Cuba tengok perempuan tu…cantik lah dia !

Wednesday, May 22, 2013 PCL 0 Comments

[perkara pertama bila anda berada di sini, janganlah ada yang salah sangka dengan tajuk di atas...]

Sebenarnya aku menulis umpama bercakap, bercakap berkenaan hal lelaki (suami) terutamanya , bila nampak perumpuan lain selain dari isteri atau mahram nya.

Ada lelaki yang ..hu ha hu ha hepi go lucky, memang perangai loklaq dengan perempuan cakap lebih, tapi  syukur buatnya tidak..maksud aku dia hanya bercakap-cakap sahaja tapi tidah pernah simpan dalam hati niatnya itu...berlainan pula dengan lelaki yang cool, nampak rileks...diam-diam ubi gitu, eh lagi bahaya tuu.. ...sukar nak menduga.

Tapi itu bukan segalanya,
saling memahami dan sentiasa menjaga hati isteri, walaupun perempuan yang dilihat (terlihat) itu sememangnya cantik ....adalah baiknya diam-diam saja, jangan la cuba nak membandingkan dia dengan isteri , ..atas alasan apa pun isteri tak akan suka dibandingkan dirinya dengan wanita lain.

Mungkin ada yang bersependapat dan rasa aku ada juga yang hendak menyangkal, ..itu terpulang dengan cara masing-masing , mungkin ada egonya sebagai ketua keluarga ..apa saja boleh buat !

Share sikit pasal kisah silam 1997 masa memula kahwin dulu dengan mamaD , ..
masa tu menonton televisyen, tak ingat rancangan apa tapi ada penyanyi baru meningkat naik namanya masa tu.. ct nurhaliza.., bila tengok  dia, sepontan mulut ni cakap ..."wah, cantiknya ct nurhaliza...sedap suara dia nyanyi..."



...aku takmo tulis kat sini apa yang mamaD cakapkan masa tu...tapi apa yang aku nak sampaikan,...sememangnya ramai perempuan sangat jeles dengan artis tersebut .

dan sampai sekarang...ct nurhaliza tak cantik  dipandangan mataku ...hehe :(

Okay, nasihat aku...tempuhi kehidupan beristeri ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang kita kagumi, iaitu dirinya.

Biar isteri rasa dirinya dihargai .

p/s ;  hati isteri mudah terluka , namun suami kena bijak menangani,. jadilah matang sebelum usia .


wallhuu'alam.




0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.