Dua beradik ini...

Kalau ikutkan sebelah ibubapa pcl, kami ada sembilan adik beradik.. , yang sulung abang pcl kat Selayang..., no dua pcl , no tiga sudah pergi kerahmatullah (Allahyarham Nasir @ abah_Izz..Al-Fatihah), no empat adik perempuan kat Perak, ke lima. ..adik perempuan kat Melaka , ke enam dan seterusnya adik adik lelaki yang masih lagi di kampung halaman di Perak. ..semuanya sudah bekerjaya.
.
Dan kalau ikutkan sebelah mama'D pula, ...ada lima adik beradik kesemuanya, yang sulung abang dia kat Shah Alam, no dua akak dia kat Sepang , no tiga , akak sorang lagi kat Sg Petani , no empat ..mama'D dan adik bongsunya kat Sp masih tinggal dengan mak,...semuanya dah berkeluarga sendiri.
Kedua-dua belah keluarga kami tergolong dalam ahli keluarga yang ramai...., tak ikut pulak pada keluarga kami ... itulah rezeki Allah yang bagi..syukur alhamdulillah .
rata-rata semua adik beradik yang sudah berkeluarga mempunyai bilangan anak dua, tiga orang dan kalau lebih pon setakat ini ada empat orang anak sahaja.
perancangan adalah perancangan..., ada keluarga yang nak lebih dan ada pula cukup setakat yang dah ada saja... serik nak beranak lagi katanya..hehe.
Husnina dan Hanis cuma berdua beradik saja..perempuan plak tuh, ..kesian kekadang nampak bosan juga bila anak-anak jagaan mama'D tiada .., kecuali bila masa Afni, Aqeela dan Syafi bersama kami ...terasa kemeriahnnya..keriuhannya di sebelah petang sewaktu mereka semua berada di rumah.
sesekali bila ditanyakan kepada Hanis.."nak adik tak ?" .. dia gelengkan kepala..., suka atau sebaliknya ...atau dia nak jadi bongsu selamanya , itu aku kurang pasti...tapi manjanya tetap ada, bila bebudak tu terlebih mesra dengan mamanya...jelous nya juga tetap ada .
kita merancang ...dan hanya mampu merancang , Dia Yang Maha Esa adalah penentu segala..
p/s : binalah keluarga dan carilah kebahagian di dalamnya .
Published with Blogger-droid v2.0.6
hanis rasa seronok jadi adik bongsu agaknya :)
ReplyDeleteWahhh..
ReplyDeleteTaknak adik tu...
AJ ada 4 beradik...
AJ no 4... Dan dulu... AJ pun TAKNAK adik....
Hehhehehe.... samelah kita Hanis... =D
zaman sekarang ni..atas desakan ekonomi...ramai yg memilih 'mengecilkan saiz keluarga' :)
ReplyDelete@Daddy Ziyyad , kerajaan m'sia tak hadkan bilangan anak dlm keluarga..tak macam sesetengah negara maju.., selagi boleh dan selagi mampu...beranaklah, ada je rezeki setiap mereka insyaAllah.
ReplyDeletepB dua adik beradik sahaja. Tapi pB punyai lima orang anak (4 perempuan , seorang lelaki). Adik lelaki pB pula ada empat anak lelaki dan insyaallah hujung bulan ni akan ada baby baru lagi (jantina belum diketahui)
ReplyDeleteADIK BERADIK SEBELAH SAYA ADA 9 ORANG BEGITU JUGA SEBELAH ISTERI SAYA 9 ORANG.. DAN SAYA BARU ADA ANAK 2 ORANG. INSHAA ALLAH, ADA REZEKI BOLEH TAMBAH..
ReplyDeleteKalau boleh kakak nak anak ramai tapi Allah kurnia 3 aje syukurlah. MamaD masih muda masih boleh berpeluang utk dapat baby lagi..
ReplyDeleteSemoga PCL berbahagia selamanya... saya pn tak ikut family jgk.. mak saya anak 11 orang.. sy xder lgi...hehe..
ReplyDeleterasa mcm stop pada angka 2 sahaja ;)
ReplyDeleteTakpe PCL ada mereka berdua pun dah cukup bersyukurkan
ReplyDeletebahagia selamanya..allah maha mengetahui ^_6
ReplyDeleteassalamualaikum PCL...kalau tambah seorang lagi pun apa salahnyakan dapat seorang anak lelaki okay la tu...
ReplyDeleteumur mamaD masih awal boleh tambah seorang lagi kalau mama ni dah masuk 40an takut juga ...:)
selalu anak bongsu memang tak nak adik. huhu..
ReplyDeletesama la.. sebelah ayah 9 beradik. sebelah mak 3 org tp 2 meninggal. last nina plak yg jd tunggal
ReplyDeletehanis seronok jadi bongsu tu... hihi^^ deno ni teringin adik... hanis jadi adik deno nak? hehe
ReplyDelete