Bila nak sampai Melaka , ..kalau asyik dengan blog jer ..!
Salam pagi jumaat dari bumi Melaka..sepintas lalu aku nak bercerita ..., sebelum tu nak habaq mai....aku tak sempat blogwalking sebab mamaD dah jeling-jeling manja ....haha, katanya "bila nak sampai Melaka , kalau asyik dengan blog jer" ..
alhamdulillah...., petang semalam dah tiba ..buat kali yang ke berapa ...dah tak ingat dah., banyak kali jugak dan kebanyakkannya datang untuk menziarah keluarga adik pcl di Alor Gajah.
...semalam kami tak singgah rumah depa, ..berkereta kami terus ke Bandar Hilir Melaka..dan tempat pertama kami masuk ialah Dataran Pahlawan. , parking kereta dekat depan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Kami terus ke pusat membeli belah Dataran Pahlawan Megamall, membeli dan belah dari situ, berjam-jam jugaklah... , sebelum tu kami makan-makan dulu,....cari tak kira tempat makan dah ..bantai jer sebab perut memasing dah 'berdondang sayang'...masuklah kami ke kopitiam kat situ .
...dah habis makan , solat maghrib terus kami keluar menuju ke Menara Taming Sari yang berada tak jauh dari situ. ..hahaa ..dah 'menapak' memang lah penat kaki...mamaD sampai tukar kasut lain...cari yang sesuai , nasib baik ada kasut-kasut 'standby' dalam bonet kereta. yang paling cool sekali ialah Hanis sebab dia dah tidur sepanjang jalan dari rumah...
Depan perkarangan Menara Taming Sari memang terdapat banyak beca yang terhias indah dengan lampu dan hiasan bunga yang pelbagai..siap pasang lagu kuat-kuat lagi..huh ! , sesekali depa 'hon' sampai terperajat dibuatnya..
tak lepaskan peluang , kami naik ke atas Menara Taming Sari dengan harga tiket RM15 x 4org....menikmati panorama Bandaraya Bersejarah Melaka.
Dari situ pula kami 'menapak' lagi untuk mendapatkan perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka. Kalau diikutkan berjalan kaki dari Taming Sari tidaklah jauh sangat, ada disediakan perkhidmatan beca berbayar...kalau tak silap aku harganya Rm10 sehala., merasa naik beca denga harga tu.. kira berbaloi jugaklah kan, kesian kat tukang kayuh beca tu....
kaki memamsingnya langkah semakin longlai..., mata kuyu keletihan...perut jangan habaq lah....meroyan menantikan makanan masuk kedalamnya...
kami hanya nampak MacD yang berdekatan kat situ..., lepas tu terus nak balik tidur..., planning awalnya memang nak tidur hotel tapi rasa macam tak berbaloi jer.... tumpang rumah adik pcl lagi okay....haha kan jimat tu ! rindu nak tengok anak-anak sedara...lagi pon depa nak join sama ..takut pulak kecik hati depa tu nanti...haha alasan !
[jam 1 pagi lebih kami tiba di rumah adik pcl @Alor Gajah]
sekian untuk setakat ni...ada sikit gambar untuk sisipan pembaca, ...video ada tapi 'lembab' la plak nak upload !
Tweet
. . .amacam????bestkan jalan2 kat,Melaka. . .
ReplyDeleteHe he he. . .
Mamaijat bangga jadi anak Melaka.. .
Kim salam mamaD..
Mamaijat da balik kg minggu lepas,kot tidak boleh join. . .possing kat keris besar kat tgh2 padang tu.. .
Eh!!!kita org AG tau.
sekampung ngn Aruahnya Karim Mohd. . .
sabar jelah baca entri ni..tulisan kejap kecik kejap besor..huhu :p
ReplyDeletep/s : seronoknya jalan2 Melaka...daha lama tak pergi sana
Alor Gajah???
ReplyDeleteDekat kampung AJ tu PCL.....
AJ walaupun kampung kat Melaka, cuti pun tetap ke Melaka.... =D
@Ayuejean , ..la ye.. org melaka gak ea..
DeleteAssalammualikum...
ReplyDeletePCL...best nyer dapat jalan kat Melaka... moga perjalanan PCL...sentiasa happy dan ceria selalu...mselim3 dah di Melaka best mmg best....
mselim3
owhh my melaka ... selamat bercuti ^^
ReplyDeleteakhirnya sampai jugak ke tempat negeri bersejarah....enjoy yourself..
ReplyDeletemacamana keadaan trafik kat sana?
ReplyDeletewahhhh...seronoknya jalan2 kt melaka. saya org melaka ni pun belum pernah lg ke menara taming sari tu. hehehehe. happy holiday PCL!
ReplyDeleteramai yg ke melaka time cuti2 sekolah ni
ReplyDeletexsampai hati nak naik beca tu..kesian diorang tolak..hadoii...
ReplyDeletemesti ramai kan kat menara tamingsari tu..al maklum cuti sekolah..:)
seronoknya cuti2 di Melaka. pernah 2 kali sampai melaka tp x sempat nak melawat ke tempat2 yg menarik..\
ReplyDeleteps : http://ibumifzal.com
Alor Gajah, kampung papa Farah tu PCL... wah seronoknya bercuti2an ke Melaka... ^_^
ReplyDelete@mamaijat, ...Melaka best la jugak.., ye lah kalo tak.... boleh join kami sekali round melaka..
ReplyDeletebest pegi melaka! hehehe
ReplyDeleteshopping itu pnting.
@Dylla Abas ...dah normal kan balik tulisan yg kecik tu. ...kesian eh, terima kasih lah ye.
ReplyDeleteassalamualaikum PCL....bestkan kalau dpt jenjalan kat Melaka ...banyak tempat2 menarik tu...:)
ReplyDeletelama sungguh saya tak ke melaka....
ReplyDeletetiap kali balik melaka jarang sangat berkesempatan nak melawat sekitar Bandar Melaka..
ReplyDeletedah lama aida tak ke melaka.. last umur 8 ke 9 tahun. haha.. mesti banyak dah berubah. Sekali sekala jenjalan syok jugak kan? lepas tension.. hehe
ReplyDeleteWAH.. SERONOKLAH DAPAT KE MELAKA.. :)
ReplyDelete@Fairus... dah sampai Melaka teringin jmp blogger tp mcm tak sempat la plk..
Deleteliya pun baru balik dr melaka minggu lepas .. :) teringat kata-kanak Qalesya masa naik river cruise " air nya busuklah ibu ... " hehe x sangka budak umur 3thn leh ckp gtu hehe
ReplyDeletebestnya jalan2 melaka. tinggalkan kejap blog. bercuti sepuas2nya. :)
ReplyDeletepi melaka byk kli pon tak pa.tak pernah jemu ke sana
ReplyDeleteBK lazjejak melaka time akk BK smbg belajar time umo 18.sekrg pon dh 26 dah bpe thun xpenah singgh sne
ReplyDeleterindu dengan melaka..sebab Dulu selalu pergi masa keja kat tangkak
ReplyDelete