Sikit jer..., gila kau tak seram pon !

Thursday, March 07, 2013 PCL 16 Comments


Salam...

Ini hanyalah sebuah perkongsian pengalaman saja...

Seringkali kita membicarakan tentangnya dan ia seolah-olah akan mahu menonjolkan dirinya..
walaupun makhluk tuhan macamni dah lama tak kedengaran oleh orang di kawasan sekitar.

Selalunya ia hanya akan ucap 'selamat datang' kepada penghuni baru di sini khususnya wanita...
jarang sekali berlaku terhadap kaum lelaki...(mungkin jantina depa tu sama..hehe).

Ucapannya adalah seperti "terasa hembusan angin dengan bunyi 'fuhh'..! di telinga kiri kanan beberapa kali sehingga terjaga dari tidur" (berlaku semasa tidur)..dan selainnya adalah seperti ibu jari kaki ditarik mengejut (juga berlaku semasa penghuni tidur).

[itu pengalaman empat tahun lalu mamaD yang pernah aku kongsi masa dia baru pindah ke kediaman kami sekarang ini] di sini.






KINI makhluk tu macam muncul semula...., bulan lepas aku sendiri mengalaminya..'kena tindih'.., minggu lepas mamaD semacam ada orang tarik ibu jari kaki dia, ...lalu dia terjaga tapi tak sanggup pulak nak pandang....katanya.

aku ni tak pandai buat cerita seram..tapi aku seram jugak bila mamaD cerita macam tu...

p/s ..anak-anak sungguh tak tau menahu...., kalau tau habis la la laaa..

*lepas maghrib, mengaji quraan selalu diamalkan bersama...mohon dijauhkan segala malapetaka dari ganguan jin dan syaitan..   Allahuakbar !

Selamat Malam Jumaat !




16 comments:

  1. rumah saya pun ada jugak gangguan2 sebegini..selalunya kami pasang cd surah ruqyah yang diberi oleh seorang pengamal perubatan islam....

    ReplyDelete
  2. cikna baca pun dah seram. huhu..

    ReplyDelete
  3. @Amin...ada jugak kekadang tu pasang satu juzuk surah...sampai ke pagi !

    ReplyDelete
  4. @Chic Na,...sy ok , depa lah takut sangat buat sy pon seram jgk....

    ReplyDelete
  5. alamak, malam jumaat ni...

    ReplyDelete
  6. dia dtg nak berkenalan kut hehe..

    ReplyDelete
  7. anak kedua akak,th lps.kt sekolah ada kem qiamulalil...sblh sekolah dia tu ada jirat cina...mlm tu sorg student ke tolilet,dia dgr namanya di panggil berulang kali haha
    menjerit..histeria..berjangkit2 kat student lain...
    anak akak sms,suruh amik dia balik rumah jam 2 pg...
    bila bawak blk,muka dan perangai dia lain sgt...

    sampai ke pagi akka sekelurga tak tido hehe

    ReplyDelete
  8. Sy kalau bab2 ni mmg lemah sket. Dah terbaca ni teringat jgk pengalaman lalu pernah jgk kena tindih. Harap2 tak terjadi lagi la ye PCL

    ReplyDelete
  9. Benda2 macam ni memang ada je kat sekeliling kita......
    Alhamdulillah AJ penah terserempak je tapi dia tak penah kacau.....
    Semoga benda ni tak berterusan ganggu PCL sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. @Kamsiah,..dengan sy dah kenal la kak, agaknya..haha

    ReplyDelete
  11. @Baby Comel , ...semalam ok jer dan harap dah berakhir .

    ReplyDelete
  12. Kwn sy kerap kena 'tindih'. Sampaikan kena berubat. Mmg menakutkan.

    ReplyDelete
  13. PCL.. bace surah albaqarah.. tak pon pasangkan.. surah albaqarah elok untuk pagar rumah.. tak pon jumpe ustaz la..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum PCL...betul2 tu..:)

    ReplyDelete
  15. xprnah lg kena semua ni..smoga keluarga PCL dijauhkan dengan perkara2 mistik tu ye..huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.