Anak saya pon 'nakal' jugak kekadang tu.. :((

Monday, April 22, 2013 PCL 24 Comments

Win iPad, Mini iPad and Cash Prizes with #Weeclicks! http://www.weeclicks.com.my/p/3b9db1593

waktu lunch tadi ...

selepas ambil Husnina balik sekolah,  terus singgah  ke bank.. nak bank-in duit syiling depa lah tuu...janji ditepati ! , tak sabaq betui dah tu si Hanis Umairah..banyaklah konon duit diatu. .hurmm, takpa..sebagai bapa aku sentiasa menyokong ...lagi pon budak tengah semangat menabung, suka tengok berapa jumlah yang tercatat dalam buku akaun dia nanti.

*lagi suka Hanis bila tau dia dapat hadiah tabung cute nih..




ada lagi kisah di antaranya. .nanti sat  aku citer sikit lagi....


dalam mengejar kebahagian hidup bekeluarga,  ..sebenarnya kita tak lari dari masalah sebagai cabaran, kalau tak banyak masalah.. sikit tu mesti ada punyalah...kan !

Anak saya 'nakal' jugak kekadang tu.. :((  *akuakui ...namun berbangga, itu jauh sekali !
















..elok elok dah lepas masuk duit dalam bank tadi,  ..Husnina pon bagitau yang henfon dia kena rampas oleh guru disiplin,  ..ada spotcheck mengejut pagi tadi katanya..hmmmm..dah sah kantoi. .

* dengan muka belas kesian dia meminta...
" abah ada bawak duit Rm20 tak..tolong tebus akak punya fon boleh ?, cikgu rampas tadi...akak pinjam dulu duit abah ea.."

aku cakap, boleh tapi potong duit akak tadi dan lain kali ...jangan dibuat lagi ! *plus plus n plus nasihat sebagai bapa yang cool..

*..camana dia boleh terlepas bawa henfon kesekolah..selalu mama'D memang tak bagi punya...,
lain kali kalau kena rampas lagi , biar sampai hujung tahun baru tebus balik.. bagi dia pengajaran !
anak anak kita ni kekadang tu terlepas pantau jugak....

itu lah anak anak kami yang sedang membesar depan mata kami,...sempurna di mata keluarga dan juga orang lain .

"umpama membuka pekung di dada"...aku sikit pon tak kisah, biarlah sesekali bercerita begini moga jadi pengajaran dikemudian hari...tak semua nampak putih bersih,  ada juga cacat celanya.

beri perhatian kepada anak kita,  ..

kalau perlu sahabat/jiran tetangga kita sebagai 'mata-mata' , ...jangan dimarah kalau ada mereka mengadu tetang kelakuan anak kita diluar pemantauan kita.
..seharusnya bersyukur sangat sangat kerana mereka perihatin dan sayang dengan keluarga kita.

p/s ..sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

24 comments:

  1. waaa dah ada hp. bestnyer.... tapi itulah kan. kekadang kita terlepas pandang. Harap lepas ni lebihkan pandang lagi.

    ReplyDelete
  2. Risau juga...anak2 semakin membesar....

    Kaku boleh nak la dia jadi yg baik2 kan... tp tanpa ada nakal x seronok juga..

    Anak yg sukung dah darjah 3... tahun depan darjah 4...risaunjuga ni...

    Hari2 doa supaya mereka menjadi yg terbaik....

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ... anak buah saya lansung x de hphone wpun dia dah 13 thn sbb mamanya cikgu ... hahahaaa

    ReplyDelete
  4. JIRAN SEBELAH TAK BALIK-BALIK RUMAH. TELEFON2 TAK DAPAT, TELEFONNYA TUTUP. ORANG RUMAH SAYA SAMPAI TELEFON PEJABATNYA UNTUK MENDAPATKAN KEPASTIAN..

    SEMUA NI BERMULA PASAL TUKANG JAGA ANAKNYA TELEFON ORANG RUMAH SAYA YANG DIA TAK HANTAR2 ANAKNYA.

    NI KIRA JAGA TEPI KAIN ORANG KE TAK? :)

    * ANAK SAYA DAN DIA DIJAGA ORANG YANG SAMA.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL...inshaAllah mereka akan membesar menjadi seorang anak yang berguna dan berjaya...;)

    ReplyDelete
  6. Biasanya mak bapak budak memang sensitif bila jiran mengadu pasal anaknya.......

    ReplyDelete
  7. @Anis Zainudin , ...nama Hanis atau Anis..biasanya memiliki sifat manja dan lebih mendesak, ...eh meang comel la tabung tu...kan !

    ReplyDelete
  8. @..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. , yes memang sy akan pastikan dia takkan ulangi lagi...

    ReplyDelete
  9. @Sumijelly Sumi , yes ..apa yg diharapkan semestinya kebahagian seluruh ahli keluarga...dlm mengejar utk mendapatkannya mesti lalui warna warni kehidupan..baru lah ceria...takmau pasif ja kan !

    ReplyDelete
  10. @ seharum kasturi , sepatutnya macam tulah..still under control lg.

    ReplyDelete
  11. @Fairus ,..tu kira tolong ..apa plk nak jaga tepi kain....

    ReplyDelete
  12. @Mas Zull ,..terima kasih banyak2 ..aamin ya Allah mudah2an solehah.

    ReplyDelete
  13. @Amin A. R , sensetif tu ada batasnya ..takkan nk tolong utk kebaikan pon salah.

    ReplyDelete
  14. hehe.. dlu pun rajin bwk fon pi skolah..kena rampas

    betul tu pcl..jiran prihatin kita kena bersyukur

    ReplyDelete
  15. Tu nasib baik kena rampas, kalau kena curi? adik ipar saya 2 bijik sekaligus kena curi dalam satu masa. Setiap sorang ada 2biji hp..haa bawak ke sekolah lagi..

    ReplyDelete
  16. salam PCL.. setuju sgt tu.. tak semuanya baik-baik ajer.. sikit sebanyak ada juga kesalahan yg mereka lakukan.. tp dr kesalahan itu moga menjadi pengajaran kpd anak2kan..

    ReplyDelete
  17. Jiran2 dan kawan2 jadi mata dan telinga, mengambiltahu bukan bermakna menjaga tepi kain.

    Anak2 perlu dibimbing. Bila buat salah perlu ditegur. Bagi Aina setakat bawak hp tu kesalahan biasa yg kebanyakan anak2 buat.

    ReplyDelete
  18. Bagus tu PCL, menabung.....
    Hehhhe,....
    Kan dah kantoi...
    Tak pasal kene bayar kompaun rm20...
    Biar jadi pengajaran buat dia..

    ReplyDelete
  19. aa..notty ni.. hehehe..takpe la.. sebagai pengajaran.. kesalahan kecik2 ni perlu diperhatikan dan bagi nasihat.. lenkali jgn buat lagi.. :D

    ReplyDelete
  20. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  21. amboi..baru sekolah dah ade hp ye. aunty dulu dah kerja baru beli hp sendiri tau. hehehe

    ReplyDelete
  22. oo..husnina tu ank PCL eh..hehe.. baca entry terkini, xbaca yng memula..

    erm.. bhya bawak fon ni..mcm sy dulu bawak jgk..sebab pergi sekolah naik moto.. takut apa2 jadi masa OTW, terpaksa jgk la bawak..tp sorok2..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.