Tajam kat mana buah nanas ni ...bulu hidungnya ?

Tuesday, February 05, 2013 PCL 14 Comments


lepas jogging petang tadi,

 .. memang puas bila dapat makan buah-buahan  yang manis dan berkhasiat,

korang tau ke apa khasiat buah nanas...hemm, aku makin menjadi-jadi sukanya, tapi sebelum menggoogle tak pernah tau pon !.

 ...semalam je 2 biji habis dimakan.

Ramai yang kata buah nanas ni 'tajam'.., tajam kat mana? ....pedaq lidah !, ..tu kalau tak reti nak buang 'bulu hidungnya'...

nampak !..camana lelaki potong buah nanas...kalau potong dengan ikhlas pasti buahnya rasa manis..hehe.
khasiat  :

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.
Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.
Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.
Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah..[sumber]




14 comments:

  1. kalau nak potong hidung nenas ni kena potong dlm garisan menyerong. mmg leceh la sikit tp berbaloi lps mkn. if not terasa tajam la di lidah.
    P.S. I have finally made my mind to follow your blog. Happy blogging bro!

    ReplyDelete
  2. Org tua2 ckp pompuan mengandung tak boleh mkn nanas muda takut kandungan gugur...tajam kata dorang....

    ReplyDelete
  3. @Mia Kassim....ada betulnya kot, memang ramai wanita mengandung tak berani depa nk cuba makan nanas.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL...sedapnya tengok buah nanas tu...:)

    ReplyDelete
  5. AJ suka makan nenas cicah garam........
    Best!!! =D

    ReplyDelete
  6. Saya suka nenas. Makan dengan serbuk asam boi!

    ReplyDelete
  7. Tajam bukan dlm erti kata tajam bagai mata pisau...Kepercayaan nenas itu 'tajam' utk pregnant women masih menebal...padahal sebab keguguran itu sendiri saintis dan buktikan bahawa >85% adalah kerana janin itu sendiri tak kuat...dan bukan faktor makanan...Orang Melayu kita masih gagal berfikir, gagal membaca....melihat sains itu sebagai taboo bila meibatkan hal2 seperti ini...Padahal sains itulah ilmu Allah...sains itulah yg ada dlm Al Quran

    ReplyDelete
  8. Sayer suker mkn nenas, sedap dicicah dgn kuah rojak ^_^

    ReplyDelete
  9. Kalau manis, kakcik makan. :)

    ReplyDelete
  10. kalau nenas yg dah cukup masak kalau ibu mengandung nak makan xde masalah rasanya PCL.. yg dilarang oleh org tua2 ni nenas muda..

    ReplyDelete
  11. saya pon suka nanas...
    time pregnant pon saya makan.. yang masak ranum tapi... sebab nanas banyak serat.. elok untuk sitem penghadaman dan kaya dengan vitamin kan...

    ReplyDelete
  12. yela..ramai org ckp camtu..nenas ni tajam...mybe kena buang bersih² duri itam dia tuh...kalu buang tak bersih lidah jadi lidas kalu makan..

    ReplyDelete
  13. Kalau nak mudah buang duri-duri tu try guna alat ni. Alat Buang Duri Nenas'.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.