Rendam kaki di Kolam Air Panas Selayang ..

Sunday, March 24, 2013 PCL 20 Comments

Salam....

dari Banting kami singgah makan nasi goreng udang kat jayen sana, memenuhi keinginan makan anak-anak ..
plan nak ke Damansara tak jadi dan singgah kami ke Bukit Subang rumah sedara kat situ..(rumah paktam pcl)

Pak Tam kaki pancing, ..ada 2 ekor ikan siakap jadi habuan kami malam tadi hasil pancingan hari sebelumnya....

bawa siakap tu ke  restoran , mintak dorang masak 3 rasa...haha boleh santai makan bersama di sana, nama kedai makan tu ialah "Di Sudut Hati" ..fuh layan hati dan perasan bila sementara masa menunggu hidangan tiba...

borak sampai pukul 12 malam masih di kedai makan sambil planning nak ke mana lepas tu..,...sesekali dapat beramai-ramai memang best...masa tak kan dipersiakan dengan balik tidur kat rumah je.., dan akhirnya kami nak rendam kaki di kolam air panas berdekatan...

Kay ell ni mana ada kolam air panas lain selain di Selayang ...zass terus ke sana!

kredit
sampai kat sana...,  kali pertama datang sini nampak ok..ramai manusia dengan tujuan sama...*rendam laki...eh silap!..rendam kaki hehe... , mandi manda air panas dan rehat minda...ke..keh  sangat lah tu .

nampak meriah sebab ada 'pesta ' main simbah air di kalangan pengunjung yang macam tak pernah jumpa air...ahha.. pengunjung terdiri dari  pelbagai kaum ..rata rata orang dekat-dekatlah...

ok, kena sewa baldi.....dilarang rendam kaki terus ke dalam kolam, ...ada papan tanda 'warning' . emm macam tak endah jugak aku tengok rakyat Malaysia nih....seperti yang diketahui lah kan .biasalah.

set baldi, gayung dan besen dikenakan rm2 untuk  1 set ...bagi dorang yang  selalu berkunjung memang bawa baldi sendiri dari rumah..

takmau cerita pasal khasiat bagai...tapi santai kami di situ kira okay lah...

kredit
orang luar kayell boleh dapatkan direction/panduan jalan ke sana  , senang jer...by google !

pukul 2 pagi sampai kami dirumah paktam semula dan bermalamlah kami di sana...


p/s ..kaki pcl sebelah buku lali ke bawah dah naik merah....dah nampak macam stokin haha !


20 comments:

  1. best kan riadah di tempat begini. NAL pernah pergi sekali saja di Baling, Kedah. Memang best...

    ReplyDelete
  2. DI MELAKA PUN ADA 2 TEMPAT KOLAM AIR PANAS, TAPI LAMA DAH TAK PERGI..

    ReplyDelete
  3. best nyer.. lama dah tak main rendam2 nih :D

    ReplyDelete
  4. eiii tak lalu nak cedok air tu, mula mula lah...ramai orang berendam bukannya rendam kaki dalam bekas...huhu...panas. ..panas..

    ReplyDelete
  5. wah..beznye! jeles nengok..tringin gak nk berendam kaki

    ReplyDelete
  6. wah , bestnya,
    jom tambah pendapatan anda sekarang! terjah sini , http://coretangirlblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. kali terakhir rendamkan diri dalam air panas tahun 2011 kat hotspring sg kelah, sungkai perak..best!

    ReplyDelete
  8. Sy tatau lak kt selayang ade kolam air pns. X pnh g jolam air pns. Teringin gak nak ke sane.

    ReplyDelete
  9. walaupun dekat je kat KL tapi belum pernah ke sini laGGi...

    anyway salam kenal...

    ReplyDelete
  10. dah lama tak buat rendam kaki kat air panas Gadek Melaka...

    ReplyDelete
  11. best ni..nanti nak try google dan cari la kat mane lokasinya ni

    ReplyDelete
  12. Pegi tak ngajak.....
    AJ kalau gi situ, layan steamboat kat stall tepi tu je...
    Hehehhehe.....
    Laki sape kene rendam tu PCL??
    HAhahhahaha...

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi ke sana... nampaknya deno rendam kaki sendiri kat rumah je.. hehe

    ReplyDelete
  14. bestnye datang tempat camni..dah lama x berendam lam kolam air panas cam ni..

    follow blog penaja dari segment

    http://iehahfarihah.blogspot.com/2013/03/segmen-happy-birthday-honey-yeo-cik-fie.html

    ReplyDelete
  15. teringat pengalaman gi berendam kolam air panas sg klah. lama dah tak gi. berasap rasap :)

    ReplyDelete
  16. apa nama tempat pancing tu? husband saya kaki pancing juga bolehla dia g mancing kat situ. dekat dengan rumah tu

    ReplyDelete
  17. mancing siakap kat mana tu? kat selayang ke? Hubby saya minat mancing. dekat dengan rumah tu

    ReplyDelete
  18. Lama dah tak pergi LA HOT SPRING JERTEH...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum PCL...seronoknya ...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.