Camana nak bukak nih ?

Monday, April 01, 2013 PCL 25 Comments



balik dari Melaka semestinya bawa cencalok , suka atau  tidak itu 'belakang kira'.., produk original  bagi Negeri Melaka.

dah bawa balik sampai rumah, ... bila nak cuba rasa.... ada pula masalahnya.. (pengalaman lalu) menyembur ke dinding ... terpancut ke siling...bhahaha..

meletop sikit okay, tapi kalau sampai cencalok terbang ...itu sudah kes naya !

....bukak tu memang boleh bukak...sampai membazir la pulak , habis separuh botol  !

pss..tips  dari apa yang aku lihat dan tengok mamaD, dia buat lubang sikit atas penutup tu..bagi laluan gas terperap... keluar sedikit dikit..., tapi lama pulak nak menunggu habiskan  gas dia tu .

ada cara lain ?

p/s ..no yamseng !


25 comments:

  1. org piau melaka !! tp tak prnh mkn cencalok ... pegang botol cencalok pon tak pernah .. xdpt den nk nolong eh ... kikikki

    ReplyDelete
  2. kami pon tatau juga nak buka

    ReplyDelete
  3. HEHE.. YE KE KALAU BUKAK MENYEMBUR.. SAYA PUN TAK TAHU WALAU SAYA ORANG MELAKA. SEBABNYA SAYA TAK MAKAN CENCALOK..

    ReplyDelete
  4. Hahhahaha....
    Ingat bukak apalah tadi...
    Sekali cencalok daaaaa.....
    Aah penah sekali cencalok meletop....
    Abis siling dapur....
    Cara sama gak nak bukak...
    Buat lubang kecik bagi gas keluar....
    Lain tak tau pulak...

    ReplyDelete
  5. Makan cencalok pon tak pernah...apa lagi nak membukak botol cencalok....

    ReplyDelete
  6. Kalau cencalok xpenah makan...kalau budu tu biasa la..haha

    April Fool: Menyingkap Kisah Penyembelihan Umat Islam

    ReplyDelete
  7. penah beli cencaluk yg dlm botol mineral tu..skali bukak penutup tu..habis terpercik ke baju..dinding...hadoi..berbau 1 badan

    ReplyDelete
  8. baru smlm makan cencalok...mujur le xterkeluar isinya masa buka.hee sebenarnya nak buka penutup botol tin tu pun xreti...;p

    ReplyDelete
  9. Saya orang Melaka!!!!!!
    Caranya..emmmmm...emm...tak pernah mkn cencalok...hihihihihihihi

    ReplyDelete
  10. saya org muar dh tentu tau gak mkn cencaluk,mkn dgn nasi putih panas2,lauk simple pun xpa perghhh..

    owh sy ms pusing penutup botol tu,sy mmg dh get ready tekup dgn kain kt penutup tu.dh pusing jgn trs tarik n buka,biarkan gas kuar slowly n baru tarik penutup btl tu :)


    ReplyDelete
  11. mungkin tak boleh goncang atau kena panas kot. tu yang menyembur macam orang bersin...

    ReplyDelete
  12. cencalok!!!!!! tiba-tiba deno teringat kenangan ramadhan tahun lepas...... nak share dgn PCL.. hihik^^

    abanglong dari melaka bawa balik cencalok.. dalam setengah jam sebelum berbuka, abah nak buka la botol cencalok tu... bawa botol pegi dapur.. deno duk kat meja tgh hidang lauk.. tiba2 bunyi ma menjerit.. rupanya cencalok terpancut tinggi!!!! habis atas siling!!! terkejut deno.. bukan setakat atas iling, dinding pun kena....! satu rumah berbau cencalok.. abah satu badan mandi cencalok.. abah terus mandi dan hilang selera abah nak makan.. masa tu abah berbuka dgn kurma je sbb abah hilang selera dgn kejadian tu... hihi... malam tu jugak operasi membersihkan siling dan dinding dapur... yg buat deno terfikir kan pakciklie, macam mana la cencalok tu boleh terpancut tinggi ke atas sampai ke siling.. siling dapur rumah deno tu tinggi.. bleh masuk malaysia book of record nih^^

    abah ckp dia tak gongcang pun.. buka elok je.. maybe kan, sbb cencalok tu duduk dlm bonet kereta lama sgt.. cuaca pulak panas.. sbb tu meletop dan terpancut tinggi tu.. hahaha ~

    ReplyDelete
  13. ala...x penrah makan cencalok..xde idea la..tp cara mamaD tu rasanya sgt tepat..

    ReplyDelete
  14. sedapnya cencalok hehe sy pun xtau cmna nk bukak, biasa mak yg bukak hehe PCL dh google cara bukak botol cencalok tu?

    ReplyDelete
  15. @yana aina , memang kebanyakan org pure melaka tak makan cencalok eh...haha.

    @intanfirdaus247 , kena cuba rasa..

    @fairus , haaa kan dah cakap, org melakan memang tak makan cencalok..kenapa ..apa rahsia di sebalik?

    ReplyDelete
  16. @AyueJean AJ , ..apa yg AJ ingat tuh.., dah tau teknik bukak eh..bagus :)

    @Amin A. R , bukan org melaka kira consider oklah..tak reti makan cencalok :)

    @abe jack , ni orang pantai timur eh..

    ReplyDelete
  17. @Yumida Huda , ..itulah kenangan cencalok namanya..hehe !

    @Aishah Jahirah ,..emmm harap kan mak je lah yer..kesian mak kamu.

    @Hanif Idrus , ermm ni sorang lagi org melaka yg tak makan cencalok !

    ReplyDelete
  18. @||Sis aLeaSaRa|| , orang jiran sebelah melaka gak pandai.. :)

    @smbotak , ...agak2nya lah memang ada pressure dari dalam bahan cencalok tu..tak boleh goncangg!

    @deno ..kesian...haa kan dah kena ..kira kenangan cencalok ramadhan sentiasa tergamit kala melihat cencalok ! haha..

    ReplyDelete
  19. @Dylla Abas , mamaD dah expert bab buka botol cencalok nih..haha

    @Mieza Jhaa K , budu dan cencalok..sama tapi tak sama..dua2 pon sedap makan.

    @[sutera kasih] , ..rasanya cara mamaD buat adalah yg trbaik.., tak perlu carian google dah..huhu.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum pcl...betul tu kalau dah lama mmg jadi mcm tu...kena buka sikit keluarkn udaranya dulu...

    ReplyDelete
  21. Abah kan orang Melaka PCL..
    mestilah tau.....
    Dulu je entah macam mana mak terus terbukak..... Meletup...
    Hehehhehe...

    ReplyDelete
  22. tekanan. tu la sebabnya meletup pancut keluar. Adoii, sabar jelah. gas tu tak sabar2 nk melepas. hehehehe, nasibla xde pape kan PCL

    ReplyDelete
  23. disebabkan bnyk gas tu yg jd camtu. wpun saya ni org melaka, tp x pernah lg mkn cencalok. hehehe

    ReplyDelete
  24. kami orang melaka sebenarnya tak makan cencalok... takot lalok... rasanya saya ada petua macam mana nak bagi cencalok tak menyembor macam tu... senang jer caranya... cari plastik tesco ke maidin ke yang agak besar dan tebal... masukkan botol cencalok dalam tu... ikat pemengang plastik bag tadi... buka pelan pelan penutup botol... maka tak terperciklah cencalok satu rumah... kalau melambak pun dalam plastik tu jer....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.