-rehat
di tepi kolam pancing air tawar sambil berborak santai di sini.
kami hanya hantar 'wakil' makcik dan mertua pcl bergabung bagi kategori tunggal wanita malam ini., yang lain-lain tu sebagai pemerhati dan bagi support kepada depa berdua yang sememangnya kaki pancing..dan sangat teruja bila setiap kali kami balik bercuti di sini.


".. bila ramai baru siyok pi mancing."..kata makcik yang kira 'otai' dalam bab ni....hahaha jangan tak caya tu !
aku dan mamaD memang tak sampai hati menghampakan setiap pemintaan depa lebih-lebih lagi dalam kes minat (memancing) macam nih.

Tempoh selama tiga jam diperuntukkan dengan bayaran Rm30 per satu joran dan tamat pada 12.00am.

*bila taip entri ni, tetiba aku teringat ceramah dalam CD, oleh Al Fadhil UAI pernah kata pasal hukum memancing ikan kolam berbayar...katanya : 
"kalau pancing kena bayar tiket dan orang yang pancing tak dapat ikan langsung...adalah membazir dan hukumnya adalah haram kerana untung pada sebelah pihak saja.."..lebih kurang macam tu maksud yang disampaikan beliau.

jadi, kot lagu mana pon ceghitanya....
kena usaha bagi dapat jugak-jugak lah...kalaulah tak dapat sekor ikan, .alamatnya pertama dan
terakhirlah kami pancing di sini.
puas tunggu dan menanti ikan patin, rohu, tongsan..... bangun dari 'tidur' mereka.
..sejam berlalu , pi macam tu saja...tinggal lagi dua jam ....aku terus menaip entri dan kalau-kalau ada rezeki bolehlah dimuatkan dalam entri yang sedang bersiaran ini...

*dah nak balik 11.45pm (masa dah nak dekat time-off)
emmmhhh ,... pon berlalu jugak adeh...camana nih !

dalam dok frust tu ada pulak mulut yang berkata..."kalau tigapoloh hengget tu beli udang besaq...boleh gak makan char koey teow pakciklie esok pagi" ....

p/s ...takda gambar ikan maknanya memang tak dapat ikan langsung lah !! ...kesian dan keciwa nampak  riak wajah 2 beradik nih (mak mertua dan makcik aku tu..) dan bukan depa saja yang balik dengan tangan kosong malah ramai lagi yang hampa dan keciwa dengan 'hasil' luar jangkaan....

Harapan aku , agar Pengusaha Kolam Pancing berkenaan lebih melihat kepada kualiti dan tidak semata-mata mengaut untung saja !!

p/s lagi.....Memang betul-betul santai lah....hehehe sekian .....[publish].



Published with Blogger-droid v2.0.10

16 comments:

  1. syoknya... deno belum pernah ada pengalaman memancing

    ReplyDelete
  2. Balik dengan tangan kosong adalah sejenis kehampaan.... :)

    ReplyDelete
  3. Apa yg membimbangkan pengusaha kolam sebenarnya memang sudah tidak ada ikan yg disasarkan. Entah-entah dah jadi hidangan masa CNY tak..

    ReplyDelete
  4. Ikan tue takut nak kluaq orghang KL turun padang...

    ReplyDelete
  5. pengusaha kena tambah ikan lagi ni...

    tak baik betul buka kolam pancing tapi kaki pancing xbawa balik hasilnya..

    ReplyDelete
  6. Tempat nampak santai....
    Tapi bila takde ikan..... Memang menyedihkan.....

    ReplyDelete
  7. wah.. aktiviti memancing... tp mmg kecewa la sbb x dpt ikan langsung... ke dlm kolam tu mmg xde ikan? erm..

    ReplyDelete
  8. salam pcl
    Memang terbaik ar!

    ReplyDelete
  9. da setahun janji dgn anak nak bwk p mancing, masih x dpt tunaikan g uhuksss

    ReplyDelete
  10. TU LA RISIKONYA MEMANCING DI KOLAM BERBAYAR.. TAK DAPAT IKAN, MELOPONG SAJALAH.. BAIK MANCING KAT PANTAI, TAK DAPAT IKAN, TAPI TAKDE BAYARAN.. :)

    ReplyDelete
  11. tak suka mancing sebab kte ni jenis tak sabar hihi.. nak letak jek mata kail mau terus ikan sambar.. memang tak boleh bawak mancing ni hihi

    ReplyDelete
  12. lah tak dpaat ikan..hish en penguasaha sila ambil perhatian..

    ReplyDelete
  13. adui, frust jugak bila ada yang cakap macam tu. mungkin ikan baru bawak masuk kot, masih mabuk dengan air kolam tu...

    ReplyDelete
  14. alaa..sedeynye...pulang dgn tangan kosong..
    tapi mmg betul jugak tu....30hinggit beli kat pasar lagi baekk...

    ReplyDelete
  15. nampk gmbr mula2 cm best je duk memancing..tetibe pulang ngan tgn kosong..kesiannyer..huhu

    ReplyDelete
  16. kolam alang salleh rantau n.9 bayaq rm 10=24jam.pakai 2 joran pun boleh.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.