Tak hiraukan suami bila asyik menonton ...jangan dibuat eh !

Saturday, April 20, 2013 PCL 11 Comments


Ini kisah sedih tapi lucu jenaka pulak rasanya. Ada seorang pakcik ...bukannya pakciklie ye !

...ke mahkamah dia sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50an dah umur dia.

Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai:

"Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya".

"Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya tak dihargai lagi."

Kuat juga pengaruh drama televisyen sampai ada yang bercerai berai ..

p/s ..Semoga kita tak buat kesilapan sebegitu dalam hidup kita.



>http://www.nazlee.com/2011/10/aaron-azizkita-sebaya-la.html




11 comments:

  1. adoiii, lagu ni pun ada ka??

    ReplyDelete
  2. Mak aih...
    Cemburu buta ni.....
    Sampai macam tu sekali penangan araron aziz....

    ReplyDelete
  3. Nasib baik auntie tak giler mana2 artis hik3x

    ReplyDelete
  4. sampai macam tu tahap cemburunya.. bahaya juga..

    ReplyDelete
  5. Hmm buat tindakan terburu buru...benda kecil jadi kes besar... ehh PCL!! anda ada iras Aaron Aziz la

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum PCL...betul tu jgn buat tindakan terburu2 yer...

    ReplyDelete
  7. erk.. biar betul... bahay2...

    ReplyDelete
  8. betul tu.. bila de suami ngadap suami aje..jgn layan yg lain2...

    ReplyDelete
  9. kisah benar ke nik pakcikLee?? hehe lucu jgk yaa..ada jgk org cemburu dgn pelakon filem.. tp x dinafikan aaron mmg encem :P

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.