Adakah ketulusan itu sekadar lebih kepada trend atau macam mana?

Sunday, May 12, 2013 PCL 0 Comments

... (hari ni 12 Mei) memang hari ibu bagi  kebiasaan orang yang biasa meraikannya ; hari ibu disambut meriah dan tersediri di seluruh dunia..

Narimah Ahmad (mak aku) , wanita yang meniti arus zaman kemodenan untuk semua perkara sebegini, .. tak pernah sama sekali seingat aku (dulu, masa remaja) kami adik beradik meraikannya.

Setelah masing-masing sudah berkeluarga sendiri,...terikut dengan keluarga mertua barangkali secara tak langsung ada juga sambutan akhirnya.. kesian mak aku kan! tapi. ..jika ada sambutan maupun kejutan atau seumpamanya,  baginya adalah sama sahaja..biasalah..orang lama memang macamtu feel dia..

Maaf cakaplah, ..memang itulah hakikatnya keluarga bagi kebanyakan masyarakat di luar bandar  (sejak dulu2) yang kehidupan kami sangat asing dengan hari-hari sambutan seumpama hari ibu ini.
... namun keadaan ini sedikit demi sedikit meresap dalam jiwa bila mana anak-anak yang hidup dalam dunia zaman moden merubahnya. ..

Sesuatu perubahan yang membawa kepada kebaikan adalah sangat diharapkan.., iaitu  mencari bahagia.

Bahagia sebenarnya tidak dapat diukur dengan hanya melihat dari mata kasar pandangan seseorang, ..
kebahagian yang dirasai oleh 'orang lama' adalah kebahagian yang sebenar-benarnya  tulus dan murni.

Bukan menidakkan keikhlasan 'orang baru' macam kita nih, nampak ikhlas dalam mencari kebahagiaan... tapi lihatlah, senario masa kini mungkin anda juga terperasan (ada sebahagiannya) ..yang
lepas peluk cium ibu hari ni... tak sampai sejam berlalu sudah mula melukainya hati ibu samada secara sedar atau sebaliknya.

Adakah  'ketulusan' itu sekadar lebih kepada trend atau macam mana?
tak perlu jawab atau membahas...cuma sesama kita renungkannya, muhasabah diri kita..
Jika tulus , ikhlas dan murni... syukur Alhamdulillah, bahagianya ibu yang mempunyai anak soleh/solehah.


p/s. . Selamat Hari Ibu kepada semua lbu-ibu yang santai di sini.


Published with Blogger-droid v2.0.10


0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.