Dua beradik ini...

Tuesday, April 09, 2013 PCL 15 Comments



Kalau ikutkan sebelah ibubapa pcl, kami ada sembilan adik beradik.. , yang sulung abang pcl kat Selayang..., no dua pcl , no tiga sudah pergi kerahmatullah (Allahyarham Nasir @ abah_Izz..Al-Fatihah), no empat adik perempuan kat Perak, ke lima. ..adik perempuan kat Melaka  , ke enam  dan seterusnya  adik adik lelaki yang masih lagi di kampung halaman di Perak. ..semuanya sudah bekerjaya.
.
Dan kalau ikutkan sebelah mama'D pula, ...ada lima adik beradik kesemuanya,  yang sulung abang dia kat Shah Alam, no dua akak dia kat Sepang , no tiga , akak sorang lagi kat Sg Petani , no empat ..mama'D dan adik bongsunya kat Sp masih tinggal dengan mak,...semuanya dah berkeluarga sendiri.

Kedua-dua belah keluarga kami tergolong dalam ahli keluarga yang ramai...., tak ikut pulak pada keluarga kami ... itulah rezeki Allah yang bagi..syukur alhamdulillah .

rata-rata semua adik beradik yang sudah berkeluarga mempunyai bilangan  anak dua, tiga orang dan kalau lebih pon setakat ini  ada empat orang anak sahaja.

perancangan adalah perancangan..., ada keluarga yang nak lebih dan ada pula cukup setakat yang dah ada saja... serik nak beranak lagi katanya..hehe.

Husnina dan Hanis cuma berdua beradik saja..perempuan plak tuh, ..kesian kekadang nampak bosan juga bila anak-anak jagaan mama'D tiada .., kecuali bila masa Afni, Aqeela dan Syafi bersama kami ...terasa kemeriahnnya..keriuhannya di sebelah petang sewaktu mereka semua berada di rumah.

sesekali bila ditanyakan kepada Hanis.."nak adik tak ?" .. dia gelengkan kepala..., suka atau sebaliknya ...atau dia nak jadi bongsu selamanya , itu aku kurang pasti...tapi manjanya tetap ada, bila bebudak tu terlebih mesra dengan mamanya...jelous nya juga tetap ada .

kita merancang ...dan hanya mampu merancang , Dia  Yang Maha Esa adalah penentu segala..

















p/s : binalah keluarga dan carilah kebahagian di dalamnya .


Published with Blogger-droid v2.0.6





15 comments:

  1. hanis rasa seronok jadi adik bongsu agaknya :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh..
    Taknak adik tu...
    AJ ada 4 beradik...
    AJ no 4... Dan dulu... AJ pun TAKNAK adik....
    Hehhehehe.... samelah kita Hanis... =D

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ni..atas desakan ekonomi...ramai yg memilih 'mengecilkan saiz keluarga' :)

    ReplyDelete
  4. @Daddy Ziyyad , kerajaan m'sia tak hadkan bilangan anak dlm keluarga..tak macam sesetengah negara maju.., selagi boleh dan selagi mampu...beranaklah, ada je rezeki setiap mereka insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. pB dua adik beradik sahaja. Tapi pB punyai lima orang anak (4 perempuan , seorang lelaki). Adik lelaki pB pula ada empat anak lelaki dan insyaallah hujung bulan ni akan ada baby baru lagi (jantina belum diketahui)

    ReplyDelete
  6. ADIK BERADIK SEBELAH SAYA ADA 9 ORANG BEGITU JUGA SEBELAH ISTERI SAYA 9 ORANG.. DAN SAYA BARU ADA ANAK 2 ORANG. INSHAA ALLAH, ADA REZEKI BOLEH TAMBAH..

    ReplyDelete
  7. Kalau boleh kakak nak anak ramai tapi Allah kurnia 3 aje syukurlah. MamaD masih muda masih boleh berpeluang utk dapat baby lagi..

    ReplyDelete
  8. Semoga PCL berbahagia selamanya... saya pn tak ikut family jgk.. mak saya anak 11 orang.. sy xder lgi...hehe..

    ReplyDelete
  9. rasa mcm stop pada angka 2 sahaja ;)

    ReplyDelete
  10. Takpe PCL ada mereka berdua pun dah cukup bersyukurkan

    ReplyDelete
  11. bahagia selamanya..allah maha mengetahui ^_6

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum PCL...kalau tambah seorang lagi pun apa salahnyakan dapat seorang anak lelaki okay la tu...

    umur mamaD masih awal boleh tambah seorang lagi kalau mama ni dah masuk 40an takut juga ...:)

    ReplyDelete
  13. selalu anak bongsu memang tak nak adik. huhu..

    ReplyDelete
  14. sama la.. sebelah ayah 9 beradik. sebelah mak 3 org tp 2 meninggal. last nina plak yg jd tunggal

    ReplyDelete
  15. hanis seronok jadi bongsu tu... hihi^^ deno ni teringin adik... hanis jadi adik deno nak? hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.